Friday, 28 February 2014

Bagai kasut dengan stokin.


dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..

segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam :)
alhamdulillah masih diberi peluang. semoga umur berkat. hari ini cuma nak cakap pasal "akhlak".

Dalam kita menjemput orang ke arah kebaikan..ke arah islam..ke arah syurga..ke arah Allah.. semuanya bermula dengan "akhlak yang baik" kan? "ya Allah. aku nak jemput orang ke arah yg baik.. tapi aku?" *ambil gambar sendiri. flash 123! "hanya pandai duk mengata suruh orang baik tapi perkataan aku tidak mencerminkan perbuatanku." malu ok. *terpijak kaca mata sendiri.
Sayang...pernah dengar suatu cerita? cerita dari encik gucci....yang menyedarkan sy tentang kehebatan "akhlak." dengan akhlak..dia boleh mengubah seseorang secara tiba-tiba. kuncinya cuma satu, "kesabaran." ok..ceritanya mcm ni....

Ada seorang lelaki, yang sejarah silamnya cukup gelap dan hitam. Meskipon dia seorang Muslim, namun dia tidak pernah mempraktikkan keIslamannya. Kehidupannya tidak ada jauh bezanya dengan mereka yang bukan Islam, apatah lagi lelaki itu tinggal di Amerika, sebuah negara yang sememangnya cukup terkenal dengan gaya hidup bebas dan hedonisme. Namun selepas berkahwin, dia tergerak untuk mencari dirinya semula. Dia mula mendalami agama dan mula merasakan kelazatan beramal dengannya. Dia mula bersolat dan mengunjungi masjid. Dia mula meninggalkan tabiat meminum arak dan membuang semua tin-tin berisi kencing syaitonirojim yang ada di rumahnya. Dia mula berubah. Dan dia mahu istiqamah dalam perubahannya itu.

Cuma dia punya satu masalah; isterinya. Isterinya adalah seorang Kristian dan seperti dirinya yang dahulu, seorang Kristian yang tidak berpegang teguh dengan ajaran agamanya. Si suami buntu bagaimana mahu mengajak isterinya kepada Islam. Sebelum ini, si suami sering berdebat dengan si isteri, melontarkan hujah bagaimana agama Krsitian adalah agama yang salah, Islam adalah satu-satunya jalan yang benar dan sebagainya. Namun si isteri sering bersikap reaktif dengan penghujahan suaminya, mempertahankan agamanya meski dia bukanlah seorang penganut Kristian yang tegar. 

Lantas si suami mendapatkan nasihat daripada seorang Syaikh. Si Syaikh memberikan nasihat yang cukup mudah. Teruskan beramal dengan Islam, jadi seorang suami dan ayah dan baik, dan layanlah si isteri dengan sebaik-baik layanan. 

Kata Ustaz Nouman Ali Khan, dia tidak kenal siapa Syaikh itu namun dia amat berterima kasih kepada nasihat dan bimbingan yang diberikannya.

Arakian si suami pon menuruti nasihat yang diberikan oleh Syaikh itu. Pada suatu hari, ketika sedang menunaikan solat Maghrib di rumah, si suami sedar yang si isteri menyertainya untuk solat. Usai solat, si suami yang sudah tentunya gembira dan tidak percaya dengan apa yang berlaku, bertanyakan kepada si isteri apa yang menyebabkan si isteri mengikutinya bersolat.

Anda tahu apa jawapan si isteri? Untuk kaum perempuan, saya nasihatkan anda sediakan helaian tisu yang mencukupi. Dwi-lapis tahu?

"Saya tidak pernah jumpa seorang suami seperti anda. Cara anda melayan anak-anak kita... Ayah saya dahulu tidak begitu. Mana-mana agama yang menjadikan anda sebegini, agama itu tidak mungkin salah."


daripada kisah ini..kita boleh lihat betapa dakwah itu sangat kuat dan berkesan dengan akhlak :) perbuatan yang baik.. bukan hanya sekadar omong kosong. *tadahkan tangan then tampar muka! "akulah tu." astaghfirullah. dalam kita jemput orang buat baik..kita cerminkan dengan akhlak. kalau tadi cerita dari encik gucci.. dan sekarang sy nak cerita kisah sy sendiri yang telah diketuk oleh akhlak. kisahnya macam ni....

masa kuliah... bayangkan tengah duk makmal ni.. gua buat apa? bukak facebook..twitter.. sambil dengar lagu cina.. *jeling sebelah.. ya Allah. org tu tengah baca pasal fiqh wanita. serius tabik dengan org baca pasal fiqh. hari2 seterusnya..jeling lagi.. dia dengar pulak surah at taubah. *goyang bahu kawan sebangku. "malu kita". ya Allah. nampak tak? kisah seterusnya.. masa tu..sy tgh syok layan ariana rose! *pandang belakang.. seorang muslimah tengah baca Quran. malunya.. sebaiknya masa diantara maghrib dan isyak tu.. u kena membaca bukan menonton. terdetik, "salahkah hiburan?" ok. sy tak salahkan menonton. dalam berhibur apapun jangan berlebih-lebihan. *pesan ustaz. daripada kisah-kisah ini..menyedarkan sy.. bagaimana akhlak itu berjaya menyedarkan kita. lembut ja masuk hati ;) tidak perlukan suara yg lantang..hanya dengan diam dan buat..ppl will follow. trust me. in sha Allah :) dalam buat baik.. kalau takmau syaitan masuk campur.. ustazah fatimah syarha bg tips satu jak.. "buat baik dulu. cepat-cepat..maka syaitan takkan ada masa utk masuk campur." niatkan first kerana Allah. kerana Allah. kerana Allah. bukan manusia. 

teka teki teka teku...selepas akhlak apa? 1 minits. bass!

selepas akhlak ialah "ilmu". iya ilmu beb. kita perlukan ilmu dalam menjemput. sy tersedar pada suatu ketika..ehem! masa tu nak solat asar..kebetulan naim pun nak solat..anak buah sy yg taat. terdetik.."naim jom solat sama-sama. naim jadi imam boleh?" dengan pantasnya dia pun kata, "boleh bah." wahhh. sebenarnya konfius. eh bolehkah budak bawah umur jadi imam? apa ya syarat2 jadi imam? aiyooooo julianah....*nampak tak betapa ilmu itu....ok. tanpa buang masa sy pun setujulah. dalam hati, "dakpe.,. benda baik ni.. biar dia belajar." maka.. solatlah kita bersama-sama.. bacaannya bagus :) dan yg peliknya... after solat, dia pulak yg cium tangan saya.. ya Allah kepelikan apakah ini? senyum. naim semoga jadi anak baik.

#P/S jgn buat benda yg sama mcm sy buat. cek dulu syarat2 imam apa. aiyooo. apapun, sy ambil ini sebagai sebagai pembelajaran utk naim dan tauladan utk sy yg jahel ini. isyh2x. akhir sekali... puisi secotek!

dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang, 
jemputlah orang dengan akhlak.. 
sampai hati mereka berkata, "agama ini hebat." 
teruslah menuntut ilmu. sampai gigi takdo! 
berjalan lah seiring dengan akhlak bertemankan ilmu di dada.
kerana..
pelengkap kepada akhlak itu ilmu :) 
bak kata pepatah.. "bagai kasut dengan stokin". 

kenapa bagai kasut dengan stokin? ustazah fatimah syarha kata apa dlm novelnya tautan hati..

"jangan lupa, byk benda dlm dunia ini dianggap remeh oleh org baik namun dianggap berat oleh org 'taqarrub billah'." 

apa tu taqarrub billah? "dekat dengan Allah." dapat tangkap apa yg sy maksudkan? mesti tidak kn..pakai kasut dengan stokin or pakai kasut saja? mana lebih baik? *krik krik! nombor yg anda dail tidak dapat dihubungi. apapun.. sebenarnya..semuanya bermula dengan diri kita sendiri. baiki akhlak dulu..penuhkan ilmu.. dalam erti kata lain.. "mantapkan dalaman dulu" tarik nafas dan senyum. selamat malam.. semoga Allah sayang :) kalau ada salah..maaf dan tegurlah :) sama-sama saling memaafkan dan saling berlapang dada ^_^

".....dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? dan Allah maha pengampun, maha penyayang." An-Nur : 22

semoga Allah redha.

No comments:

Post a Comment