Sunday, 10 February 2013

“Di mana Allah di hati kita?”


Kisah 1

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Dinar r.a bahawa pada suatu hari beliau berjalan dengan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. dari Madinah dan menju ke Makkah. Di tengah perjalanan mereka berjumpa dengan seorang budak gembala yang sedang turun dari tempat pengembalaan dengan kambing-kambingnya yang banyak.


Khalifah ingin menguji sifat amanah budak pengembala tersebut. Khalifa berkata, “Wahai pengembala, juallah kepada ku seekor anak kambing dari ternakan ini.” Jawab budak gembala, “Aku ini hanya seorang budak hamba sahaya.” Maka berkata Khalifah lagi, “Katakan saja pada tuanmu, anak kambing itu telah dimakan oleh serigala.” Budak gembala itu menjawab, “Kalau begitu dimana Allah?”


Jawapan anak muda yang ringkas tersebut meremangkan bulu roma dan menyebabkan air mata Khalifah Umar r.a menitis. Kemudian beliau telah membeli hamba pengembala itu dan memerdekakannya.


Kisah 2

“Khalifah Umar al-Khattab r.a sangat terkenal dengan kegiatannya meronda pada malam hari di sekitar daerah kekuasaannya. Pada suatu malam beliau mendengar dialog seorang anak perempuan dan ibunya, seorang penjual susu yang miskin.

Kata ibu, “Wahai anakku, segeralah kita tambah air dalam susu ini supaya terlihat banyak sebelum terbit matahari”. Anaknya menjawab, “Kita tidak boleh berbuat seperti itu ibu, Amirul Mukminin pasti melarang dan akan menghukum kita jika berbuat begitu.”


Si ibu masih mendesak, “Tidak mengapa, Amirul Mukminin tidak akan tahu lebih-lebih lagi di malam gelap begini”. Balas si anak, “Mungkin ibu benar… Tapi jika Amirul Mukminin tidak tahu, Tuhan Amirul Mukminin tetap tahu!”


setelah menghadami kisah ini, begitu hebat mereka ini, walaupun hanya pengembala kambing dan seorang gadis biasa. ada Allah di hati mereka..


Source: warna-hidupku *tumblr

"Allah redha kah dengan aku?"
Cuba tanya diri kita, di mana Allah di hati kita? adakah setiap apa yang kita buat, kita ingat Allah? adakah setiap yang kita cakap, kita ingat Allah? adakah setiap apa yg kita fikirkan, kita ingat Allah? *Sesungguhnya..Allah itu maha mengetahui.. 

Pada ketika, kita rasa tiada yang melihat.. Pada ketika kita rasa, tiada yang memaafkan.. Pada ketika, kita rasa tiada yang menyayangi.. Pada ketika kita merasa tiada yang mendengar..Pada ketika kita merasa tiada yang menghargai.. kita lupa ada Allah yang sentiasa di sisi kita.. Allah kan maha melihat? Allah kan maha pemaaf? Allah kan maha penyayang? Allah segala-galanya.. *pokoknya, Allah itu maha 'sweet' kan?? 

Setiap kali kita keluar dari rumah.. pernah kita tertanya-tanya.. "Allah redha kah dengan aku?" *cek pakaian.. cek perangai.. huhh.. Pada ketika kita meminta jodoh yang soleh..baik.. untuk kita.. tapi, kita sendiri tidak berusaha untuk memperbaiki diri..how come? cerita mengenai jodoh yang baik.. ustazah fatimah syarha ada cakap.. jodoh yang baik itu bonus untuk kita..bonus? bonus? bonus? bila fikir balik apa ustazah fatimah syarha cakap 'jodoh yang baik itu adalah bonus utk kita' maknanya..ianya sekadar 'bonus'. first, kita kena dahulukan Allah dulu.. sentiasa bersangka baik dengan Allah.. *khilafnya diri ini..  

Setiap kali kita berdoa, cuba tanya diri.. "agak-agak kan, doa yg kita minta lebih ke arah akhirat atau keduniaan?" *muhasabah.. Setiap kali kita lelapkan mata dan buka mata, cuba ingat orang yang 'tersayang'.................. ok! stop! ce angkat tangan siapa yang dihatinya terus ingat kepada Allah? kepada Rasulullah? *turun tangan. Malunya aku kepada Allah... Astaghfirullah..napok dok betapa kita memikirkan dunya more than akhirat? so, julianah.. ebrytaim u close ur eyes n open ur eyes..dnt fogek to ucap dua kalimah syahadah n 'alhamdulillah'.. oppps!! im sabahan, but tryin to kecek luaq.. bukan untuk melupakan jati diri..NO! tanya diri balik, bahasa Arab kan bahasa syurga, kenapa hang tak belajaq?? macam tu jugak dengan 'kita kita'. Gunakan bahasa sebagai 'pendekatan'..kita sebagai Islam mementingkan perpaduan ummah right? melampaui batasan agama, warna kulit dan geografi myb? heh..kita kena FLEKSIBEL!.Islam itu mudah mengapa dipersempitkan??


P/s : Kalau ada tersalah oyak..terguris perasaang.. im sorry! im really sorry..sengaja sebenarnya..hehe.. satu nak kongsi untuk hari ni..ucaplah "Ihfazillah Yahfazka" (Jagalah Allah, Allah akan Menjagamu). Dengan ini sy mempersembahkan satu puisi nukilan sy sendiri dengan iringan lagu belog ini.. *sila refresh! skema dalam gurauan :) 

"Dimana Allah dihatiku?"