Friday, 3 January 2014

"2014 please be nice to me" :p


dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang :)

Pejam tak celik! bermulanya tahun yang baru "2014" ;D Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam. masih diberi peluang. hmm..untuk tahun 2014.. berlegar-legar azam duk dalam kepala nih. .azam korang tahun ni apa? matlufi kata, azam dia tahun ni adalah untuk ada azam. ==! azam sy tahun ni simple n santai jaaa... 

1. cuma mahu pejam mata pejam telinga n bersangka yang baik-baik. bak kata mufti menk, "B+" *tarik nafas then ^_^
2. cuma mahu go straight sambil nyanyi "don't ever look back! don't ever look back...." focus on my own prioriti!
3. cuma mahu hidup dengan gembira without expect too much frm others. keep letak dlm kepala, "kalaulah kamu hormat keadaan seadanya.."
4. cuma mahu "flexibel". bagi sy, erti kematangan itu adalah flexibel dlm semua keadaan..kadang dia keanakan..kadang dia kedewasaan..pokoknya, flekxibel dlm semua keadaan. itu kematangan.
5. cuma mahu buat kerja dengan lebih awal. no last second. mcm mana pun, harus stay cool. *jari silang rasa mcm susah mau lepas!
6. cuma mahu jadi lebih baik dari semalam. iya..ini moto arwah abang sy :)
7. cuma mahu jadi anak yg berguna buat mak n bapa :p
8. cuma mahu letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah. bila kita letakkan kepercayaan pd Allah, maka kita akan bahagia dunya akhirat :)

DING DONG! 
setakat ni jah azam duk legar kat kepala. pegang azam itu mcm anda pegang otak berharga anda kat tangan julianah. sepanjang tahun 2013...belajar banyak benda.. hari ini cuma mahu kongsi satu kisah tentang "Rabi Ibn Huthaim". Seorang tabi’in r.a..  sebuah contoh yg indah mengenai bagaimana beliau bersedia utk kematian. apa yg beliau lakukan utk mengingat kematian?

Di laman belakang rumah Rabi Ibn Huthaim.. beliau telah menggali kubur utk dirinya. *gulp! Dan apabila beliau merasa dirinya jauh dari dunia, beliau akan ke kubur tersebut dan berbaring. Malah.. meminta ahli keluarganya utk menutupnya. *ada pintu dan tutupnya bagi kubur itu.. kemudian beliau bayangkan semua peringkat yg berlaku apabila roh meninggalkan jasad. Apa yg berlakunya terhadap dirinya? Apa yg berlaku dlm kubur? Pd hari kebangkitan? Dan..bila kita semua berjalan bersama utk bertemu dgn Allah swt :) untuk ditimbang. Bertemu Rasulullah dan minum dr tangan baginda.. kemudian merentasi titian sirat..ingin tahu sama ada jatuh ke neraka atau berjaya sampai ke syurga. Beliau memikirkan semua peringkat ini. *subhanaallah utk Rabi astaghfirullah utk saya :/

Kemudian.. beliau akan keluar seolah-olah diberi nafas yang baru. Beliau bayangkan beliau telah meninggal dan semua peringkat itu berlaku. Kemudiannya beliau akan bsyukur kpd Allah yang memberinya peluang hidup. *sweetnya..bayangkan kita jalani hidup seperti itu. berani? hehhh serius tidak :/ One day, beliau masuk dan mengunci dirinya. keluarganya tidak tahu di manakah beliau.. mereka terlupa akan kubur itu. Setelah mereka sedar, bila hari makin lewat.. mereka masuk ke pekan dan memanggil namanya.. mereka fikir beliau telah hilang di tempat kerja atau di masjid..mereka tiada clue di mana beliau. Dan...apabila mereka tidak dapat menemui beliau. Ia sudah lewat lalu mereka pulang.. Rabi Ibn Huthaim sudah penat dan menjerit, 

“Allah kembalikan aku supaya aku dpt berbuat baik di dunia ini.” 

Lalu, Isteri dan anaknya membuka pintu kubur tersebut untuknya. Tahu apa isterinya katanya kepadanya? *Ini dia seorang wanita beriman dan bagaimana dia mempengaruhi suaminya. Katanya,

“wahai Rabi, lakukanlah lebih banyak kebaikan kerana akan tiba harinya apabila kamu menjerit.. tiada siapa akan menyahut jeritanmu." 
*gugur jantung! sebuah kisah yang wahhhh...

Akhir sekali, kalau tidak mampu gali kubur sendiri..ehemm cukuplah dengan baca buku mengenai peringkat kematian, pelajari, hayati... mcm pesan Sheikh Waleed Abdul Hakeem,  "ambil kisah ini sebagai permulaan bukan pengakiran. Dapatkan buku tentang peringkat2 kematian. Baca dan duk berfikir mcm  Rabi ibn Huthaim." beliau juga syorkan beli buku Dr. Omar Sulaiman tajuknya "Minor resurrection" and "Major Resurrection". yang "Minor" cerita tentang apa yg berlaku dalam kubur setelah roh meninggalkan jasad..menegani kematian kecil.. yang "Major" pulak cerita tentang hari Akhirat. Buku ni terdapat dalam 42 bahasa dan yang penting berpandukan Quran dan Sunnah :)

http://www.iiph.com/en/indonesian/336-kiamat-kecil-serial-aqidah-islam-5-indonesia.html *laman web tentang buku itu.

tahun baru azam baru!
tahniah misah ahmad.
tidak sabar berada di tempat kamu..
ok selamat tahun baru! "2014 please be nice to me!" *menyampahnya kita dengarr!wuek. semoga Allah permudahkan urusan sy untuk jadi mcm dia kat sebelah ni hah! gembira untuk kamu :)  astaghfirullah lil mukminin wal mukinat 3x. kenapa ya 3x? bg sy, utk sebutan yg pertama, kita hanya sekadar "sebut"..sebutan kedua, kita mulai memahami apa yg kita sebut.. sebutan ketiga, kita akan mulai menghayati apa yang kita sebut. hikmah 3x bagi sy. macam biasa..kalau ada yg salah, maka tegurlah..dnt worry azam sy tahun ni +ve dan flexibel dlm semua keadaan :p


No comments:

Post a Comment