Friday, 25 January 2013

Its not ﻱ its ﻡ



Jangan tanya saya kenapa? jawapan saya tetap sama, 'tidak yakin." tidak yakin apa?? *rahsia! clue gambar di atas. Bukan saya tolak anda2 kerana saya inginkan yang terbaik..tapi, saya rasa anda terlalu terbaik dan seharusnya dapat yang terbaik. Dan saya bukan di antara yang terbaik itu.. ingatlah suatu hari nanti, bila masa sy menolak anda, bukan kerana sebab kekurangan anda..tidak! tapi kerana kekurangan diri saya sendiri yg tidak mampu jadi terbaik seperti yg anda harapkan. Kadang kita nih terlalu 'expect' sesuatu di luar sangkaan kita. Bila dah tahu..baru menyesal! saya tidak mahu begitu..Terbaik itu boleh dikategorikan kepada banyak aspek..terbaik dari segi agama..akhlak..aspek "luaran".. sebut pasal "luaran"..hmm..kalau kita lihat sekarang, kita suka kerana luaran semata-mata..kalaulah hati yg melihat/menilai bukan mata kan bagus? mesti luaran bukan aspek utama tapi "dalaman".*overthinking! itulah saya. Orang kata, "dari mata jatuh ke hati". pokoknya..akarnya..bunganya..semua itu bermula dari pandangan. So, kita kena jaga pandangan kita dulu. Cerita pasal 'pandangan'..sy mengaku..pandangan semua bermula dari perempuan itu sendiri..so, kita kena mengelak bukannya menarik!

"Nilai seseorang dengan hati bukan persepsi." *tetiba

Seandainya anda tahu sebenar-benarnya..saya tidak yakin anda mampu menerima saya seadanya saya..saya rasa terlalu rendah..terlalu tidak layak..anda2 umpama bintang di langit sedangkan saya? umpama rumput tumbuh melata di atas bumi.. *ayat tak boleh bla! saya inginkan seseorang yg sayang saya sepertimana mak saya sayang saya. "macam mana mak kita sayang kita?" mak kita terima kita seadanya kita..agak 'demand' lah kan kalau kita nk orang tu sayang kita macam mana mak kita sayang kita. mustahil. bak kata org, "kasih ibu tiada sempadannya.." cukuplah orang sayang kita kerana agama kita..akhlak kita..paling penting, dia boleh terima kita seadanya kita ikhlas kerana Allah..jangan terlalu sayang nanti terlalu sedih bila kehilangan..sayangilah dia dengan "sederhana".. ingat pesan Ustazah fatimah Syarhah, "cinta high class adalah cinta yang mendaulatkan Allah nombor1, cintamu padaku kerana Allah, hanya Allah yang satu, cintamu bermujahadah melawan nafsu" itu baru cinta sejati! ekslusif! first class gitu! *garu kepala 

Untuk waktu ini, jangan mengejar cinta manusia yg belum tentu buat kita. Beri kebahagian kepada kedua ibu bapa kita dulu *take note julianah! tanpa mereka, siapalah aku? *mood rindu ok..Utamakan orang yang betul betul sayang dengan kita..dan..kita kena ingat..kita kena remember betul betul betul! Tujuan utama kita hidup untuk CARI REDHA ALLAH. Astaghfirullah..kadang kita lupa hidup di dunia ini hanya sementara..dan kita pun terus mengejar kebahagian di dunia sehingga lupa untuk kebahagian abadi di akhirat..andai kita mati esok? macam mana? cuba kita fikir, hubungan kita dengan Allah macam mana? ibu bapa kita? guru-guru kita? sahabat kita? saudara seislam kita? Sudah taubat dengan Allah? sudah meminta dan memberi maaf sesama manusia? ingat, taubat jangan tunggu diseru baru bertaubat..maaf jangan diminta dan diberi tatkala sudah TERLAMBAT. 

Teringat, UAI ada cakap,dia tidak heran orang buat dosa..tapi, dia heran mengapa orang tidak mahu taubat. *tupp tersentap! mengapa ya?? mungkin takut..sudah taubat, tapi buat lagi dan lagi..mcm mana mau elak? semua itu bermula dengan kita sendiri..taubat yg dibuat macam mana? ikhlaskah? ingat kena 'bersungguh-sungguh ikhlas kerana Allah'. dengan manusia pulak macam mana? 'Dia' kata, "maaf itu hak kita, suka hati kita lah" tapi, sebagai Islam..maafkanlah baru Allah mudah maafkan kita.. Nabi dibaling batu tidak balas pun, tapi kita di baling batu siap balas + cakap "ada lori ada bas, tunggu ko esok hari!" ingat, jangan sampai kita menyesal di kemudian hari kerana terlambat? terlambat apa? terlambat kerana kita sudah meninggal dan tidak sempat minta maaf..terlambat kerana kiamat dan tidak sempat minta maaf..terlambat kerana orang yg kita ingin meminta kemaafan darinya sudah meninggal dunia dan tidak sempat minta maaf jugak.. *dah sedar kah?

Jauh aku terbang.. apapun, pertama sekali..kita kena letak kebergantungan kita itu sepenuhnya kepada Allah. apa-apa yang kita buat semuanya bermula dengan niat! so, niatkan kerana Allah. sebab tu..dalam semua hal atau perbuatan yang ingin kita lakukan kena bermula dengan baca 'bismillah' yg bermaksud 'dengan menyebut nama Allah'. satu ayat yg simple tapi dengan bacaan 'bismillah' tulah pembuka niat kita iaitu kerana Allah. Dalam solat pun, ustaz tuh ada kata.. tidak sah sembahyang kita tanpa dimulakan dengan 'bismillah' *angkat tangan siapa yg sedar betapa pentingnya 'bismillah'?  kesimpulannya, konklusinya, tuntasnya, hidup di dunia utk cari redha Allah, bahagiakan ibumu ibumu ibumu, ayahmu kemudian baru fikirkan yang lain. *jangan memandai mau main langkah2, sopan sikit.ikut tertib!

P/s : 'kalau' ada salah atau terkasar bicara *ayat skema maaf ya dan tolonglah tegur dan betulkan :) budi bahasa budaya kita *menyanyi . Di bawah ni petikan dr sebuah novel 'the wedding breaker' yg boleh bagi pengajaran..bacalah bacalah bacalah *memaksa

Sebelum....Adam tidak sempurna agamanya, akhlaknya tapi Ariana mampu menerimanya..kerana apa? Adam usaha memperbaiki diri.

'Sepotong' ayat yg boleh dijadikan perkongsian bersama...

"Doa"

^_^

4 comments:

  1. Alhamdulillah. Stuju. Ssungguh nyer jadikan lah Allah swt itu 1st LOVE kita, sbb dngan ini kita akan dpat trima skiranya insan yg kita syangi itu bkan jodoh yg dtentukan oleh Maha Pencipta..

    Jadi, redha jer lah klau dia bukan tkdir kita utk hdup brsama.. Kan.?? Hehee! :)

    ReplyDelete
  2. ya..redha Allah itu penting..jangan kita terlalu mengejar redha manusia..sampai bila pun x dapat.. kalau benar dia jodoh kita, Allah akan dekatkan..in sha Allah..kena istikharah..utk sekarang, better kita jaga hubungan dgn Allah dulu dan bahagiakan ibu bapa..baru fikir yg lain :)

    ReplyDelete
  3. Yupp..! Absolutely correct.. Hhmm..., puteri suka baca tntang hal2 agama nie.. Tenang jer rasa.. :) Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..teruskan istiqamah :) semakin kita membaca semakin kita sedar bhw banyak benda lg kita tak tahu kita kena beljar..so, kena teruskan membaca dan membaca..

    ReplyDelete