Monday, 29 July 2013

Sungguh, Aku mengerti.


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...

Sedihnya bila mendengar orang yang kita sayang mengelak dari menerima kenyataan.. dan yang lebih sedih..rupanya sy sendiri masih belum boleh menerima..Ya Allah..perkara ni berlaku dengan tiba-tiba dan tidak disangka-sangka.. bila sedih..badan akan panas rasa nak demam..tapi, begitu mudah sy tutup kesedihan dengan gembira yg &*(^%$#2 *profesional gitu! that moment..........

Saya : jangan risau..makan banyak buah betik nih..bagus untuk rawat kanser.. *setelah bertahun2 jadi kakak, baru dapat suap dia makan..terasa kasih sayang di situ..
Dia : bukan kanser..leukemia..

kamu tidak tahu..kanser, barah, dan leukemia itu satu keluarga..kanser adalah bapak kepada leukemia dan adik kembar  kepada barah sel darah putih.. maksudnya, leukemia atau dipanggil barah sel darah putih tergolong dalam jenis kanser.

Dia : mungkin kanser tu..
Mak : bukan..belum dipastikan lagi..

Bila saya dengar nih.. hati saya cuba untuk memahami mak.. mak masih belum terima..kalau mengikut keputusan dari klinik pakar SMC, ya..dia mungkin ada leukemia.. tapi di hosp Quenn..result belum keluar.. mungkin mak masih berharap ini semua tidak betul. kejadian ini berlaku bila bahagian kaki adik membengkak dan dia susah untuk berjalan.. berat badannya makin susut.. mukanya yg segar dulu dengan bibirnya yg macam angelina jolie tuh berubah..terkejut bila mula2 balik hari tu..sangat!

Pada awalnya, kami rasa cuma sakit kaki biasa.. bila bawa ke klinik dan hosp di lahad datu..kaki masih sakit berterusan..dan pada 18hb6 baru temujanji dengan pakar..agak lama..sampai mak sy menangis bila adik sy mengadu sakit kaki lagi..haiii mak jangan menangis..kebetulan, abang mahu ke kk..dan kami pun bawa lah adik pegi klinik pakar di SMC tuh.. Bila cek darah, doktor kata sel darah putihnya sangat tinggi dan ada kuman dalam darahnya..mungkin kanser atau tibi.. isyhh.. mustahil lah.. kes dalam sejarah keluarga kami.. memang tiada kanser..mustahil..mustahil..mustahil.. 

tapi, doktor buat ujian sekali lagi dan keputusan tetap sama..doktor mengatakan mungkin leukemia.. masa tu, saya rasa berat untuk terima..apatah lagi mak..dan adik beradik yang lain.. semua cuba untuk kuat tapi.. dia anak bongsu..dia agak manja..tapi, itu normal..dia tidak kuat..setiap kali doktor datang..dia menangis..abang pun ikut menangis...haiii..mak? hmmm..

sungguh, aku mengerti...
dia : aku takut mati.
dia : menunggu ajal sejak..
dia : aku mau hidup lagi..mau kawin.. *sempat lg bergurau dlm sedih

ya Allah.. bila dengar nih..sy takut untuk segala kemungkinan.. bila tengok abang sulung saya menangis..sy rasa sedih sangat..sy tahan air mata nih depan dia..dan yang paling sakit..bila mak sy pulak menangis di sebalik tabir..bila tengok mak nangis..mak meluahkan perasaan dia..sy rasa..hai..kesiannya dekat mak..mak pernah melalui semua nih..kita pernah kehilangan sorang adik beradik..7 tahun yang lalu.. bukan senang..sangat berat..kakak ada kata,

"ibu bapa nih kalau boleh dia mahu anak-anak yang kuburkan mereka bukan mereka yang kuburkan anak mereka.." hmm..

yang sy tahu..penyakit tu bahaya..pernah jugak tengok cerita 'autumn in my heart'..teringat heroin tuh akhirnya meninggal sebab penyakit tu.. dan teringat lagi dalam satu novel..watak tu mati sebab penyakit tu..malam tu, search dekat internet pasal penyakit nih..yes, BOLEH DIRAWAT! huh..lega sikit..kakak cuba nasihat supaya kita POSITIF!! dia kemudian di tahan di hosp utk buat pembedahan kecil pada bahagian yang bengkak di kakinya untuk pastikan betul2x apa penyakitnya.. pembedahan tu bukan mudah..dia kata dia sedar masa bedah tu.. dan mesti sakit.. lepas tuh, dia dimasukkan darah pulak.. pihak dari SMC suruh bawa dia pegi hosp Quenn sebab tiada doktor pakar darah di sini..hanya di Quenn..itu pun dua orang sahaja di sabah nih..

bila adik dipindahkan ke hosp Quenn..agak ok..doktor2 di sini tidak menyeramkan macam di klinik pakar SMC..dia ditahan dalam wad.. dalam minggu tu juga sumsum tulangnya akan diambil untuk kepastian tentang penyakitnya.. dia kata, semalaman dia tidak dapat tidur memikirkan hari esok untuk ambil sedikit sampel sumsum tulangnya.. saya sendiri tidak dapat bayangkan kalau berada di tempat dia..berat sangat..mak ada kata, "biarlah aku yang tanggung semua nih..jangan kamu.." mak..sy faham keperitan yg mak cuba sembunyikan..mak kena kuat!

setiap hari, banyak kali jarum dicucuk dalam badannya..banyak kali..saya tahu sakit..sakit..Ya Allah.. bila tengok dia termenung.. sedih..sedih dan sedih..tahan air mata nih dari menitis..tutup mata untuk serap balik air mata nih..lepas tu..pura-pura menguap.. wajar kan air mata keluar bila kita menguap? wht a good strategi! sy sedih dengan perjalanan hidup dia yang masih muda..bila dapat penyakit nih..untuk merawatnya bukan mudah! dia kena kuat semangat dan yakin! so, kita tidak boleh sedih2x depan dia.. doktor kata, setakat nih minum ubat dulu sepanjang hidup..lepas tuh, kalau penyakit ini tidak terkawal..dia akan buat pemindahan sumsum tulang dan kemoterapi.. nasib baiklah kami ada 10 orang adik beradik..kemungkinan sumsum tulang yang sesuai 4 atau 2 orang...

kata Ustazah Fatimah Syarhah, "Ya, mati itu pasti. Tapi sebab kematian kita adalah qadha' yang muallaq, bergantung kepada 'tindak-tanduk' dan 'doa' kita dalam menelurusi hidup."

ya Allah jika ada jalan buat dia..mudahkanlah..kuatkan dia..kasihani dia ya Allah...kasihani mak..bapa..saya dan adik beradik yang lain..kalau memang ini takdir untuknya..ajarkan kami untuk redha dengan ujianMu..beri kami kekuatan untuk menerima semua ini..hanya kepadaMu tempat kami memohon pertolongan..hanya kepadaMu ya Allah.

akhir sekali..ingin berkongsi satu surah.. surah apa? surah Al-Qiyamah :)
terjemahannya sangat bermakna.. I love this surah!

SURAH AL-QIYAMAH (Hari Kiamat)
Surah ke-75 *m/s 577
Terdiri daripada 40 ayat (Makkiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


1. Aku bersumpah dengan hari Kiamat.
2. Dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (diri sendiri)
3. Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?
4. (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.
5. Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus-menerus.
6. Dia bertanya : "Bilakah hari kiamat itu?"
7. Maka apabila mata terbeliak (ketakutan),
8. Dan bulan pun telah hilang cahayanya,
9. Lalu matahari dan bulan dikumpulkan,
10. Pada hari itu manusia berkata : "Ke mana tempat lari?"
11. Tidak! Tidak ada tempat berlindung!
12. Hanya pada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu.
13. Pada hari diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.
14. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri,** Anggota-anggota badan manusia menjadi saksi terhadap pekerjaan yang telah mereka lalukan seperti tersebut dalam Surah An-Nur ayat 24.
15. Dan meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya.
16. Janganlah engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca al-Quran) kerana hendak cepat-cepat (menguasai)nya.
17. Sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya.
18. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya.
19. Kemudian sesungguhnya Kami akan menjelaskannya.
20. Tidak! Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia,
21. Dan mengabaikan (kehidupan) akhirat.
22. Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.
23. Memandang Tuhannya.
24. Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram.
25. Mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang sangat dahsyat.
26. Tidak! Apabila (nyawa) telah sampai ke kerongkongnya.
27. Dan dikatakan (kepadanya): " Siapa yang dapat menyembuhkan?"
28. Dan dia yakin bahawa itulah waktu perpisahan (dengan dunia).
29. Dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan),** Kerana hebatnya penderitaan di saat akan mati dan ketakutan akan meninggalkan dunia dan menghadapi akhirat.
30. Kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dibawa ( untuk menerima balasan).
31. Kerana dia (dahulu) tidak mahu membenarkan (al-Quran dan Rasul) dan tidak mahu melaksanakan solat,
32. Akan tetapi dia mendustakan (Rasul) dan berpaling (daripada kebenaran).
33. Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong.
34. Celakalah kamu! Maka celakalah!.
35. Sekali lagi, celakalah kamu (manusia)! Maka celakalah!** Kutukan terhadap orang kafir ini diulang-ulang sanpai empat kali : pertama : pada saat ia akan mati, kedua: ketika ia di dalam kubur, ketiga: pada waktu hari berbangkit, dan keempat: di dalam Neraka Jahannam.
36. Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkan begitu sahaja ( dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan kembali untuk menerima balasan)?
37. Bukankah dia mulanya hanya setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim).
38. Kemudian (mani itu) menjadi sesuatu yang melekat, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya.
39. Lalu Dia menjadikan dirinya sepasang lelaki dan perempuan.
40. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian, berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?



2 comments: