Friday, 18 January 2013

Siapa awak untuk mengadili saya?



Berlapang dada..berlapang dada..dan berlapang dada..tapi, mengapa susah sangat mahu berlapang dada? kalau kita berlapang dada..tidak akan muncul/ terbit /terjadi status-status yang negatif..yang berprasangka buruk dan seumpamanya..itulah manusia..suka sangat 'judge' orang melalui luaran..ya..tidak dinafikan..luaran itu cerminan peribadi kita di dalam..tapi, tidak 100% pernyataan itu boleh diterima! "dont judge people by its cover." timbul satu persoalan *tetiba

"kalaulah anda diberi pilihan diantara yang baik akhlaknya tapi 'kurang' menjaga maruahnya *aurat/pergaulan dengan yang tidak baik akhlaknya tapi menjaga maruahnya.,mana satu pilihan anda?"

pernah terdengar dari 'seseorang', pilihlah yang baik akhlaknya walaupun dia 'kurang' menjaga maruahnya *aurat/pergaulan kerana seseorang yang baik akhlaknya akan mudah diajar/ dibentuk/ dibimbing supaya lebih menjaga maruahnya.. ok..jika dibandingkan dengan yang tidak baik akhlaknya tapi menjaga maruahnya..agak susah sikit untuk membentuk/memperbetulkan peribadi atau akhlak yg mulia kan??..percaya atau tidak..seseorang yang baik akan mudah ikut apa yg kita cakap daripada seseorang yang tidak baik akhlaknya..

berdasarkan pandangan diatas, *skemanya.. hmm.. memang garis panduan utama kita dalam mencari teman berdasarkan pergaulannya.. pemakaiannya.. tapi, sebenarnya..seseorang yg 'baik' itu sudah cukup cukup baik. tapi dan tapi, asas 'pergaulan' sangat sangat penting untuk kita ambil peduli..'cakna' katanya'.. timbul pulak satu persoalan nih.

"kalau dia baik.. akhlaknya mulia..pasti dia akan pandai jaga maruahnya*aurat/pergaulan kan? kan? kan?"

Yes..tapi kita kena tahu..penekanan aspek 'baik akhlaknya' bukan tertuju kepada muslim sahaja. non muslim juga..ok..faham maksud saya? saya ada seorang sahabat non muslim.. pemakaiannya dan pergaulannya memanglah tidak menepati syariat Islam..dah namanya non muslim..takkan perlu pakai tudung? bersalaman tak boleh? dalam agama mereka, itu semua dibolehkan.. tapi, dia punya sekeping hati yang baik. saya bersahabat dengannya sebab dia 'baik'. itu sahaja faktor dalam pemilihan seorang sahabat bagi saya.."baik". Then, sy akan terima dia seadanya dia.. kesimpulannya, tidak semua yg baik akhlaknya 'take care' dgn auratnya..'take care' dgn pergaulannya..manusia tidak ada yg sempurna terus..ada pun..susah mahu cari..

Seseorang yg baik akhlaknya, sy percaya..hatinya akan lebih mudah dan lapang menerima nasihat kita.. bimbingan kita daripada seseorang yang 'tidak baik' akhlaknya walaupun maruahnya terjaga..tapi kan, ada jugak yang tidak baik akhlaknya dan maruahnya tidak terjaga.*no komen. takut diri terpengaruh.. sy memang tidak kisah kawan dengan sesiapa pun, tapi sebaiknya kita berkawan dengan seseorang yg boleh mendekatkan kita kepada Allah first. sebaik-baik seorang sahabat adalah seseorang yang boleh memimpin kita ke arah kebaikan tidak kiralah muslim kah..non muslim kah..tapi, paling baik kalau 'muslim' lah..selain dapat ajar kita untuk lebih dekat dengan Allah..dia juga boleh ajar kita supaya lebih baik dalam 'aspek' lain. kalau kita berkawan dengannya..akhlak kita..perwatakan kita berubah menjadi lebih baik..dia adalah sahabat yg baik..tapi, kalau kita berkawan dengannya akhlak kita semakin 'kucar kacir' maknanya %^&*($#@. saya tabik spring 25x dengan seseorang yg boleh bersahabat dengan orang 'tidak baik' tapi mampu untuk menahan dirinya daripada terpengaruh sebaliknya dia berjaya mempengaruhi kawannya yang 'kurang' baik akhlaknya..maruahnya.. kepada seseorang yang 'semakin' baik akhlaknya..'semakin' terjaga maruahnya..

dulu..sy nih tidak menekankan aspek aurat nih..serius! tapi, saya jaga aspek pergaulan sy *puji diri sendiri #muntahberbalangbalang.. sehinggalah sy bertemu dengan seseorang nih.. dia menyedarkan sy sedikit demi sedikit..ok..sy terima..dia menegur secara berhikmah dan tersembunyi/ tersirat/ terrr semua..memang tidak nampak..tapi, sy boleh rasa itu. ok..sy cuba utk berubah sedikit demi sedikit..takyah drastik sangat! bagi saya, dia adalah medium utk Allah memberikan hidayah kepada saya. dalam berubah, sy tekankan 'berubah secara biasa biasa sahaja dan bersahaja' yg penting masih dalam konteks menutup aurat. yakah? masih rasa tidak yakin mampu menjayakan misi ini. Dalam berubah, kita kena perbetulkan niat kita dulu..kerana apa?? kerana 'gewe' ka? *opppppssss! ingat berubah semata-mata kerana Allah. Set dalam mind tu. IKHLAS KERANA ALLAH!

ada orang cakap, siapa kita berkawan itulah diri kita..lihat pergaulannya dalam asas mencari sahabat..yes! memang betul. Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah pernah berkata,

"Cinta merupakan cermin bagi seseorang yang sedang jatuh cinta untuk mengetahui watak dan kelembutan dirinya dalam citra kekasihnya. kerana sebenarnya, ia tidak jatuh cinta kecuali terhadap dirinya sendiri."

Dalam sebuah syair. "Cinta itu bersemi bukan kerana keelokan tapi kerana dua hati yang saling bertautan". Maksudnya, cinta ini tumbuh bukan kerana faktor keindahan  sahaja..tapi juga kerana keserasian jiwa dan persamaan sifat di antara satu sama lain..

Eh, kena pasal cintan cintun pulak dahhhh..no lah..kita boleh ja ambil iktibar daripada ayat di atas sebagai seorang 'sahabat' kannnn! kita nih berkawan sebenarnya kerana keserasian jiwa..kita sebenarnya suka berkawan dengannya kerana kita jatuh hati dengan dirinya kerana diri kita sendiri..faham kah? rujuk semula petikan ayat dari 'Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah' di atas :)))

penat mengarang..idea datang tiba2..biasa duk blogwalking ja..layan blog orang..kalau ada artikel yg sy rasa 'bermanfaat' saya share. saya share bukan semata-mata kerana orang lain..tapi kerana diri sy sendiri..lupa ada satu kata2 dari Saidina Ali..apa ya??? *setelah hampir setengah jam mencari..akhirnya jumpa.. tarraaaa

Saya bukan penulis..tapi saya suka penulisan..saya suka share penulisan yg baik2 d blog saya utk diri saya terutamanya...ya... satu lagi kata2 Saidina Ali yg perlu kita ambil hikmah "Lihatlah apa yg dikata bukan siapa yang berkata" kemah keming! bagus bah! *tetiba 



2 comments:

  1. Entry yang sangat2 menarik... Suka baca! :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih :)
    tak sangka ada yg suka baca..

    ReplyDelete