Monday, 1 July 2013

"Allah Love You."

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...

Satu kata yang terungkap dari dia.. sangat bermakna.. sangat terkesan di hati ini.. "Allah Love u". tidak ada ungkapan seikhlas ini.. setenang ini yg pernah saya dengar.. hati kita ternyata lebih tenang mendengar "Allah love u" daripada "mak love u", "kak love u".."i love u"... Dua ungkapan ini sangat berbeza.. cinta Allah kepada kita melebihi cinta kita kepada dia yg lain..ungkapan ini menyedarkan aku satu perkara supaya aku selalu ingat bahawa Allah sayang padaku. Tapi.. adakah kita sayang sebenar-benarnya sayang pada Dia sebagaimana dia sayang pada kita? Allah..

Ustazah fatimah Syarhah..Tenangnya hati bila lihat senyumannya kerana Allah.. bila dekat dengannya yang mengingatkan kita pada Allah.. dia yang sayang kita kerana Allah.. sy boleh rasa keikhlasan dari setiap bicaranya.. Ya Allah, dia antara sumber inspirasi kepada saya untuk kuat..sy ingin berusaha jadi seperti dia..apa? letakkan semua perkara kerana Allah.. kagum dengan keperibadian dia yang meletakkan Allah nombor satu dalam kehidupannya.. Subhanallah.. Dia juga seorang yang mesra.. sangat menghargai orang sekelilingnya.. salam tangan peluk cium mesra dengan dia.. sangat merendah diri.. dia kata apa, "akak sama jer macam mcik cleaner.." ya Allah, betapa dia menyedarkan kita bahawa kita ini semua sama sahaja..hamba Allah..hamba Allah yang bagaimana? hamba Allah yang baik dan sentiasa berusaha cari redha Allah untuk ke syurga..nampak perjalanan hidup yang sepatutnya kita impikan? bukan di dunia..tapi di akhirat julianah..

Terima kasih Allah..kerana kirim dia untuk bagi peringatan kepada sy yang masih terumbang-ambing mencari cinta Dia di hati ini.. bicaranya yang lembut dan penuh hikmah memudahkan hati ini untuk terima apa yang dikatakannya. satu strategi dakwah yang berkesan bagi sy.. malam tu, tersedar satu perkara..mengenai satu sikap yang sering sy jauhkan dari diri ini..kerana sy takut..tidak bersedia..tiada keyakinan..hmm..apa? "sifat ke depan." yes. kita kena move on! manusia boleh berubah..kita kena yakin dengan Dia. kita kena minta  petunjuk sungguh-sungguh dengan Dia..sampai bila duk main sembunyi di belakang?? Ingat ;

"Sungguh engkau(Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." Al-Qasas : 56


ustazah juga menyedarkan sy..."Indahnya ukhuwah jika kerana Allah kan?" untuk masa ini.. kita diuji dengan perasaan sayang.. tapi sayang yg bagaimana? sayang dari Allah atau sayang dari syaitan? kita yg memilih.. tujuan sy pertama cari cinta Dia..ya..cinta Dia..di sambil mencari cinta Dia.. sy pertahankan cinta sy pada keluarga sy...sahabat saya.. untuk memikirkan cinta yang lain.. sy tidak bersedia.. untuk masa ini.. sy kena tanamkan bahawa cinta yang lain bukan keutamaan bagi sy sehingga cinta sy untuk Allah dan keluarga sy berjaya. pernah jugalah hati ini ter'kagum..ter'suka dengan someone2x..mcm lee minho dll..baru2 ni terjatuh hati pulak dah dgn edward cullen..tv3 punya pasal. *ketinggalannya aku! ehehe! well, itu fitrah. tapi, kita kena pandai2 lah 'take care' fitrah kita supaya tidak jadi fitnah dan nampak diri kita "bodoh".. agak harsh kan? yes. kadang2 tu rasa menyesal juga sebab lepaskan dan terus lepaskan seseorang2 yg sebenarnya baik pada sy..mungkin tidak sempurna pada ketika itu tapi sempurna selepas itu. tidak mengapa..sy cuba untuk positif..berlapang dada..yess, kita kena ingat, Allah tidak akan bagi sesuatu pada ketika kita tidak bersedia :) ok stop! basss! hmm.. macam mana cintakan Allah? ufs pesan..pertama sekali...sy kena kenal Allah..kedua, sy kena suka apa yang Dia suka..ketiga, sy kena benci apa yang Dia benci..keempat, sy kena bersangka baik dengan Dia.. kelima, sy kena sentiasa ada rasa tawadduk.. rasa2, sudah tercapai kelima-lima syarat nih? macam mana pula cinta kepada keluarga? _____________ (sila isikan tempat kosong)
ok stop untuk topik ini. kita beralih ke segmen seterusnya.. "masa remaja"..alahaiii...

Ya Allah..masa remaja adalah masa yang sepatutnya aku guna untuk terus beribadah kepadaMu..tapi..aku leka.. aku terpengaruh dengan permainan dunia..salah aku..bukan salah dunia...Engkau beri dunia untuk kami ke syurga..tapi kami? kami salah guna untuk ke neraka..Astaghfirullah.. betullah..hidup ini satu pilihan..kita yang menentukan dimana kita..Ya Allah..aku berdosa kerana banyak buang masa.. kalau difikirkan balik.. cukupkah amalan ku untuk tampung dosa2 ku selama nih? Ya Allah betapa aku meletakkan dunia lebih tinggi dari akhirat.. astaghfirullah..jika ada jalan mudahkanlah.. pesan ustazah fatimah syarhah, ada empat penghalang taubat..pertama, bila kita pandang remeh pada dosa.. kedua, bila kita terlalu panjang berangan-angan.. ketiga, bila kita terlalu dikongkong dengan dosa dan putus asa..kita malas! terakhir, bila kita tertipu..kononnya, kita buat dosa dulu nanti Allah ampunkan juga. Al Quran dedahkan sikap ini dalam :

Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang mewarisi Taurat, yang mengambil harta benda dunia yang rendah ini, dan berkata: "Kami akan diberi ampun". Dan kelak jika datang kepada mereka harta benda dunia sebanyak itu (pula), niscaya mereka akan mengambilnya (juga). Bukankah perjanjian Taurat sudah diambil dari mereka, yaitu bahwa mereka tidak akan mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar, padahal mereka telah mempelajari apa yang tersebut di dalamnya?. Dan kampung akhirat itu lebih bagi mereka yang bertakwa. Maka apakah kamu sekalian tidak mengerti? Al-Araf : 169

kita dimana? hmm...step pertama untuk berubah kena taubat! bukan mudah untuk taubat..kita kena kuat..minta hidayah dan taufik dari Dia. permulaan dalam taubat adalah dengan paksa diri.yes, paksa diri! lama-lama akan jadi kebiasaan.. Dia ada..Dia tahu..Dia tunjuk.. sentiasa bersangka baik dalam setiap ujianNya pada kita. kata ustazah, "hidup tak best tanpa ujian." Allah..kagum dengan keperibadian dia! ya..Allah tidak pernah zalim dengan kita..tapi, kita yang zalim dengan diri sendiri.. kita kena sensitif jaga hubungan kita dengan Allah. ingat, "Allah really love u." do you love Him?





sedikit kenangan dengan ustazah fatimah syarhah :) 


ufs, "nama siapa?" ehem..aku, "julianah".. ufs, "cantik nama.." isyhhhh! kita malu. apa pun, terima kasih ustazah. love u fillah.. Allah love u too :)

1 comment: