Wednesday, 17 September 2014

Mujhse dosti karoge??

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..
segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam :)


Trust, "mujhse dosti karoge?"
Love, "sure. told ya, I can't live withauchh u."

Rasa cinta dan percaya itu berjalan bersama. Once, rasa percaya itu broken into pieces..automatically, love will disappear. kan? kita mulai cinta dengan sesuatu bermula dengan bina rasa percaya kan? aku percaya dia akan...........phew! tatkala rasa percaya itu  telah dikhianati.. dicurangi.. maka cinta juga akan hilang.  *bagi saya* konsepnya begini, love is the shadow of trust. once, trust is broken. love will disappear. 

biasanya, manusia lah yang selalu mengkhianati rasa percaya lepas tu nak kutip balik. "akulah tu.sorry k." lepas tu nak persoalkan, "kenapa dah berubah? benci kah?" *rasa nak baling ja dgn tong gas kan? ok. sabar itu separuh dari kecantikan. senyum. 
"berubah? ya! tapi tapi tak benci pun.  Cuma nak kata, don't underestimate the power of trust. When my trust to you b r o k e n, my love for you will change 359.9999 degree. yang tinggal hanyalah rasa sayang as saudara seislam. tu ja." faham?  

"really, nobody can understand women." hahah. rahul is right! *kepala mencecah lantai 

Yes, nak jaga cinta manusia kena jaga kepercayaan yg mereka beri. simple as that! dan yang utamanya, kita kena letak Allah sebagai cinta nombor satu dalam hidup kita. kenapa? bila masa.. rasa cinta dan percaya kita kepada manusia lebih tinggi berbanding dengan cinta dan percaya kita kepada Allah. maka, kita takkan temui rasa bahagia dan terpenjara di dalam kesedihan yang kita cipta sendiri. wake up! life must go on. percaya dengan Allah. hey donchh u remember, "Allah <3 you." InshaAllah, anda akan terjaga dari rasa kecewa dengan manusia dengan ingat betapa Allah sentiasa menyayangi kita. *peluk bantal kuat2. muahh! wek. Ingat, setiap yang ada di hadapan kita adalah ujian kepada kita. well, definisi kehidupan kan ujian?? 

"Sesungguhnya, Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah yang terbaik perbuatannya." Al-Kahf : 7

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" Al-Kahf : 46

berhadapan dengan dunia...kita kena pandai buat pilihan. ustazah fatimah syarha pesan, dalam buat sesuatu.. "pilih lah pilihan yang mudah." kita kena banyak bersabar jgk..sabar itu kan penolong? kena sentiasa bersyukur.. Allah berfirman dalam surah Al-Qasas ayat 82..

".............the ungrateful are never successful."

Ayat yg buat aku tenggelam. sampai sekarang aku pegang. ya..patutlah. semakin aku mengeluh semakin lambat aku capai kejayaan. astaghfirullah..tarik nafas sekejap. ok. penulisan ini cuma coretan dari hati yang duk sajo makan kuaci. semoga Allah redha :)

"....Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. itulah kemenangan yang agung." Al-Maidah : 119 

sweetkan ayat tu? simple. kemenangan sebenar adalah bila masa Allah redha dengan kamu dan kamu redha dengan Allah :D akhir sekali, if im wrong, tell me. forgive me. and if u dare..forget me! :p ehek.
ok. sebelum tido..kak neelofa pesan, maafkan semua orang bermula dengan malam hari ini dan malam-malam seterusnya. kali pertama kita cuba memaafkan..mungkin hati masih keras..kali kedua..kali ketiga..keempat dan seterusnya, inshaAllah hati kita akan lembut untuk maafkan orang. cantik tips dari kak lofa manis! semoga Allah perkenankan doa-doa kak lofa dan doa kita semua. Aamin ya Rabb :)))

hey, mujhse dosti karoge?"
ops. ana nak ceritakan kepada ente semua satu ceghita sebelum tidur.... kisahnya begini..ok lupa permulaan cerita ni ==' kita terus ke puncak ya! :D
Khadijah : Aisyah!! dengarnya, ente akan bertunang. dengan siapa? mesti kacak kan? 
Aisyah : inshaAllah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan diri Aisyah dengan Allah. Itu yang paling utama.
Khadijah : ..........................................
MENGAPA KRIK KRIK KAWAN2? teka 'dia' itu siapa? 
bukan jejaka di balik belon-belon ini..tetapi 'dia' adalah M.A.U.T. 


kal ho na ho. tomorrow may  never come. 

Tuesday, 26 August 2014

"I want to go there too.."


dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..
segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam :)

Malam ini.. hati terpanggil untuk hadir dalam satu program bicara isu di Palestine. Dan..tak sangkanya.. tetamu yg hadir adalah dalam kalangan orang Palestine sendiri. Allah. Seolah-olah saya rasa.. Allah jawab.. Allah tolong kita untuk bersama mereka. Syukur alhamdulillah. Mereka yg datang adalah bakal-bakal doktor.. bakal-bakal doktor yang akan merawat beribu pesakit di sana..dan bakal2 doktor yg mungkin syahid di sana. Beruntung mereka. Beruntung saudara kita di gaza. Beruntung. 

Selalu kita duk kata.. “beruntung kita di melesia ni..aman dan damai.”

Yes. Yes. Yes. Kita memang beruntung. Beruntung yang hanya di dunya. Tapi mereka di gaza.. sangat beruntung di akhirat. Sangat.

Bila berdepan dengan mereka untuk bersalaman.. ya Allah. Speechless. Hati cuma kata, “mungkin ini kali terakhir jumpa mereka.” Astaghfirullah. 2 minggu lagi mereka akan pulang ke gaza. Allah. I don’t even say “sorry” and “thank you” to them. Ntah Keluh. Hanya mampu senyum.

Apa yg menarik saya tentang malam ini..satu persoalan dgn jawapan yg cukup simple tapi sentap.

“why we r not reunite?” “how to reunite” *lebih kurang mcm ni soalannya..in English!

Dan orang gaza tu jawab apa?

“unity come from the word of ‘Islam’” tup.

Dia kata lagi…jika kita follow the rules of Islam.. the real islam is..kita akan dapat bersatu. Dan.. kita mesti ada rasa “tanggungjawab”. Perkara ni bukan tentang mereka saja tapi tentang kita semua. Muslim maksudnya.. ketuk hati dan say , “hello? Kita adalah muslim! selama mana kita adalah muslim.. selama itu.. tanggungjawab itu ada pada kita semua. Kita kena faham. Mereka di gaza.. adalah keluarga kita.. saudara seislam kita..” 

“tak beriman seseorang itu melainkan dia sayang terhadap orang lain sebagaimana dia sayang terhadap dirinya sendiri..” sentap lagi.

Seterusnya..seorang guru pelatih lagi tanya..bunyinya camni..

“macam mana korg boleh strong enough berada di Malaysia sedangkan keluarga kalian di gaza?”

Dia, “….saya tinggalkan mereka dengan Allah.” Subhanallah..

Mereka datang ke Malaysia bukan untuk lari dari konflik di gaza. Tapi, untuk mencari ilmu dibawa bekalan untuk ke gaza. Serius. Kagum dengan kalian yang ada keyakinan sebegitu tinggi terhadap Allah. No wonder kalian diuji dengan ujian yang hebat. Eh. Ujian mereka adalah ujian buat kita juga. ingat, Allah takkan uji kita kan pada sesuatu yang kita tak mampu kan? Kan? Kan? Kita sama2 terus kuat dan bersabar ya ;)

Sekarang ni..
Apa yg mampu kita buat untuk dapatkan senyuman mereka? untuk dapatkan redha Allah? apa?

- Berdoa

- Boycott

- Donate

- Ambil tahu

- Menyampaikan


“Know enough. Not to be an ignorant.” #hlovate

Akhir sekali.. Kita di sini diuji dengan kesenangan yg melampau dan mereka diuji dengan kepayahan. Adilkan Tuhan? Ujian yg berbeza tapi hakikatnya kita kena bersama-sama memikul ujian ini..

Ingatlah sahabat.. “definisi kehidupan adalah ujian.”

Wallahu ala kulli syai’in qodir.


Thursday, 15 May 2014

"Tidakkah kau mengerti?"

dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..
segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.. mencari buat aku banyak diam beberapa bulan ni. ya dalam situasi yg K.E.L.I.R.U. pheww DAN BILA....

Bila ada banyak yang kita ingin suarakan..
dan dalam masa yang sama kita takut tidak sempat suarakan.
bila kita ada banyak dosa..
dan kita takut Allah masih tidak terima taubat kita..
bila kita ada banyak kesayangan di dunya ini 
dan bila kita lupa bahwa kita akan mati 
dan kita akan berhadapan dengan Allah.


selalu ingat.. setiap apa yg kita buat..tanya diri? "Allah redha?" ok. bismillah. dan hari  ini cuma ingin mengatakan tentang K.E.Y.A.K.I.N.A.N. ya. keyakinan tentang dua perkara.

PERTAMA, keyakinan kita bahawa "kita buat baik dengan orang lain..sebenarnya kita buat baik untuk diri kita sendiri." dalam erti kata lain. bila kita bantu orang lain sebenarnya kita bantu diri kita sendiri. bila buat sesuatu.. dan bila masa kita tanamkan keyakinan ini..in sha Allah kita akan rasa lebih positif dan lebih berlapang dada dalam buat baik :) berlapang dada ni macam mana? bila masa kita ada rasa selalu sangka baik dengan Allah :)  Allah ada pesan, 

"Jika kamu berbuat baik bererti kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka kerugian kejahatan itu untuk dirimu sendiri...." *Al-Isra: 7

dan Allah pesan lagi..

"Siapa yang mengerjakan kebajikan, maka pahalanya untuk dirinya sendiri, dan barang siapa berbuat jahat, maka dosanya menjadi tanggungannya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hambaNya." *Fussilat: 46

dan Allah pesan dan pesan lagi....

"Siapa yang mengerjakan kebajikan, maka itu untuk dirinya sendiri, dan siapa yang mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kepada Tuhanmu kamu dikembalikan."*Al-Jasiyah: 15

"tidakkah kau mengerti?"

*ce dengar lagu "healing" dari sami yusuf..ya Allah. liriknya simple tapi maknanya sangat bermakna. ya "lets start healing..healing.. ya bantu orang sebenarnya kita tengah bantu diri kita sendiri. tu mesej utama dari lagu tu. 

hm. KEDUA, keyakinan kita bahawa Allah itu adil dan yakin bahawa, "aku dahulukan urusan akhirat, Allah akan bantu urusanku di dunya." berkata mengenai A.D.I.L. takkan habis di dunya. akan selau banyak persoalan. tak redha mungkin. "aku lah tu." sampai pada ketika, aku berkata pd diri.. "kadang..kita harus berhenti menuntut keadilan utk diri kita sendiri demi kebahagian orang lain. DAN.. terus bersangka baik dengan Allah. ya Allah Adil. dan sebenarnya saya cuma perlu B.E.R.S.A.B.A.R. 
kan dalam Quran dah kata....

"Bukankah Allah Hakim yang paling adil?" *At-Attin: 8 

Dan ayat ini. buat saya terdiam. masih ingin menghukum orang? mengadili dia siapa? mengadili apa dia buat? berhenti mengandaikan.  Allah tahu apa yg ada di hati setiap manusia. Allah tahu. 

"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
*Al-Mulk: 13

"sebenarnya.
kita cuma perlu bersabar."
senyum.
Berkata tentang urusan dunia dan urusan akhirat. fuhhh kita dahulukan yg mana? kita lebihkan yg mana?  jawapan : tanya diri, doa kita lebih cenderung kepada dunia atau akhirat?? 
*pasu pecah. tuppp kaki terkena kaca. malu dengan diri sendiri. oh maii!

Mcm prinsip sy tahun ni..cuma ingin tingkatkan kepercayaan pada Allah. In Sha Allah. ya sy tengah buat eksperimen. hah? yap. sy percya kalau kita dahulukan Allah dlm setiap perkara.. percayalah.. Allah akan bantu kita utk urusan2 dunia. pernahlah suatu ketika dulu..tgh azan subuh ni.. masih duk tip tap tip tap depan komputer.. tiba2 laptop jem. ya Allah. kita tangguhkan urusan Allah.. Allah akan tangguhkan urusan kita. pengajaranya,  bila masuk solat.. tinggalkan semua. letakkan kepercayaan pada Allah. ok kita terai.

dan peristiwa seterusnya mengenai KONSTANTINOPEL.


"Alif Lam Mim. Bangsa Romawi telah dikalahkan(romawi timur yg berpusat di KONSTANTINOPEL), di negeri yang terdekat dan mereka setelah kekalahan itu akan menang, dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah urusan sebelum dan setelah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang beriman, karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia maha perkasa, maha penyayang. itulah janji Allah. Allah tidak akan menyalahi janjinya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." *Ar-Rum: 1-6

daripada ayat dia atas.. pengajarannya.. letakkan keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah. janji Allah pasti. so, end of the story.. usaha dan yakin bahawa kita buat baik utk diri kita juga. yakin Allah tu adil. sebaik2 penghukum. *bak kata miley cyrus, "remember only God can judge ya.. forget the haters cause somebody loves yaa.." #wecantstop! dan yakin jika kita dahulukan urusan akhirat..Allah akan bantu urusan yg lain. kita usaha. last but least. sempena 16 mei.. cuma nak ucap "selamat hari guru" ^_^ terima kasih cikgu. terima kasih semua dan minta maaf dari kenaikan sampai keturunan dalam belog ini. dan jika ada salah.. maka tegurlah :) saling memperbetulkan. saling memperbetulkan tu apa? saling sayang. saling caring to each other. well, "love is actually another name for care." gitu. *ok muntahhhhh pelangi 


"saya tak baik tapi tak jahat. sy tak bijak tapi tak bodoh." apa ni? 
"ok sy tengah usaha jd baik dan jadi bijak." gitu. ahak. ok bai. hahhhh.

Friday, 28 February 2014

Bagai kasut dengan stokin.


dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..

segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam :)
alhamdulillah masih diberi peluang. semoga umur berkat. hari ini cuma nak cakap pasal "akhlak".

Dalam kita menjemput orang ke arah kebaikan..ke arah islam..ke arah syurga..ke arah Allah.. semuanya bermula dengan "akhlak yang baik" kan? "ya Allah. aku nak jemput orang ke arah yg baik.. tapi aku?" *ambil gambar sendiri. flash 123! "hanya pandai duk mengata suruh orang baik tapi perkataan aku tidak mencerminkan perbuatanku." malu ok. *terpijak kaca mata sendiri.
Sayang...pernah dengar suatu cerita? cerita dari encik gucci....yang menyedarkan sy tentang kehebatan "akhlak." dengan akhlak..dia boleh mengubah seseorang secara tiba-tiba. kuncinya cuma satu, "kesabaran." ok..ceritanya mcm ni....

Ada seorang lelaki, yang sejarah silamnya cukup gelap dan hitam. Meskipon dia seorang Muslim, namun dia tidak pernah mempraktikkan keIslamannya. Kehidupannya tidak ada jauh bezanya dengan mereka yang bukan Islam, apatah lagi lelaki itu tinggal di Amerika, sebuah negara yang sememangnya cukup terkenal dengan gaya hidup bebas dan hedonisme. Namun selepas berkahwin, dia tergerak untuk mencari dirinya semula. Dia mula mendalami agama dan mula merasakan kelazatan beramal dengannya. Dia mula bersolat dan mengunjungi masjid. Dia mula meninggalkan tabiat meminum arak dan membuang semua tin-tin berisi kencing syaitonirojim yang ada di rumahnya. Dia mula berubah. Dan dia mahu istiqamah dalam perubahannya itu.

Cuma dia punya satu masalah; isterinya. Isterinya adalah seorang Kristian dan seperti dirinya yang dahulu, seorang Kristian yang tidak berpegang teguh dengan ajaran agamanya. Si suami buntu bagaimana mahu mengajak isterinya kepada Islam. Sebelum ini, si suami sering berdebat dengan si isteri, melontarkan hujah bagaimana agama Krsitian adalah agama yang salah, Islam adalah satu-satunya jalan yang benar dan sebagainya. Namun si isteri sering bersikap reaktif dengan penghujahan suaminya, mempertahankan agamanya meski dia bukanlah seorang penganut Kristian yang tegar. 

Lantas si suami mendapatkan nasihat daripada seorang Syaikh. Si Syaikh memberikan nasihat yang cukup mudah. Teruskan beramal dengan Islam, jadi seorang suami dan ayah dan baik, dan layanlah si isteri dengan sebaik-baik layanan. 

Kata Ustaz Nouman Ali Khan, dia tidak kenal siapa Syaikh itu namun dia amat berterima kasih kepada nasihat dan bimbingan yang diberikannya.

Arakian si suami pon menuruti nasihat yang diberikan oleh Syaikh itu. Pada suatu hari, ketika sedang menunaikan solat Maghrib di rumah, si suami sedar yang si isteri menyertainya untuk solat. Usai solat, si suami yang sudah tentunya gembira dan tidak percaya dengan apa yang berlaku, bertanyakan kepada si isteri apa yang menyebabkan si isteri mengikutinya bersolat.

Anda tahu apa jawapan si isteri? Untuk kaum perempuan, saya nasihatkan anda sediakan helaian tisu yang mencukupi. Dwi-lapis tahu?

"Saya tidak pernah jumpa seorang suami seperti anda. Cara anda melayan anak-anak kita... Ayah saya dahulu tidak begitu. Mana-mana agama yang menjadikan anda sebegini, agama itu tidak mungkin salah."


daripada kisah ini..kita boleh lihat betapa dakwah itu sangat kuat dan berkesan dengan akhlak :) perbuatan yang baik.. bukan hanya sekadar omong kosong. *tadahkan tangan then tampar muka! "akulah tu." astaghfirullah. dalam kita jemput orang buat baik..kita cerminkan dengan akhlak. kalau tadi cerita dari encik gucci.. dan sekarang sy nak cerita kisah sy sendiri yang telah diketuk oleh akhlak. kisahnya macam ni....

masa kuliah... bayangkan tengah duk makmal ni.. gua buat apa? bukak facebook..twitter.. sambil dengar lagu cina.. *jeling sebelah.. ya Allah. org tu tengah baca pasal fiqh wanita. serius tabik dengan org baca pasal fiqh. hari2 seterusnya..jeling lagi.. dia dengar pulak surah at taubah. *goyang bahu kawan sebangku. "malu kita". ya Allah. nampak tak? kisah seterusnya.. masa tu..sy tgh syok layan ariana rose! *pandang belakang.. seorang muslimah tengah baca Quran. malunya.. sebaiknya masa diantara maghrib dan isyak tu.. u kena membaca bukan menonton. terdetik, "salahkah hiburan?" ok. sy tak salahkan menonton. dalam berhibur apapun jangan berlebih-lebihan. *pesan ustaz. daripada kisah-kisah ini..menyedarkan sy.. bagaimana akhlak itu berjaya menyedarkan kita. lembut ja masuk hati ;) tidak perlukan suara yg lantang..hanya dengan diam dan buat..ppl will follow. trust me. in sha Allah :) dalam buat baik.. kalau takmau syaitan masuk campur.. ustazah fatimah syarha bg tips satu jak.. "buat baik dulu. cepat-cepat..maka syaitan takkan ada masa utk masuk campur." niatkan first kerana Allah. kerana Allah. kerana Allah. bukan manusia. 

teka teki teka teku...selepas akhlak apa? 1 minits. bass!

selepas akhlak ialah "ilmu". iya ilmu beb. kita perlukan ilmu dalam menjemput. sy tersedar pada suatu ketika..ehem! masa tu nak solat asar..kebetulan naim pun nak solat..anak buah sy yg taat. terdetik.."naim jom solat sama-sama. naim jadi imam boleh?" dengan pantasnya dia pun kata, "boleh bah." wahhh. sebenarnya konfius. eh bolehkah budak bawah umur jadi imam? apa ya syarat2 jadi imam? aiyooooo julianah....*nampak tak betapa ilmu itu....ok. tanpa buang masa sy pun setujulah. dalam hati, "dakpe.,. benda baik ni.. biar dia belajar." maka.. solatlah kita bersama-sama.. bacaannya bagus :) dan yg peliknya... after solat, dia pulak yg cium tangan saya.. ya Allah kepelikan apakah ini? senyum. naim semoga jadi anak baik.

#P/S jgn buat benda yg sama mcm sy buat. cek dulu syarat2 imam apa. aiyooo. apapun, sy ambil ini sebagai sebagai pembelajaran utk naim dan tauladan utk sy yg jahel ini. isyh2x. akhir sekali... puisi secotek!

dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang, 
jemputlah orang dengan akhlak.. 
sampai hati mereka berkata, "agama ini hebat." 
teruslah menuntut ilmu. sampai gigi takdo! 
berjalan lah seiring dengan akhlak bertemankan ilmu di dada.
kerana..
pelengkap kepada akhlak itu ilmu :) 
bak kata pepatah.. "bagai kasut dengan stokin". 

kenapa bagai kasut dengan stokin? ustazah fatimah syarha kata apa dlm novelnya tautan hati..

"jangan lupa, byk benda dlm dunia ini dianggap remeh oleh org baik namun dianggap berat oleh org 'taqarrub billah'." 

apa tu taqarrub billah? "dekat dengan Allah." dapat tangkap apa yg sy maksudkan? mesti tidak kn..pakai kasut dengan stokin or pakai kasut saja? mana lebih baik? *krik krik! nombor yg anda dail tidak dapat dihubungi. apapun.. sebenarnya..semuanya bermula dengan diri kita sendiri. baiki akhlak dulu..penuhkan ilmu.. dalam erti kata lain.. "mantapkan dalaman dulu" tarik nafas dan senyum. selamat malam.. semoga Allah sayang :) kalau ada salah..maaf dan tegurlah :) sama-sama saling memaafkan dan saling berlapang dada ^_^

".....dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? dan Allah maha pengampun, maha penyayang." An-Nur : 22

semoga Allah redha.

Friday, 3 January 2014

"2014 please be nice to me" :p


dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang :)

Pejam tak celik! bermulanya tahun yang baru "2014" ;D Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam. masih diberi peluang. hmm..untuk tahun 2014.. berlegar-legar azam duk dalam kepala nih. .azam korang tahun ni apa? matlufi kata, azam dia tahun ni adalah untuk ada azam. ==! azam sy tahun ni simple n santai jaaa... 

1. cuma mahu pejam mata pejam telinga n bersangka yang baik-baik. bak kata mufti menk, "B+" *tarik nafas then ^_^
2. cuma mahu go straight sambil nyanyi "don't ever look back! don't ever look back...." focus on my own prioriti!
3. cuma mahu hidup dengan gembira without expect too much frm others. keep letak dlm kepala, "kalaulah kamu hormat keadaan seadanya.."
4. cuma mahu "flexibel". bagi sy, erti kematangan itu adalah flexibel dlm semua keadaan..kadang dia keanakan..kadang dia kedewasaan..pokoknya, flekxibel dlm semua keadaan. itu kematangan.
5. cuma mahu buat kerja dengan lebih awal. no last second. mcm mana pun, harus stay cool. *jari silang rasa mcm susah mau lepas!
6. cuma mahu jadi lebih baik dari semalam. iya..ini moto arwah abang sy :)
7. cuma mahu jadi anak yg berguna buat mak n bapa :p
8. cuma mahu letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah. bila kita letakkan kepercayaan pd Allah, maka kita akan bahagia dunya akhirat :)

DING DONG! 
setakat ni jah azam duk legar kat kepala. pegang azam itu mcm anda pegang otak berharga anda kat tangan julianah. sepanjang tahun 2013...belajar banyak benda.. hari ini cuma mahu kongsi satu kisah tentang "Rabi Ibn Huthaim". Seorang tabi’in r.a..  sebuah contoh yg indah mengenai bagaimana beliau bersedia utk kematian. apa yg beliau lakukan utk mengingat kematian?

Di laman belakang rumah Rabi Ibn Huthaim.. beliau telah menggali kubur utk dirinya. *gulp! Dan apabila beliau merasa dirinya jauh dari dunia, beliau akan ke kubur tersebut dan berbaring. Malah.. meminta ahli keluarganya utk menutupnya. *ada pintu dan tutupnya bagi kubur itu.. kemudian beliau bayangkan semua peringkat yg berlaku apabila roh meninggalkan jasad. Apa yg berlakunya terhadap dirinya? Apa yg berlaku dlm kubur? Pd hari kebangkitan? Dan..bila kita semua berjalan bersama utk bertemu dgn Allah swt :) untuk ditimbang. Bertemu Rasulullah dan minum dr tangan baginda.. kemudian merentasi titian sirat..ingin tahu sama ada jatuh ke neraka atau berjaya sampai ke syurga. Beliau memikirkan semua peringkat ini. *subhanaallah utk Rabi astaghfirullah utk saya :/

Kemudian.. beliau akan keluar seolah-olah diberi nafas yang baru. Beliau bayangkan beliau telah meninggal dan semua peringkat itu berlaku. Kemudiannya beliau akan bsyukur kpd Allah yang memberinya peluang hidup. *sweetnya..bayangkan kita jalani hidup seperti itu. berani? hehhh serius tidak :/ One day, beliau masuk dan mengunci dirinya. keluarganya tidak tahu di manakah beliau.. mereka terlupa akan kubur itu. Setelah mereka sedar, bila hari makin lewat.. mereka masuk ke pekan dan memanggil namanya.. mereka fikir beliau telah hilang di tempat kerja atau di masjid..mereka tiada clue di mana beliau. Dan...apabila mereka tidak dapat menemui beliau. Ia sudah lewat lalu mereka pulang.. Rabi Ibn Huthaim sudah penat dan menjerit, 

“Allah kembalikan aku supaya aku dpt berbuat baik di dunia ini.” 

Lalu, Isteri dan anaknya membuka pintu kubur tersebut untuknya. Tahu apa isterinya katanya kepadanya? *Ini dia seorang wanita beriman dan bagaimana dia mempengaruhi suaminya. Katanya,

“wahai Rabi, lakukanlah lebih banyak kebaikan kerana akan tiba harinya apabila kamu menjerit.. tiada siapa akan menyahut jeritanmu." 
*gugur jantung! sebuah kisah yang wahhhh...

Akhir sekali, kalau tidak mampu gali kubur sendiri..ehemm cukuplah dengan baca buku mengenai peringkat kematian, pelajari, hayati... mcm pesan Sheikh Waleed Abdul Hakeem,  "ambil kisah ini sebagai permulaan bukan pengakiran. Dapatkan buku tentang peringkat2 kematian. Baca dan duk berfikir mcm  Rabi ibn Huthaim." beliau juga syorkan beli buku Dr. Omar Sulaiman tajuknya "Minor resurrection" and "Major Resurrection". yang "Minor" cerita tentang apa yg berlaku dalam kubur setelah roh meninggalkan jasad..menegani kematian kecil.. yang "Major" pulak cerita tentang hari Akhirat. Buku ni terdapat dalam 42 bahasa dan yang penting berpandukan Quran dan Sunnah :)

http://www.iiph.com/en/indonesian/336-kiamat-kecil-serial-aqidah-islam-5-indonesia.html *laman web tentang buku itu.

tahun baru azam baru!
tahniah misah ahmad.
tidak sabar berada di tempat kamu..
ok selamat tahun baru! "2014 please be nice to me!" *menyampahnya kita dengarr!wuek. semoga Allah permudahkan urusan sy untuk jadi mcm dia kat sebelah ni hah! gembira untuk kamu :)  astaghfirullah lil mukminin wal mukinat 3x. kenapa ya 3x? bg sy, utk sebutan yg pertama, kita hanya sekadar "sebut"..sebutan kedua, kita mulai memahami apa yg kita sebut.. sebutan ketiga, kita akan mulai menghayati apa yang kita sebut. hikmah 3x bagi sy. macam biasa..kalau ada yg salah, maka tegurlah..dnt worry azam sy tahun ni +ve dan flexibel dlm semua keadaan :p