Thursday, 14 November 2013

Bukan siapa-siapa..


dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Bila sesuatu bermula dengan "bismillah" aura positif untuk menulis yang baik-baik tiba-tiba ada ;) alhamdulillah masih berpeluang menulis. semoga kita semua dalam jagaan Allah sentiasa..semoga Allah sentiasa sayang...

"....Maka Allah adalah Penjaga yang terbaik dan Dia maha penyayang di antara para penyayang." Yusuf : 64 *auchhhhh... sweetnya Allah :)

Hari ini..cuma nak "membebel"..dalam erti kata lain nasihat.. peringatan.. sebagai tanda sayang..puisi secotek sambungan puisi yg lalu :p

kerana aku bukan siapa-siapa,
aku menjarak..
kerana aku bukan siapa-siapa,
aku tiada apa-apa..
maka aku memilih yang biasa-biasa..
seadanya..dan aku..
menanti satu ungkapan dari Allah.
"kun faya kun"


Awak-awak yang saya sayang kerana Allah,

PERTAMA..nak cakap pasal SYUKUR :) 

Ya..syukur..tahu atau tak tahu..syukur adalah separuh dari iman. *selain daripada sabar :) know what? perkataan "Alhamdulillah" sangat besar maknanya bagi siapa yang sedar. sangat besar. ungkapan alhamdulillah. ya Allah satu perkataan yang kita kena sentiasa ucap di bibir..perkataan kedua selepas bismillah (dengan nama Allah) dalam al fatihah. Allah. begitu banyak nikmat yang Kau bagi..tak terkira. "tetapi, sedikit sekali di antara kita yang bersyukur." kan? :'( *malu sendiri. Cuba selak dan baca surah an-nahl ayat1-ayat18.. semua ceita tentang nikmat yg Allah bagi. tapi....huh.. ya Allah malu lagi.. *tutup kedua muka!

Sayang.... ketahuilah..syukur itu hadir bila masa hati kita rasa ingin  sentiasa memberi.. sentiasa berkongsi.. semuanya kerana Allah.. Yang namanya rezeki harus sentiasa berbagi bukan setakat berhenti setakat alhamdulillah.. maksudnya..ada kesinambungan.. rezeki ini sebenarnya suatu modal pelaburan. how? modal pelaburan untuk akhirat. akhirat. akhirat. percaya atau tidak..sy masih buat eksperimen dengan kata-kata ini "u will not poor by giving." i want prove this statement..ternyata...sy masih x dpt prove selama ni kerana selama ini sy memikirkan kepentingan untuk dunia..yalah ada pulak kita memberi kita takkan miskin? ya dunia..maka sy tiada jawapan. sebenarnya..yang dimaksudkan dengan kata-kata itu ialah akhirat beb. akhirat. rezeki yang kita beri akan jadi modal kita untuk di akhirat. di dunia mungkin tak nampak beb. *how many beb ya? ya Allah... bila ada org memberi.. rezeki jangan ditolak ya..kita sebenarnya bantu dia buat baik..iya kita sebenarnya sedang tambah modal akhirat dia :) dan bagi saya rahsia kasih sayang itulah adalah "tidak berkira" *belek Al-Zalzalah : 7-8 ^_^


KEDUA nak cakap pasal "JAGA"

anda kacak..tapi ada sesuatu yg kurang..
what? "nur." hm nur ini suatu ketenangan..
bila pandang.sejuk membeku mata nih..
so, anda tak cantik tak kacak takpa..
tapi, anda ada sesuatu yg si kacak
dan si cantik takda..what? nur.
Know what? serius. sy sangat respect dengan lelaki/perempuan yang bukan sahaja jaga kesihatan.. tapi jaga pandangan dan jaga pergaulan *dlm erti kata lain ikhtilat. Bercakap mengenai menjaga.. tiba-tiba rasa nak kait dengan nabi Yusuf.. nabi yang hebat dalam takwil mimpi dan nabi yang popular dengan title'nya  "good looking".. knw wht? bukan itu saja yg buat sy kagum dengan nabi Yusuf.. tapi kagum dengan bagaimana dia sangat menjaga pergaulannya.. jaga pergaulan bagi saya bererti jaga iman :)  so, after All.. its not about "good looking" only..its about "iman." bila ada iman..nur automatik terpancar kat muka. percayalah! :p

"....Wahai ayahku! Sungguh aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan kulihat semuanya sujud kepadaku." -Yusuf : 4

"....Dan mereka semua tunduk bersujud kepadanya (Yusuf). Dan dia Yusuf berkata, "wahai ayahku! inilah takwil mimpiku yang dahulu itu......" -Yusuf : 100
*ayat ini ada perkaitan dengan ayat dia atas. terselit pengajaran..belek surah Yusuf.. kisah bagaimana saudaranya yang membuat tipu daya padanya. Allah baik Yusuf terjaga :)

"ketika perempuan-perempuan itu melihatnya (Yusuf), mereka terpesona dengan keelokan rupanya dan mereka tanpa sedar melukai tangan sendiri. Seraya berkata, "Mahasempurna Allah, ini bukanlah manusia. Ini benar-benar malaikat yang mulia." -Yusuf : 31
*walaupun Yusuf punya kelebihan dari segi "rupa" tapi dia tidak pernah tunduk dengan mereka-mereka. sangat menjaga! Allah.

Dan hakikatnyaaaa..sebenarnya jaga itu bermula dari siapa sebenarnya? ada yang kata, "yang memulakan itu perempuan maka kami perempuan yang harus mengakiri."  dan ada pendapat yang mengatakan, "lelaki yang lah harus jaga pandangan." hm. bagi sy..tak payah salahkan siapa-siapa. salahkan diri sendiri. kita tahu bila masa itu salah kita atau salah orang lain. kita tahu dan Allah tahu. hm.. bagi saya.. kamu jaga pergaulan kamu dengan dia sama macam kamu jaga hubungan dia dengan Allah dan hubungan kamu sendiri dengan Allah :) 


KEDUA nak cakap pasal "DOA"

know what..selepas kemaafan.. bagi saya doa adalah hadiah yang terbaik :))) "mak..doakan aku.." mak akan selalu kata, "selalu..." dan kita pun kena selalu doakan untuk mereka juga.

"Dan rendahkan dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang, dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! sayangilah keduanya sebagaimana mereka  berdua telah mendidik aku pada waktu kecil." *Al-Isra : 17

dan.....

"Setiap hamba Muslim yg mendoakan saudaranya pd ketika saudaranya itu tidak ada *tanpa pengetahuan, maka malaikat akan berkata..'semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.' ” (HR Muslim)

Nampak doa itu sangat penting sebagai pelaburan.. sebagai modal kita di akhirat nanti..kan? doa bersifat abstrak dan abstrak itu lebih dekat dengan keikhlasan. hati kita akan tetap jika dipegang dengan "doa". inshaAllah. "astaghfirullah lil mukminin wal mukminat.". bayangkan kita berdoa macam ni..berapa banyak kali malaikat "ameen" kan untuk kita sekali?  Allah. besar kebaikan untuk doakan orang lain. *doa yang baik-baik ya! kita buat baik untuk orang lain bererti kita buat baik untuk diri kita sendiri dan begitulah sebaliknya... iya ada tertulis dalam Al-Quran :)

"Jika kamu berbuat baik bererti kamu berbuat baik utk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka(kerugian kejahatan) itu utk dirimu sendiri." *Al-Isra : 7

dan ingat......

"Bagi orang-orang yang buat baik, ada pahala yang terbaik(syurga) dan tambahannya(kenikmatan melihat Allah). Dan wajah mereka tidak ditutupi debu hitam, dan tidak pula dalam kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya." *Yunus : 26

ehemmm! semoga kita mati dalam keadaan iman..dan dapat bertemu dengan Allah SWT..Pencipta kita :) semoga dapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan kita kekal di dalamnya..semoga Allah redha..semoga Allah bagi rahmat.. semoga Allah bagi jodoh yang menurutmMu terbaik untukku..eh?? heheheheheh... apapun, sebanyak mana kita berdoa..kita kena dahulukan akhirat..iya akhirat..selalu tanam dalam hati, "kehidupan akhirat lebih baik..lebih baik.." jangan bersedih n stay positive dengan Allah :) dan....sama-sama ambil pengajaran dengan ayat di bawah.. jaga urusan akhirat maka urusan dunia Allah akan bantu. *ingat julianah!!!

"Sesiapa menghendaki yang segera (kehidupan duniawi), maka Kami (Allah) segerakan baginya padanya (di dunia ini) apa yang Kami (Allah) kehendaki, bagi orang yang Kami (Allah) kehendaki. Kemudian Kami (Allah) tentukan baginya Neraka Jahanam; dia akan memasukinya (dalam keadaan) tercela dan terusir. Dan sesiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu, sedang dia adalah Mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya disyukuri (dibalas dengan baik).     *Al-Isra : 18-19

Sayang semua kerana Allah. kal ho naho.. satu pesanan, hidup di dunia kena ada "prinsip". kerana prinsip kita teguh dan tidak mudah terpengaruh. dan kerana prinsip kita boleh menilai mungkin. ok. sekarang kita cuba sama-sama capai satu prinsip. iya..satu prinsip yang Ustazah fatimah Syarhah sebut, "laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah" *Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH. subhanaallah :) satu prinsip yang hebat dan dan seharusnya dipegang oleh smuaaaa muslim..kan? kan? kan? :'(

p/s : kalau ada salah..maka tegurlah ^_^ kita sama-sama perbaiki antara satu sama lain. se..se..what? secawan teh o sy nukilkan disini..

" :) to the world :'( to Allah"

sedar atau tidak sedar,
air mata kita sama seperti bertambahnya air dilautan,
iya..
air di lautan umpama air mata kita di akhirat nanti..
tersimpan tanpa kita sedari..
iya..
air mata dosa yang tersimpan kerana penyesalan.
sayang,
hapuslah air mata duniamu sebelum terlambat.
air mata itu jangan di simpan untuk akhirat..
kerana waktu itu sudah terlambat.
maka..
bazirkan air matamu sekarang.
air mata taubat dan air mata kesyukuran untuk Dia yang satu.
jangan kau bazirkan air matamu di akhirat kelak.
kerana saat itu walau sebanyak mana air matamu menandingi air di lautan..
itu sudah tiada guna.

Smile to world and cry to Allah.