Sunday, 20 January 2013

"Kelantan, I am in love!"


Lidahku keluh sejuta bahasa saat terpandang Anna Althafunnisa atau dikenali sebagai Oki Setiana Dewi *pelakon ketika cinta bertasbih.. begitu sempurna ciptaanMu.. subhanaAllah.. indahnya.. luar dan dalam dalam diri Anna sangat sempurna.. kelembutannya.. keindahan wajahnya.. keelokan budi pekertinya.. wahhh..sy yang perempuan pun tertarik! oppps! macam dah bertahun2 pulak kenal ==' *first impression katanya :p tapi, kena ingat!

al-Imam Hassan al-Banna berpesan, 
"Walaupun seorang lelaki atau wanita mendampingi pasangannya dua puluh tahun sekalipun tetap dia tidak akan mengenalinya. Ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaibannya (zahir dan batin). Selepas berkahwin, barulah keaiban tersembunyi itu akan terserlah."
  (Hadis al-Sulasa')

*berbalik kepada cerita tentang Anna..Ditanya oleh moderator *amin idris, " kenapa suka Kelantan?" Anna jawab apa? "kerana Islam" #terkaku.

Melihat penampilan Anna..membuat aku sedar..indahnya kalau 'lebih' tertutup..pemakaiannya sangat tenang dengan jubah berwarna putih dan tudung berwarna hijau lembut..senyumannya tidak lekang di bibir..sangat indah! seperti ada nur.. "Anna, ada tips tidak?"... Anna, jawab "dhuha." *reka cerita.

"sebaik-baik pakaian adalah pakaian yang boleh dibawa solat" 

tanya diri.."jauh lagi perjalanan aku ke arah itu..." *buang topik. 

Anna ada bilang, 
"tudung jangan diluar sahaja, pastikan di dalam hati juga punya hijabnya..tudung yang tidak diiringi dengan ilmu, nanti akan dibuka juga.." *bunyi dr sumber pertama .

"bertudung juga perlu dituruti dgn ilmu sebab tanpa ilmu, pasti mudah aja tudung itu hendak dibuka.. antara cara yg boleh diamalkan utk mendapatkan ilmu adalah dgn mengikuti usrah.. jadi, jgn tggalkan usrah." *bunyi dr sumber kedua. 

"bertudung saja tidak cukup. kita perlu menuntut ilmu untuk mendekatkan diri dengan Islam. menjadi selebriti bukan bermakna mereka tidak baik, tetapi mereka mereka inilah yang bertanggungjawab menghasilkan karya karya yang boleh membwa kesedaran dan menarik artis artis lain ke arah Islam." sumber yg tepat lagi jitu! tupppppp. kemah keming!

Anna bilang lagi, 
"kalau kita melihat penghijrahan perempuan itu melalui tudungnya..kalau lelaki bisa dilihat penghijrahannya melalui usrah2.." *bukan ayat sebenar. tuppppp..dapat tips! bagus bah :D


Puisi dari Anna Althafunnisa buat kelantan :


Hampir setahun yang lalu saya datang ke negeri ini,
negeri yang penuh dengan wajah berseri-seri,
kini saya pun datang kembali..
bertemu dengan kawan-kawan yang saya rindui..
kenapa saya suka pada kelantan?
kenapa saya jatuh hati pada kelantan?
kenapa saya sangat bahagia bisa datang lagi ke kelantan?
kerana kelantan banyak kuliah agama..
kerana kelantan banyak orang yang soleh dan solehah..
kerana kelantan dipimpin oleh orang ulamak..
kerana kelantan menjalankan syariat Islam yang mulia..
terima kasih kerana telah sudi menerima saya
terima kasih kerana menganggap saya saudari
terima kasih kelantan %^&*$#@%^$
*tidak dengar


BICARA SELEBRITI 2013
 Pierre Andre, Oki Setiana Dewi, Ustaz Zamri , Azizulhasni, Amin Idris, Bawani.
Pierre Andre,
 "Hidayah itu milik Allah dan saya mendapat inspirasi untuk membuat kebaikan apabila menonton filem filem tertentu contohnya My Name Is Khan." *masa dengar pierre cakap dia suka 'my name is khan', sy teriak..oppss! suka tengok jugak :D

Bawani, 
"dah 55 tahun kita merdeka, tetapi suara mahasiswa sentiasa disekat. mahasiswa patut diberi pilihan untuk memilih. kita patut memberi peluang kepada kedua dua pihak iaitu pihak kerajaan dan pihak pakatan tampil dan mendengar suara mahasiswa. dan biar mahasiswa yang memilih. ramai pihak yang mempersoalkan kenapa kita mahu compare kan Malaysia dengan negara lain. jika kita tidak compare, macam mana kita nak tahu sesuatu benda tu mendatangkan kebaikan atau tak" *Dia memperjuangkan 'FREE EDUCATION' utk 'kita'..bukan sy..kita dapat elaun kan..

Ustaz Zamri, 
"hiburan itu sendiri adalah fitrah. contohnya, ibnu akwa - pelari pecut. kalau lari kaki boleh sampai ke belakang tengkuk, Hassan b. Tsabit - menghasilakn puisi puisi dan karya karya tentang Islam, Syarifah Kassim - alunan Al Quran".
"selagi tak boleh nak ubah semua, jangan tinggal semua". *yang nih aku setuju 101%
*Ustaz Zamri jugak ada berkongsi bahawa Surah Taha ayat 1-5 dapat melembutkan hati yang keras.

Daripada Abu Zaid Usamah Bin Zaid Bin Haristah Radhiallahu 'Anhuma berkata : 
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya kemudian lalu ia berpusing (ditengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor keldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya sambil berkata kepadanya: ''Hai Fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia) engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran?.'' Lalu orang itu menjawab: ''Ya benar, dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan, tetapi saya tidak melakukannya, dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran. tetapi saya sendiri melakukannya." 
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

2 comments: