Saturday, 7 February 2015

Jangan manja, K!


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.. segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam :) assalamualaikum "sejahtera ke atas kamu." senyum :) indahnya islam kan? setiap kali sebelum memulakan suatu perbualan, mesti dimulakan dengan salam dan dibalas dengan "waalaikumussalam wbt.." iaitu "dan kepadamu juga sejahtera." Ya Allah, indahnya setiap kali pertemuan yang berbalas-balasan dengan doa kan? Sungguh, Islam agama yang indah! 

Tapi, kini. keindahan islam pudar dek kerana kita sendiri. kita sebagai muslim yang 'konon'nya membawa nama Islam. Allah. Sungguh, dunya kini senda gurau yg semakin mengerikan. Nilai 'kemanusian' semakin kurang.

Ya, Allah, serikan hati kami dengan Iman.

Kadang, bila dengar/baca/lihat pandangan 'mereka' tentang Islam, cuma nak pesan satu jaaa, "Jangan lihat, belajar atau nilai Islam  itu melalui kami, umat Islam SAHAJA. Jangan." bak kata sumi hassan, "learning about Islam from the media is like learning how to make a roti from paris hilton". told ya, bila masa kami *muslim yg pra-matang* ini ter'melakukan kesalahan, itu tidak mencerminkan Islam. Itu kekhilafan kami sendiri *muslim pra matang*, bukan agama kami, Islam. 

Kepada sahabats 'non-muslim', 
Seandainya kalian ingin belajar mengenai Islam.. jangan belajar dari kami "muslim" SAHAJA. baca Quran. dan cuba kenal Nabi Muhammad SAW dan para sahabat nabi ya ;) 

dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang, *mmg kena selalu refresh "bismillah". ingin sy bertanya... "apa kata-kata yang pernah buat anda menanges secara 'tiba-tiba'?" *tutup mata..fikir 1234567 bukak mata. apa?* 

"Dunya ini sementara." 

short but powerful blow. kata-kata yang biasa. Tapi, bila ditenung dengan hati. ya Allah, sayangnya saya dengan dunya walhal semua ini hanya sementara. astaghfirullah.. apa ya yang boleh mengurangkan sayang kita pada dunya? Iman barangkali.  ya Iman. dan dalam hidup ni, matlamat kena jelas. Kematangan anda diukur dari sejauh mana matlamat anda. Dan setinggi-tingi matlamat adalah "redha Allah." alahai..

"....Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. itulah kemenangan yang agung." Al-Maidah : 119
Allah, ayat yang selalu.... okay. Ada satu kisah yang menarik dalam buku 'rahsia kematian' oleh imam al-qurtubi.. part corusnya begini, berkata Jibril kepada Rasulullah SAW, "semalam telah meninggal dunya seorang lelaki di kalanganmu yang menggoncangkan Arsy kerana cintanya untuk bertemu Allah iaitu Saad bin Muaz." Tup. hebat kan? kecintaannya untuk bertemu Allah sampai menggoncangkan Arsy. SubhanaAllah. kita sejauh mana ya? ok malu. malu k. *muslim pra matang sunggoh! huh. betul lah, dan pada akhirnya, hanya kita dengan Allah saja. Maka, terus merindu. 

Apa lagi yang lebih membahagiakan tatkala rindu kita terbalas? semoga kita saling merindu, Tuhan. 


Jangan bersedih.
Percayalah, ujian memujuk kita kembali pada Allah. 
Jangan manja. K!


No comments:

Post a Comment