Wednesday, 27 March 2013

I complain U komen :)


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...


first and foremost, *cehhhh sebelum ana bukak mauduk bicara hari ni.. cuma nak pesan, supaya cek 'grammar' dan tegurlah secara ber'hikmah' sekiranya ada apa2 dalam penulisan ini yang nampak sy terlalai..terleka..atau terrrr seumpamanya sehingga buat saya dan anda2x lupa dari NIAT asal kerana.... *bismillah

hari nih agak2x saya nak cakap pasal apa?? banyak nok oyak. so so so.. *bunyi lain macam

Ceritanya begini.. Pada suatu hari.. ada seekor arnab sedang berjalan jalan ke hulur kehilir..tiba-tiba.. *nada saspens arnab itu terjatuh dan mati.. ***THE END*** sekadar selingan ya :D okay..hari saya cuma nak COMPLAIN. u know what is complain? complain adalah sejenis kuih yang berbentuk sfera berwarna jingga yang ..... *selingan kedua :p




Back to the basic! *nada serius

PERTAMA~~~

Tegur..tegur..tegur...tolonglah tegur secara berhikmah.. jangan salahkan 'dia' jika dia tidak menerima teguran kita..mungkin cara kita menegur itu salah :) tanya diri balik, kita menegur itu ikhlas atau saja menjatuhkan? kadang kita rasa kita menegur untuk kebaikan dia..tapi, sedar atau tidak sedar..kita telah menjatuhkan dia..menurunkan semangat dia..dan tambah melukakan hati dia..

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (perkataan yang tegas dan benar yg dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sungguhnya Tuhanmu, dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." - An-Nahl 16:125

Menurut julianah 2013, sebaik-baik teguran ialah teguran antara saya dengan dia..bukan antara saya dengan dia-dia.. *maksudnya..secara public gitu. dalam bab tegur menegur nih..ada dua risiko kita kena ambil tahu.. teguran yg kita beri buat dia dekat dengan kita atau teguran yg kita beri buat dia makin jauh dari kita.. *flashback! tapi, kan..saya percaya..kalau kita menegur secara ikhlas..dia akan rasa keikhlasan kita..ikhlas itu macam mana? ikhlas ini umpamanya seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap dan sangat susah untuk dilihat....Perumpamaan yang kedua.."Mungkin aku juga tidak menghayati surah Al ikhlas, yang didalamnya sendiri tiada perkataan ikhlas." faham? memang surah itu namanya "Al Ikhlas" tapi, ada perkataan ikhlas? nampak..betapa ikhlas itu tidak perlu diluah dengan kata-kata untuk meng'explain'nya..

Ingat, IKHLAS itu rahsia kita dengan Allah. tidak perlu tunjuk..Allah tahu..in sha Allah..
dia-dia pun akan terasa..ya..

"Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan" - An-Nahl 16:19


KEDUA~~~

Kedua, nak cakap pasal 'kematangan'.. *amboiii! ok..terus terang, sy mengukur kematangan seseorang dengan melihat sejauh mana dia memikirkan masalah dia dengan masalah orang di sekelilingnya..dalam erti kata lain tahap ke'selfish'annya macam mana?? ok.. saya belajar sesuatu suatu ketika dahulu dan baru terasa ingin meluah hari ini.. kita kena 'lebih' mengutamakan kepada orang yang lebih memerlukan..cuba banding beza masalah kita dengan dia...................

A : Eh. eh...probelem saya lagi besaq dari ente! *menuding jari ke B
B : dok. probelem angpa lagi lagi lagi beso dari mung! *berpaling muka

tiba-tiba.......

C : A...kamu tahukah masalah B?
A : YES. *dengan yakinnya.
C : so?
A : so what?? itu masalah dia..bukan masalah saya. *amboi! ni bukan setakat kes 'jual ikan nih'..nih dah masuk kes jual ayam. #selchic!
C : mung pehe dop masalah dia?
A : tidak............*masa tu A terasa malu..tahu masalah tapi tidak faham masalah.

Dalam hati si B yang mendengar, " aku pun tidak faham sebenarnya masalah si A, macam mana aku boleh 'sampai hati' assume yang masalah aku lebih besar dari dia???

A : saya minta maaf..
B : saya pun minta maaf..

moral of da story, dalam buat sesuatu..kita jangan terlalu memikirkan masalah kita sampai kita lupa orang lain juga ada masalah. malah, masalahnya lebih besar dari kita :( tapi kita?? kita lebih untuk mengetahui masalah tapi tidak memahami masalah... mungkin dia lebih memerlukan dari kita..apa salahnya kita mengalah?? so, di sini..saya nak minta maaf..mungkin sy tidak tahu perobelem anda lebih big dari perobelem saya..


KETIGA~~~

Ada ketika kita lembut.. ada ketika kita tidak boleh lembut.. macam tu dalam berbahasa..masing2 ada laras bahasanya.. konsep tu kita kena faham..jangan sebab dia nampak lembut..semua aspek kita nampak dia tu lembut. jangan sebab nampak dia kasar..dengan sekali terus kita syak dia tu kasar. jangan! jangan nilai orang secara keseluruhan.jangan! buka fikiran kita.. jangan sempitkan fikiran kita :) *terasa :/

Macam suatu kisah ni..ada seorang saudari..tengok dari percakapan..pergerakannya..semuanya memang lembut tahap A+++!!!! kita pun rasa, dia tu control ka? *jahatnya aku... hinggalah pd suatu ketika, dalam satu program..aku bersama dgn dia.. ternyata dia memang macam tu..pokoknya memang tercipta begitu.. sejak dari hari itu, sy mula menerima dia..bsangka baik dgn dia..dia memang begitu :) maafkan saya kerana termenghukum :/ 

moralnya, buatlah apa saja..yang penting niatkan kerana Allah..percaya atau tidak.. kita tidak akan care dengan pandangan manusia bila mana kita niat kerana Allah.. pakailah cantik-cantik..berlembutlah.. sebab apa? sebab..Allah kan sukakan kelembutan? Allah kan sukakan kecantikan? so, niatkan semuanya kerana Allah.. pegang ayat ni :

"I don't care what u think about me. I was not born to impress u. Impress Allah FIRST." *Tampal kat dinding. #jarisilang'rasa'naklepas 


PENUTUP~~~

Untuk ke berapa kalinya..sy minta maaf andai ada terasa hati..saya minta maaf.. saya tulis sebab saya sayang saya..sayang anda2..sebab anda semua saudara saya.. teguran/ komplain/ xplanation dan seumpamanya ini bukan bererti sy ini 'tidak pernah' tergolong dalam kalangan itu..tidak! the teguran juga untuk sy sendiri terutamanya..

"Di sekitar Arasy ada menara2 dari cahaya.. Didalamnya ada org2 yang pakaiannya dari cahaya & wajah mereka bercahaya.. Mereka bukan para Nabi & syuhada, hingga para Nabi & syuhada kagum kepada mereka.." Ketika ditanya oleh para sahabat, Rasulullah SAW menjawab, "Mereka adalah orang2 yang saling mencintai krn ALLAH, saling bersahabat kerana ALLAH, saling berkunjung kerana ALLAH & saling memaafkan kerana ALLAH" *salam ukhuwah fillah

Sekian....masa menulis tamat..buah anggur tinggal sebiji, izinkan sy mengundur diri :) eh2x..jap2x!!!

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu menyatakan suatu kebajikan, menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sungguh, Allah maha pemaaf, maha kuasa "
- An Nisa 4:148-149

SAYA MINTA MAAF :)) *I sin, I am human.

"Lihat apa yang dikata..bukan siapa yang berkata"


Tuesday, 5 March 2013

Selepas Khadijah..siapa?


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...

tertanya-tanya.. "siapa isteri Nabi yang kedua selepas Siti Khadijah?" serius, tidak tahu.. *its normal.. yang kedua mesti dilupakan? berbalik kepada persoalan, "Siapa isteri nabi yang kedua selepas Siti Khadijah??" her name is "Saudah binti Zama'ah". 


"siapa dia ni?"

"dia ni macam mana orangnya?"

"kenapa nabi kawin dengan dia?"




Saudah merupakan seorang wanita yang tinggi lampai. Ayahnya yang berasal dari Mekkah bernama Zama’ah bin Qais bin Abdi Syams bin Abdi Wudd bin Nasyr bin Malik bin Hasl bin Amir bin Luaiy, manakala ibunya bernama Al-Syumus binti Ghanam bin ‘Adiy bin Al-Najr yang berasal dari Madinah.

Saudah juga seorang gadis yang berusia lanjut kerana lambat bertemu jodoh. Beliau akhirnya dipinang oleh Al-Sakran bin ‘Amer. Kedua suami isteri ini dengan suka rela telah memeluk Islam ketika Nabi Muhammad diangkat sebagai Rasul dan keluarganyatergolong dalam “Al-Sabiqun Al-Awwalun” atau orang-orang yang terdahulu memeluk agama Islam. Malah, mereka lebih awal memeluk Islam daripada Umar bin Khattab. Saudah dan suaminya termasuk dalam rombongan seramai 89 lelaki dan 19 wanita yang berhijrah ke Habsyah. Setelah Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abd. Mutalib memeluk Islam, Saudah dan suaminya pulang semula ke Mekkah bersama 31 orang Muslimin dan 7 orang Muslimat yang lain.

Di Mekkah, Saudah dan suaminya tetap dimusuhi oleh kaum Musyrikin Quraisy. Pelbagai penganiayaan telah mereka lakukan kepada Saudah dan suaminya. Pelbagai seksaan yang dihadapi oleh Saudah dan suaminya sehingga suaminya jatuh sakit dan meninggal dunia di Mekkah. Sepeninggalan suaminya, Saudah kehilangan tempat bergantung, melainkan Allah sahaja tempat beliau mengadu. Beliau seorang diri berusaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya. Beliau tidak pernah berhasrat untuk kembali kepada kaumnya, iaitu kaum Bani Abdi Syams kerana beliau tahu, sekiranya beliau kembali kepada kaumnya, sudah pasti kaumnya mengugut dan menyiksanya supaya beliau kembali kepada agama asalnya yang menyembah berhala. Saudah amat yakin dengan agama Allah yang juga agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. Beliau juga yakin setiap apa yang berlaku dalam hidupnya, pasti ada hikmahnya.

Kenangan Nabi Muhammad terhadap isterinya Khadijah tidak pernah luput. Baginda masih lagi bersedih. Melihat kesedihan Baginda, Khulah binti Hakim berasa bertanggungjawab untuk mengurangkan kesedihan Baginda memandangkan Baginda duduk seorang diri. Beliau memberi cadangan kepada Rasulullah supaya Baginda mencari pengganti yang dapat menguruskan rumah tangganya. Khulah mencadangkan Saudah dan Aisyah.

Khulah menceritakan perihal Saudah dimana beliau telah memeluk Islam bersama suaminya tetapi setelah kembali ke Mekkah, mereka telah diseksa oleh kaum Musyrikin Mekah sehingga suaminya meninggal dunia. Beliau hilang tempat bergantung dan hidup sebatang kara. Namun, beliau tetap yakin dengan agama Islam dan tidak pernah berhasrat untuk kembali kepada kaumnya.

Setelah mendengar perihal Saudah, timbul rasa kasihan dari jiwa Rasulullah, hatinya terusik, apalagi Baginda terkenal dengan sifat kasih sayang terhadap umatnya. Baginda juga tergugah mendengar derita yang dialami oleh Saudah dan suaminya yang sanngup mempertahankan agama yang baru dianutinya iaitu agama Allah sehingga suaminya meninggal dunia. Oleh itu, demi membentengi Saudah daripada godaan kaumnya untuk kembali kepada agama asalnya dan untuk melindungi Saudah daripada seksaan kaumnya juga kerana untuk membalas jasa bekas suaminya yang sudah gugur mempertahankan iman dan keislamannya di samping untuk menarik perhatian kaumnya yang bengis dan kejam itu, maka Rasulullah bersetuju untuk memperistikan Saudah.

Usaha Khulah sudah hampir mencapai kejayaan apabila Rasulullah mengutus seseorang untuk meminang Saudah yang ketika itu sudah berusia lebih kurang 50 tahun iaitu suatu umur dimana tidak menimbulkan ghairah bagi seorang lelaki memperisterikannya. Saudah menerima pinangan tersebut dengan rasa syukur. Hatib bin Amrin iaitu anak bapa saudaranya menjadi walinya dan berlangsunglah pernikahannya dengan Rasulullah. Allah telah mengurniakan Saudah nikmat yang tidak ternilai dan meninggikan tarafnya serta dipandang mulia oleh masyarakatnya. 

Pernikahan ini berlangsung pada tahun ke-10 Nabi dilantik menjadi Rasul, di saat Nabi masih dilanda kedukaan akibat kehilangan 2 orang insan yang banyak membantunya,Khadijah iaitu isterinya dan Abu Talib, bapa saudaranya. Dapat disimpulkan bahawa, pernikahan Rasulullah ini bukan didorong oleh rasa hawa nafsu atau syahwat tetapi didorong oleh rasa kemanusiaan yang mendalam demi membela nasib seorang balu yang terlantar akibat ditinggalkan oleh suaminya yang gugur di jalan Allah.

Setelah berkahwin, tinggallah Saudah bersama Rasulullah dan mulai saat itu, beliaulah yang bertindak sebagai pendamping dan pengurus rumahtangga Nabi di samping membantu Nabi dalam perjuangan menegak dan mengembangkan ajaran Islam. Pernikahan Saudah dan Rasulullah ini membawa hikmah yang sangat besar. Orang-orang Arab terutamanya kaum Bani Abdi Syams mula berasa segan terhadapnya dan kaum muslimin lainnya. Ini menyebabkan berkurangnya tekanan dan seksaan yang mereka tujukan kepada kaum muslimin, bahkan ramai diantara mereka yang memeluk agama Islam. Tindakan ini adalah kerana mereka kagum dengan ketinggian nilai ajaran Islam di samping kagum terhadap budi pekerti Rasulullah yang sudi mengahwini Saudah yang sudah tua. Segala tanggapan buruk mereka yang mengatakan bahawa Rasulullah seorang yang jahat, gila pangkat, harta dan wanita hilang. Ini kerana menurut mereka, sekiranya benar Muhammad seorang yang gila wanita dan berhawa nafsu besar, apalah gunanya Baginda berkahwin dengan Saudah seorang yang sudah berusia dan tidak cantik seperti kebanyakkan wanita muda yang terdapat di kota Mekkah itu. 

Di samping sifat-sifatnya yang terpuji, jujur dan taat serta kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada suaminya, Saudah juga memiliki suatu sifat yang amat disenangi Rasulullah iaitu kepandaiannya membuat kelakar. Kebolehannya yang boleh berjenaka itu dapat menghiburkan hati Rasulullah terutama apabila Rasulullah sedang bersusah hati kerana menghadapi masalah-masalah yang rumit dalam tugasnya sebagai pesuruh Allah. Pada suatu hari, Saudah berkata kepada Rasulullah:

“Aku solat dibelakangmu (menjadi makmum) kelmarin ketika engkau sujud aku pun sujud, sehingga aku memegang hidungku kerana takut akan keluar darah daripadanya.”

Rasulullah tertawa mendengar gurauan Saudah itu sehingga kelihatan gerahamnya, sebab Baginda sudah mengerti apa yang dimaksudkan oleh Saudah. Yang dimaksudkan oleh Saudah dengan keluar darah dari hidungnya itu ialah kerana Rasulullah sujud terlalu lama, selama sujud itu pulalah hidungnya mesti tercecah ke lantai. Kerana itu Saudah takut darah akan keluar dari hidungnya sebab terlalu lama tertekan ke lantai. Jadi Saudah terpaksa menahan hidungnya sedikit supaya tidak terlalu kuat tekanannya ke lantai tempat sujud. 

Saudah juga seorang yang bersifat pemurah, suka bersedekah dan menderma di kalangan para isteri Rasulullah dan kaum muslimin pada umumnya. Mengikut tarikh ada mencatatkan bahawa pada waktu Saudah wafat, beliau tidak ada meninggalkan harta yang masih miliknya walaupun sedikit kerana semua hartanya telah dibagi-bagikan kepada sesiapa yang memerlukan ketika dia masih hidup. Diriwayatkan, bahawa pada penaklukan Khaibar, Rasulullah menyerahkan kepada Saudah sebanyak 80 pikul atau 4800 gantang gandum hasil rampasan perang. Tetapi semua gandum itu dibagi-bagikan oleh Saudah kepada orang yang memerlukan sehingga tidak ada yang tinggal di tangan beliau. Terdapat juga riwayat yang menyatakan bahawa pada suatu ketika Umar bin Khattab menyuruh seseorang untuk menghadiahkan satu guni wang dirham (wang emas) kepada Saudah pada masa pemerintahannya. Pada mulanya Saudah menyangka ia adalah kurma kerana diletakkan di dalam guni. Setelah mengetahui ia adalah wang dirham, beliau menyuruh pembantunya untuk membahagikan kepada orang yang memerlukan di kalangan kaum muslimin.

Pada bulan Syawal tahun 54 hijrah, Saudah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Madinah, lebih kurang 44 tahun setelah kewafatan Rasulullah. Kewafatan ini berlaku pada masa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan.

*cerita ini sumber dari -  http://niamirastyle.blogspot.com/2013/01/isteri-isteri-rasulullah.html

Oh..ini kah Saudah?? *terngagah 'O' siapa dia? "dialah antara isteri nabi" dia ni macam mana orangnya? "dia ni.. jujur, taat, penyayang, penghibur, pemurah.." kenapa nabi kawin dengan dia?? *rujuk tulisan kaler biru di atas. Next Aisyah pulak..isteri kesayanga nabi :D duk ralit cari tahu nama2x isteri nabi..nama2 nabi ingat ke tidak??? *selingan beberapa saat