Tuesday, 8 January 2013

"Jika dikehendaki Allah, semuanya akan berlaku."


Kita di sunatkan minta meninggal pada salah satu tanah suci Makkah dan Madinah.

Hafsah r.anha meriwayatkan Umar r.a. berdoa,

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ شَهَادَةً فِىْ سَبِيْلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِيْ فِى بَلَدِ رَسُوْلِكَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Yakni : Ya Allah, ya Tuhanku! Kurnikanlah aku mati syahid pada jalanMu, dan biarlah kematianku berlaku pada negeri RasulMu s.a.w.!- Maka berkata Siti Hafshah kepada ayahnya : Apakah ini boleh berlaku? Jawab Umar : 

"Jika dikehendaki Allah, semuanya akan berlaku."

Sejarah menunjukkan Saidina Umar r.a. mati syahid akibat dibunuh oleh Abu Lu’luah, seorang Majusi kerana ditikam 6 kali sewaktu menjadi imam ketika solat di Masjid Nabawi. Dan juga kita tahu bahawa jenazah Saidina Umar r.a. di semadikan berjiran dengan makam Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah telah mengurniakan kedua-duanya permintaan Saidina Umar r.a.

Nasib kita belum tentu. Setiap yang hidup akan berdepan dengan kematian pada suatu masa nanti. Daripada mati kerana sebab-sebab lain, lebih BAIK mati syahid dalam membela agama Islam.

Rasanya eloklah kita juga berdoa seperti yang didoakan oleh Saidina Umar r.a. seperti disebutkan di atas, iaitu Ya Allah, kurnialah kami mati syahid dalam membela agamaMu, dan tempatkan kematian kami itu di negeri Rasulmu s.a.w.

Ya Allah, kurniakanlah permintaan kami yang banyak dosa ini dan masih bermain-main dalam berdakwah. Aamiin.

Sumber : saudaraseislam

Terfikir..memang semua orang muslim inginkan mati syahid..tapi, berapa orang yg berjuang, bersedia dan berani untuk mati syahid? Betullah, sesuatu yang kita inginkan biasanya sukar untuk kita dapatkan. Kena ada keazaman, kesungguhan dan yang paling penting iman kena kukuh. 

Mati syahid tu apa? mesti kita terus fikir pasal mati semasa perang kan? ada 3 jenis mati syahid :

1. Mati Syahid dunia akhirat, (tentara yang gugur di medan tempur dalam membela Agama Allah).

2. Mati Syahid Akhirat, (Mati akibat, melahirkan, tenggelam, sakit perut, tertimpa batu atau sejenisnya, kecelakaan dan lain-lain).

3. Mati Syahid Dunia, (perajurit gugur di medan tempur dengan niat membela Agama Allah dan mengharap rampasan perang).


Kesimpulannya, semuanya mendapat pahala mati Syahid. Tetapi,  mati Syahid Dunia Akhirat yang paling baik. Jasadnya haram dimandikan dan disolatkan. Manakala Mati Syahid Akhirat dan Mati Syahid Dunia tetap wajib dimandikan dan disolatkan.

Hadits riwayat Muslim dalam Shahihnya, bahwasanya beliau SAW, bersabda : Maksud Hadist 

“Siapakah orang yang syahid menurut kalian?” 
Para sahabat menjawab,”Orang yang terbunuh di jalan Allah, maka ia syahid.” 
Rasulullah SAW bersabda, ”Kalau begitu, orang yang mati syahid dari umatku sedikit,” 
mereka bertanya,”Kalau begitu, siapa wahai Rasulullah?” 
Beliau SAW menjawab, ”Orang yang terbunuh di jalan Allah, ia syahid. Orang yang mati dijalan Allah, maka ia syahid, Orang yang mati karena sakit tha’un (wabah), maka ia syahid. Barangsiapa yang mati karena sakit perut, maka ia syahid. Dan orang yang mati tenggelam adalah syahid,”

Ya Allah..begitu banyak ruang yang Engkau berikan. Semoga kita ditentukan dikalangan orang yang mati dalam keadaan syahid dan mati di Mekah atau Madinah? In sya Allah, "Jika dikehendaki Allah, semuanya akan berlaku." yang penting ikhlas dalam berdoa dan berusaha kerana Allah seterusnya bertawakal lah.

p/s : sekiranya..ada sumber yang bercanggah atau salah..tegurlah..betulkan :)

No comments:

Post a Comment