Thursday, 14 November 2013

Bukan siapa-siapa..


dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Bila sesuatu bermula dengan "bismillah" aura positif untuk menulis yang baik-baik tiba-tiba ada ;) alhamdulillah masih berpeluang menulis. semoga kita semua dalam jagaan Allah sentiasa..semoga Allah sentiasa sayang...

"....Maka Allah adalah Penjaga yang terbaik dan Dia maha penyayang di antara para penyayang." Yusuf : 64 *auchhhhh... sweetnya Allah :)

Hari ini..cuma nak "membebel"..dalam erti kata lain nasihat.. peringatan.. sebagai tanda sayang..puisi secotek sambungan puisi yg lalu :p

kerana aku bukan siapa-siapa,
aku menjarak..
kerana aku bukan siapa-siapa,
aku tiada apa-apa..
maka aku memilih yang biasa-biasa..
seadanya..dan aku..
menanti satu ungkapan dari Allah.
"kun faya kun"


Awak-awak yang saya sayang kerana Allah,

PERTAMA..nak cakap pasal SYUKUR :) 

Ya..syukur..tahu atau tak tahu..syukur adalah separuh dari iman. *selain daripada sabar :) know what? perkataan "Alhamdulillah" sangat besar maknanya bagi siapa yang sedar. sangat besar. ungkapan alhamdulillah. ya Allah satu perkataan yang kita kena sentiasa ucap di bibir..perkataan kedua selepas bismillah (dengan nama Allah) dalam al fatihah. Allah. begitu banyak nikmat yang Kau bagi..tak terkira. "tetapi, sedikit sekali di antara kita yang bersyukur." kan? :'( *malu sendiri. Cuba selak dan baca surah an-nahl ayat1-ayat18.. semua ceita tentang nikmat yg Allah bagi. tapi....huh.. ya Allah malu lagi.. *tutup kedua muka!

Sayang.... ketahuilah..syukur itu hadir bila masa hati kita rasa ingin  sentiasa memberi.. sentiasa berkongsi.. semuanya kerana Allah.. Yang namanya rezeki harus sentiasa berbagi bukan setakat berhenti setakat alhamdulillah.. maksudnya..ada kesinambungan.. rezeki ini sebenarnya suatu modal pelaburan. how? modal pelaburan untuk akhirat. akhirat. akhirat. percaya atau tidak..sy masih buat eksperimen dengan kata-kata ini "u will not poor by giving." i want prove this statement..ternyata...sy masih x dpt prove selama ni kerana selama ini sy memikirkan kepentingan untuk dunia..yalah ada pulak kita memberi kita takkan miskin? ya dunia..maka sy tiada jawapan. sebenarnya..yang dimaksudkan dengan kata-kata itu ialah akhirat beb. akhirat. rezeki yang kita beri akan jadi modal kita untuk di akhirat. di dunia mungkin tak nampak beb. *how many beb ya? ya Allah... bila ada org memberi.. rezeki jangan ditolak ya..kita sebenarnya bantu dia buat baik..iya kita sebenarnya sedang tambah modal akhirat dia :) dan bagi saya rahsia kasih sayang itulah adalah "tidak berkira" *belek Al-Zalzalah : 7-8 ^_^


KEDUA nak cakap pasal "JAGA"

anda kacak..tapi ada sesuatu yg kurang..
what? "nur." hm nur ini suatu ketenangan..
bila pandang.sejuk membeku mata nih..
so, anda tak cantik tak kacak takpa..
tapi, anda ada sesuatu yg si kacak
dan si cantik takda..what? nur.
Know what? serius. sy sangat respect dengan lelaki/perempuan yang bukan sahaja jaga kesihatan.. tapi jaga pandangan dan jaga pergaulan *dlm erti kata lain ikhtilat. Bercakap mengenai menjaga.. tiba-tiba rasa nak kait dengan nabi Yusuf.. nabi yang hebat dalam takwil mimpi dan nabi yang popular dengan title'nya  "good looking".. knw wht? bukan itu saja yg buat sy kagum dengan nabi Yusuf.. tapi kagum dengan bagaimana dia sangat menjaga pergaulannya.. jaga pergaulan bagi saya bererti jaga iman :)  so, after All.. its not about "good looking" only..its about "iman." bila ada iman..nur automatik terpancar kat muka. percayalah! :p

"....Wahai ayahku! Sungguh aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan kulihat semuanya sujud kepadaku." -Yusuf : 4

"....Dan mereka semua tunduk bersujud kepadanya (Yusuf). Dan dia Yusuf berkata, "wahai ayahku! inilah takwil mimpiku yang dahulu itu......" -Yusuf : 100
*ayat ini ada perkaitan dengan ayat dia atas. terselit pengajaran..belek surah Yusuf.. kisah bagaimana saudaranya yang membuat tipu daya padanya. Allah baik Yusuf terjaga :)

"ketika perempuan-perempuan itu melihatnya (Yusuf), mereka terpesona dengan keelokan rupanya dan mereka tanpa sedar melukai tangan sendiri. Seraya berkata, "Mahasempurna Allah, ini bukanlah manusia. Ini benar-benar malaikat yang mulia." -Yusuf : 31
*walaupun Yusuf punya kelebihan dari segi "rupa" tapi dia tidak pernah tunduk dengan mereka-mereka. sangat menjaga! Allah.

Dan hakikatnyaaaa..sebenarnya jaga itu bermula dari siapa sebenarnya? ada yang kata, "yang memulakan itu perempuan maka kami perempuan yang harus mengakiri."  dan ada pendapat yang mengatakan, "lelaki yang lah harus jaga pandangan." hm. bagi sy..tak payah salahkan siapa-siapa. salahkan diri sendiri. kita tahu bila masa itu salah kita atau salah orang lain. kita tahu dan Allah tahu. hm.. bagi saya.. kamu jaga pergaulan kamu dengan dia sama macam kamu jaga hubungan dia dengan Allah dan hubungan kamu sendiri dengan Allah :) 


KEDUA nak cakap pasal "DOA"

know what..selepas kemaafan.. bagi saya doa adalah hadiah yang terbaik :))) "mak..doakan aku.." mak akan selalu kata, "selalu..." dan kita pun kena selalu doakan untuk mereka juga.

"Dan rendahkan dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang, dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! sayangilah keduanya sebagaimana mereka  berdua telah mendidik aku pada waktu kecil." *Al-Isra : 17

dan.....

"Setiap hamba Muslim yg mendoakan saudaranya pd ketika saudaranya itu tidak ada *tanpa pengetahuan, maka malaikat akan berkata..'semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.' ” (HR Muslim)

Nampak doa itu sangat penting sebagai pelaburan.. sebagai modal kita di akhirat nanti..kan? doa bersifat abstrak dan abstrak itu lebih dekat dengan keikhlasan. hati kita akan tetap jika dipegang dengan "doa". inshaAllah. "astaghfirullah lil mukminin wal mukminat.". bayangkan kita berdoa macam ni..berapa banyak kali malaikat "ameen" kan untuk kita sekali?  Allah. besar kebaikan untuk doakan orang lain. *doa yang baik-baik ya! kita buat baik untuk orang lain bererti kita buat baik untuk diri kita sendiri dan begitulah sebaliknya... iya ada tertulis dalam Al-Quran :)

"Jika kamu berbuat baik bererti kamu berbuat baik utk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka(kerugian kejahatan) itu utk dirimu sendiri." *Al-Isra : 7

dan ingat......

"Bagi orang-orang yang buat baik, ada pahala yang terbaik(syurga) dan tambahannya(kenikmatan melihat Allah). Dan wajah mereka tidak ditutupi debu hitam, dan tidak pula dalam kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya." *Yunus : 26

ehemmm! semoga kita mati dalam keadaan iman..dan dapat bertemu dengan Allah SWT..Pencipta kita :) semoga dapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan kita kekal di dalamnya..semoga Allah redha..semoga Allah bagi rahmat.. semoga Allah bagi jodoh yang menurutmMu terbaik untukku..eh?? heheheheheh... apapun, sebanyak mana kita berdoa..kita kena dahulukan akhirat..iya akhirat..selalu tanam dalam hati, "kehidupan akhirat lebih baik..lebih baik.." jangan bersedih n stay positive dengan Allah :) dan....sama-sama ambil pengajaran dengan ayat di bawah.. jaga urusan akhirat maka urusan dunia Allah akan bantu. *ingat julianah!!!

"Sesiapa menghendaki yang segera (kehidupan duniawi), maka Kami (Allah) segerakan baginya padanya (di dunia ini) apa yang Kami (Allah) kehendaki, bagi orang yang Kami (Allah) kehendaki. Kemudian Kami (Allah) tentukan baginya Neraka Jahanam; dia akan memasukinya (dalam keadaan) tercela dan terusir. Dan sesiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu, sedang dia adalah Mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya disyukuri (dibalas dengan baik).     *Al-Isra : 18-19

Sayang semua kerana Allah. kal ho naho.. satu pesanan, hidup di dunia kena ada "prinsip". kerana prinsip kita teguh dan tidak mudah terpengaruh. dan kerana prinsip kita boleh menilai mungkin. ok. sekarang kita cuba sama-sama capai satu prinsip. iya..satu prinsip yang Ustazah fatimah Syarhah sebut, "laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah" *Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH. subhanaallah :) satu prinsip yang hebat dan dan seharusnya dipegang oleh smuaaaa muslim..kan? kan? kan? :'(

p/s : kalau ada salah..maka tegurlah ^_^ kita sama-sama perbaiki antara satu sama lain. se..se..what? secawan teh o sy nukilkan disini..

" :) to the world :'( to Allah"

sedar atau tidak sedar,
air mata kita sama seperti bertambahnya air dilautan,
iya..
air di lautan umpama air mata kita di akhirat nanti..
tersimpan tanpa kita sedari..
iya..
air mata dosa yang tersimpan kerana penyesalan.
sayang,
hapuslah air mata duniamu sebelum terlambat.
air mata itu jangan di simpan untuk akhirat..
kerana waktu itu sudah terlambat.
maka..
bazirkan air matamu sekarang.
air mata taubat dan air mata kesyukuran untuk Dia yang satu.
jangan kau bazirkan air matamu di akhirat kelak.
kerana saat itu walau sebanyak mana air matamu menandingi air di lautan..
itu sudah tiada guna.

Smile to world and cry to Allah.



Thursday, 17 October 2013

Manusia Biasa...


dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.. alhamdulillah masih diberi nikmat hidup. annyeongg! *penangan heirs! semoga masih di bawah jagaan Allah. hey coconut shake! today is wednesday! ekceli.. tatau nak buat opening apa.. ntah kenapa dan ntah bagaimana.. fine.. puisi sekerat "bukan siapa-siapa"

kerana aku bukan siapa-siapa..
aku menjarak..
kerana aku bukan siapa-siapa..
aku tiada apa-apa..
maka aku memilih yang biasa-biasa.. *too be continue....ngeh!!

fuhhhh...semoga Allah redha..
semoga Allah sayang..
semoga Allah jaga..
proud to be a muslima!!

ehemm! ceritanya mcm ini.. masa tengah duk doa after solat..tersedar suatu hikmah "solat lima waktu." apa? apa? Allah seru kita solat lima waktu. *diulang 5 waktu.. subuh zuhur asar maghrib isyak. setiap waktu biasanya kita berdoa apa? antaranya yg wajib kita selalu doa berbunyi.. "Allah ampunkan dosa-dosaku................." ya Allah.. setiap waktu kita berdoa seperti ini seolah-olah kita bersih dari dosa. Allah semoga doa ini termakbul setiap waktu selepas kita solat.. jadi tidak mengapa kalau aku pergi selepas itu. In sha Allah.. "Allah itu maha pengampun.." seringkali ayat ini kita temukan dalam Quran.. seringkali.. jappp! kalau dosa kita pada Allah kita sudah mohon ampun.. bagaimana dengan dosa sesama manusia? huhhh... ok..pertama kalinya.. sy nak buat announcement!! *tarikh nafas laju-laju

"awak-awak yang saya sayangi kerana Allah..sihat? *ngeh3x!! ok..kita siapa? kita sama. kita sama-sama cucu adam.kan?*intro! maka, saya memohon maaf from the deep of my heart ;'( seandainya ada salah yang saya lakukan sama ada yang saya tahu atau tidak tahu..andai saya tiada esok..hanya kemaafan hadiah yang terakhir dan paling bahagia saya minta. hanya dengan kemaafan. maka, maafkan saya.. mungkin perkataan maaf saya tidak semua yang dengar..tidak semua yang sempat saya katakan pada anda sendiri.. tapi suatu saat..saya berharap semua dengar..sampaikanlah :) in shaAllah..dengan izin dia. " *nasib tulisan ni ta boleh kaler pink. feel sikit! well..biru itu simbol kejujuran. u like blue? i like blue :D

"dengan ini saya............memaafkan julianah ahmad." terima kasih anda dah maafkan.. semoga Allah ampunkan dosa kalian. *nampak tak ada unsur paksaan disitu? sengih! hehe.. ok say, "astagfirullah lil mukminin wal mukminat" 27x

Allah.. tersedar suatu hakikat lagi... kenapa ya kita kena takut dengan Allah?

"kerana...Allah maha kuasa atas segalaaaaaa sesuatu." *jawapan yg simple, short dan bermakna.

"....Sungguh Allah maha penerima taubat, maha penyayang." *An-Nisa :16
"....Sungguh Allah maha pengampun, maha penyayang." *An-Nisa : 23
"....Sungguh Allah maha mengetahui, maha bijaksana." *An-Nisa : 24
"....Sungguh Allah maha penyayang kepadamu." *An-Nisa : 29
"....Sungguh Allah maha mengetahui  segala sesuatu." *An-Nisa : 32
"....Sungguh Allah maha menyaksikan segala sesuatu." *An-Nisa : 33
"....Sungguh Allah maha tinggi, maha besar." *An-Nisa : 34
"....Sungguh Allah maha mengetahui, maha teliti." *An-Nisa : 35

Sungguh.. kenapa susah sangat nak percaya? kenapa masih suka bersangka-sangka.. menduga-duga? kenapa sedikit sekali di antara kita bersyukur? kenapa susah sangat nak ikhlaskan semuanya? *keep asking myself  dia, "ikhlas itu adalah bila masa kita berhenti mengatakan kenapa."

"Katakanlah (Muhammad), 'siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?' maka mereka akan menjawab, 'Allah.' Maka katakanlah, 'mengapa kamu tiodak bertakwa (kepadaNya)?" *Yunus : 31 

"Dan kebanyakan mereka hanya mengikuti dugaan. Sesungguhnya dugaan itu tidak sedikit pun berguna untuk melawan kebenaran. Sungguh Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan." *Yunus : 36

"Ingatlah, milik Allah meliputi siapa yang ada di langit dan siapa yang ada di bumi. Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu selain Allah, tidaklah mengikuti (suatu keyakinan). Mereka hanya mengikut persangkaan belaka, dan mereka hanya menduga-duga." *Yunus : 66

Allah. semakin aku buka dan fahami selembar demi selembar..sesekali aku terhantuk..tuppp! ya..Allah maha segalanya..tapi kita? masih tegar kat dunya nih. tak takut. seolah-olah.."dunya ini aku yang punya!!!" astaghfirullah.. ingat,

"Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikitpun, tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri." *Yunus : 44

dan..lagi satu ayattt yang cukup bermakna. membacanya seolah-olah bommmm jatuh atas kepala.

"Dialah yang menjadikan malam bagimu agar kamu beristirehat padanya, dan menjadikan siang terang benderang. Sungguh, yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mendengar." *Yunus : 67

dulu.. selalu duk ucap.."MALAM MASIH MUDA. MALAM MASIH MUDA. MALAM MASIH MUDA." duk buat apa? "online...tengok movie...study...eh?" Allah..malu dengan diri sendiri. Malu. Allah dah bagi siang untuk segala urusan dunya tapi hang mai bawa sampai ke malam.. sampai tiada waktu untuk Dia.. sayang betul hang kat dunya kan?! dan sebagai denda.. jangan ONLINE fb..eh salah.. kurangkan.. elakkan.. Oh Allah.. tanamkan kecintaanku pada akhirat lebih dari kecintaanku pada dunya.

dan satu ayat yang sangat menenangkan hati....terasa semangat nak usaha jadi budak baik.. cehh!

"Bagi orang-orang yang buat baik, ada pahala yang terbaik(syurga) dan tambahannya (kenikmatan melihat Allah). Dan wajah mereka tidak ditutupi debu hitam, dan tidak pula dalam kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya." *Yunus : 26

1 2 3 in just three seconds! i fell in love with this ayat! jatuh cinta dengan perkataan boleh.. ya kalam dari Allah semuanya indah.. jatuh cinta dari perkataan manusia.. sesekali jangan! jatuh cinta kerana action.. action yang bagaimana? action yang toward to Allah SWT.. to Rasulullah SAW..to mak..to mak..to mak..dan to bapakkk! kak kata..kalau nak cari 'friendship' till jannah..cari yang respect mak bapa. the one who respect mak bapa the one who near to Allah. dekat dengan Allah bereti dekat dengan syurga :))

kredit to surah Yunus..surah At taubah..surah An Nisa..banyak mengajar :) bohot syukriya Allah. terima kasih for everything. betul kata budak tu... 

“What attracted you to Islam?”
“The more I read about it, the more I loved it.”

lastly, mari kita sesama berpuisi..... *terasa terinspirasi utk buat puisi mcm mbak Tia Setiawati :)


"manusia biasa..."

aku cuma manusia biasa.. tidak mengharap yang luar biasa untuk "stay".. singgah sebentar untuk mengetuk pintu hati ini sudah buat aku cukup bersyukur :) saat kita menunggu yang luar biasa.. mohon pada Allah supaya beri kita hidayah dan kekuatan untuk "istiqamah" kejalanNya.. ya istiqamah.. sesuatu yang paling susah tapi paling disukai Allah.. ya Allah suka manusia yang buat sesuatu secara berterusan walau sedikit.. *diulang berterusan.. 
i
“ Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”. -Riwayat Al-Buqhari dan Muslim.

Sampai ketemu lagi.. wo ai ni fillah!! mujhe maf kartiyo..if ada yang tersalah..maka tegurlah ya :))

Tuesday, 1 October 2013

Shaafiyyah Sekuntum Mawar di Longkang Kedengkian


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.. segala puji bagi Allah.. Tuhan semesta alam..
Alhamdulillah masih masih diberi peluang nikmat hidup. Semoga dalam jagaan Allah..semoga Allah sayang..semoga Allah redha sentiasa :) ehem..ok..satu entry dari ustazah Fatimah Syarhah yg menarik hati ini untuk disimpan dan dikongsikan :)

Siapa Shafiyyah?


Profil
· Nama penuhnya ialah Shafiyyah binti Huyay bin Akhtab bin Sa’yah bin Amir bin Ubaid bin Kaab bin al-Khazraj bin Habib bin Nadhir bin al-Kham bin Yakhurn.
· Daripada keturunan nabi-nabi iaitu keturunan Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi binIsrael (Ya’qub) bin Ishaq bin Ibrahim. (Rujuk Siyar A’laam an-Nubalaa’, vol.2, hlm. 231).
· Ibunya bernama Barrah binti Samaual daripada Yahudi Bani Quraizhah.

· Shafiyyah dilahirkan sebelas tahun sebelum hijrah, atau dua tahun setelah masa kenabian Muhammad.
· Pernah bersuamikan Salam bin Abi Al-Haqiq (atau Salam bin Musykam, salah seorang pemimpin Bani Quraizhah namun tidak lama.
· Bernikah lagi dengan Kinanah bin Rabi' bin Abil Hafiq, salah seorang pemimpin Bani Quraizhah namun suaminya dibunuh oleh orang Islam selepas tertawan dalam perang Khaibar.
· Ayahnya juga dibunuh dalam perang itu.
· Shafiyyah ditawan lalu ditawarkan untuk menjadi isteri Nabi maka beliau menerimanya.
· Hidupnya sering bertemankan air mata di sisi kecemburuan isteri-isteri Nabi.
· Meninggal tatkala berumur sekitar 50 tahun, ketika masa pemerintahan Mu'awiyah.

Sekuntum Mawar Di Longkang Kedengkian
Shafiyyah binti Huyay lahir dalam sebuah kaum yang sangat dengki terhadap Islam. Kaumnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa Allah SWT telah memilih seseorang daripada bangsa Arab sebagai Rasul akhir zaman. Shafiyyah yang suka belajar sejak kecil, mengetahui dengan jelas sifat-sifat Rasul akhir zaman sebagaimana yang diterangkan oleh kitab suci mereka. Beliau ternanti-nanti kedatangannya. Apabila ada berita gembira dari Makkah tersebar ke segenap benua, beliau kabur menilai kebenarannya. Masakan tidak, bapanya sendiri sentiasa mengoborkan kebencian dan kedengkian terhadap Islam. Apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, baginda tidak menunjukkan permusuhan kepada bangsa Yahudi. Baginda membuat perjanjian dengan mereka atas nama Piagam Madinah. Ada kelompok Yahudi yang menyukai Rasulullah, ada yang bersikap neutral dan ada yang menentang. Antara kelompok itu ialah Yahudi bani Qainuqa’(diampunkan), bani Nadhir (dihalau) dan bani Quraizhah (dibunuh).

Dalam Diam Mengagumi Muhammad

Ibnu Ishaq berkata, “Aku mendapat khabar dari Abdullah bin Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm bahawa Shafiyyah binti Huyay bercerita…”
Kata Shafiyyah, “Aku adalah anak kesayangan ayahku dan bapa saudaraku, Abu Yasir berbanding anak-anak yang lain. Jika mereka menemuiku, mereka pantas memelukku dan membiarkan anak-anak yang lain.”
Beliau bercerita lagi tentang ayah dan bapa saudaranya keluar rumah sejak awal pagi untuk menyaksikan sendiri ketibaan Muhammad bin Abdullah di Quba’, di perkampungan bani Amr bin Auf. Apabila matahari terbenam, mereka berdua pulang.
“Seperti biasa, aku menyambut mereka dengan wajah ceria. Demi Allah, mereka tidak menghiraukan dan wajah mereka sangat gelisah,” kata Shafiyyah.
Beliau kehairanan tidak mendapat pelukan kasih mereka seperti selalu. Beliau lalu mencuri dengar perbualan mereka,
“Kamu yakin dialah orangnya?” Bapa saudaranya bertanya.
“Ya, demi Allah!” kata ayahnya.
“Kamu mengenal cirri-cirinya dan dapat membuktikannya?” Tanya bapa saudaranya lagi.
“Ya,” kata ayahnya dengan yakin.
“Lalu, apa yang patut kita buat?”
“Demi Allah! Aku akan memusuhinya sepanjang hidupku.” (As-Sirah an-Nabawiyah, Ibnu Hisyam.
Terkedu Shafiyyah mendengar perbualan itu. Dirinya bingung memikirkan apa yang patut dilakukan. Tersepit antara kecintaan seorang anak dan kerinduan seorang umat kepada Nabinya.
Beliau pernah bermimpi bulan jatuh ke kamarnya. Tatkala menceritakan mimpi itu kepada suaminya, beliau ditampar hingga lebam.
“Kamu inginkan Raja Yathrib (Madinah) itu?” tengking suaminya.

Cekal Menghadapi Detik Ayah dan Suaminya Dibunuh
Permusuhan Bani Quraizah semakin getir. Mereka menyiapkan 1500 pedang, 2000 batang tombak, 300 baju perang dan 500 perisai untuk memerangi kaum muslimin.
Rasulullah SAW mengepung mereka selama 25 hari. Salah seorang musuh yang paling dkehendaki ialah Huyay bin Akhtab, ayah Shafiyyah. Dia mengkhianati muslimin dalam Perang Ahzab. Akhirnya, pihak musuh menyerah.
Kaum muslimin menggali parit-parit besar di pasar Madinah, lalu tawanan Yahudi digiring ke tepi parit secara bergantian untuk dipancung. Itulah hukuman yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.
Huyay bin Akhtab, bapa Shafiyyah turut ditawan. Dia merobek seluruh bajunya sepanjang satu ruas jari agar tidak dapat dimanfaatkan oleh kaum muslimin di kemudian hari. Tatkala tangannya dilingkar ke leher dan diikat kemas, dia sempat mencemuh Rasulullah SAW,
“Demi Allah! Aku tidak pernah menyesal telah memusuhimu.”
Lalu, pedang menebas lehernya.
Nabi Muhammad segera menyedari ancaman yang akan menimpa kaum muslimin dengan berpindahnya kaum Yahudi ke Khaibar kernudian membentuk pertahanan yang kuat di sana.
Khaibar digempur. Benteng terkuat Yahudi itu hancur. Suami Shafiyyah ditawan dan dibunuh. Shafiyyah juga menjadi tawanan dan menjadi milik seorang sahabat bernama Dihyah. Rasulullah SAW menukarnya dengan tujuh tawanan wanita yang lain. Baginda menutup wajah Shafiyyah yang cantik jelita. Tahulah muslimin, baginda sudah mengambil Shafiyyah sebagai isteri.

Tabah Meskipun Hadirnya Tidak Disenangi

Dari medan Khaibar, tentera muslimin berangkat pulang ke Madinah. Shafiyyah duduk di belakang unta Rasulullah.
Ketika hampir tiba ke Madinah, unta Rasulullah terpeleset lalu baginda jatuh bersama Shafiyyah. Rasulullah SAW segera berdiri dan melindungi Shafiyyah.
Setibanya di Madinah, ramai kaum wanita bersiap sedia menyambut kepulangan mereka. Tatkala mengetahui tentang Shafiyyah, mereka berkata,
“Semoga Allah menjauhi perempuan Yahudi ini.”
Hadirnya seorang puteri Yahudi yang cantik rupawan mengundang kecemburuan para isteri Rasulullah SAW. Apatah lagi pengkhianatan demi pengkhianatan kaum Yahudi menghiris hati semua orang Islam tika itu. Lagipun, Shafiyyah itu muda remaja berusia sekitar 17 tahun.
Rasulullah SAW meraikan kecemburuan mereka sebagai suatu lumrah yang tidak dapat dielak. Baginda lalu menempatkan Shafiyyah di rumah sahabat terdekatnya, Haritsah bin Nu’man al-Anshari, bukan di rumah salah seorang isteri baginda.
Salah seorang isteri Nabi mengejek Shafiyyah,
“Kami adalah wanita-wanita Quraisy bangsa Arab, sedangkan kamu adalah wanita asing (Yahudi).”
Shafiyyah menangis kesedihan. Beliau cuba memenangi penerimaan wanita muslimah di situ. Bermula dengan Fatimah, beliau menghadiahkansepasang anting-anting emas dan kepada wanita yang sedang bersamanya. (Riwayat Ibnu Saad).
Cemburu Hafsah
Imam Tirmizi merekodkan satu kisah lumrah bagi isteri yang bermadu. Suatu hari, Hafshah menempelak Shafiyyah,
”Hei, anak Yahudi!”
Shafiyah menangis kesedihan.
Suaminya lalu memujuk,
“Sesungguhnya dinda adalah puteri seorang Nabi dan bapa saudaramu adalah seorang Nabi, suamimu ini juga seorang Nabi, lantas dengan alasan apa dia mengejekmu?”
Kemudian Nabi Muhammad SAW mendidik Hafshah,
“Bertakwalah kepada Allah wahai Hafshah!”

Berkrisis Dengan Zainab
Aisyah menceritakan lagi karenah kecemburuan mereka terhadap Shafiyyah. Suatu ketika, Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Tiba-tiba unta Shafiyyah sakit, sementara unta Zainab ada lebih seekor.
Rasulullah berkata kepada Zainab,
“Unta tunggangan Shafiyyah sakit, mahukah dinda memberikan salah satu dari untamu?”
Zainab menjawab,
“Dinda tidak mahu memberinya kepada perempuan Yahudimu itu.”
Rasulullah SAW terkilan. Sebagai didikan, baginda meninggalkan Zainab pada bulan Dzulhijjah dan Muharam bahkan Safar juga. Baginda tidak mendatangi Zainab selama tiga bulan.
Zainab berkata, “Sehinggakan aku berputus asa dan tidak berharap lagi.”
Ketika Rasulullah SAW masuk semula ke kamarnya pada bulan Rabiul Awwal, Zainab menebus kesalahannya dengan memberikan seorang hamba wanita yang tidak pernah diketahui oleh Rasulullah SAW.

Cemuhan Aisyah dan Hafsah
Aisyah bercerita lagi,
“Suatu hari, saya melihat bayangan Rasulullah datang. Ketika itu Shafiyyah mendengar cemuhan Hafshah dan Aisyah tentang dirinya dan mengungkit-ungkit asal-usul dirinya. Betapa sedih perasannya. Lalu dia mengadu kepada Rasulullah sambil menangis. Rasulullah menghiburnya, ‘Mengapa tidak engkau katakan, bagaimana kalian berdua lebih baik dariku, suamiku Muhammad, ayahku Harun, dan bapa saudaraku Musa.”
Apabila Shafiyyah mendengar lagi ejekan dari isteri-isteri Nabi yang lain, dia rasa terbela dengan pujukan suami. Maka diapun menjawab balas,
“Bagaimana kalian merasa lebih baik dariku, padahal suamiku adalah Muhammad, ayahku adalah (keturunan) Harun dan bapa saudaraku adalah Musa?”

Iktibar Daripada Suami Sesempurna Nabi
Mujurlah Rasulullah SAW bernikah ramai dalam 10 tahun terakhir daripada baki usianya. Baginda menunjukkan contoh kepada semua lelaki yang berpoligami agar berlaku lembut dalam menghadapi kecemburuan para isteri. Tiada pukulan. Tiada kekasaran. Tiada ancaman keras. Yang ada hanyalah kelembutan komunikasi berkesan dan didikan dengan penuh kesabaran.
Berkat pernikahan Nabi, wanita-wanita hari ini yang dimadukan pula akan rasa terbela andai mereka tidak mampu mengawal karenah mereka lantaran cemburu. Wanita hari ini tidaklah sebaik para isteri Nabi. Kecemburuan mereka mungkin lebih dahsyat. Maka, suami yang tertekan dan berserabut dengan karenah para isteri tidak boleh sesuka hati menuduh mereka jahat, nusyuz (derhaka) dan diancam keras. Itu fitrah cinta yang perlu dididik agar tidak bertukar menjadi fitnah.
Bagi wanita yang tidak sanggup diazab hidup cemburu kerana takut agama mereka rosakpula, Islam meraikan pilihan mereka untuk mengenakan syarat ta’liq ketika akad nikah agar tidak dimadukan. (Rujuk lanjut buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kami Idamkan, karya Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi). Syarat ta’liq ini terpakai oleh jumhur ulama’ sejak zaman sahabat lagi. Itulah yang dicontohkan kepada kita oleh puteri-puteri Rasulullah SAW.
Bagi suami yang mahu terlepas daripada kesulitan hidup di dunia dan akhirat pula, lebih baik tidak bernikah ramai spertimana kata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya di atas. Demikian juga pendapat jumhur ulama. Maha bijak Allah SWT yang menurunkan peraturan yang meraikan kondisi individu yang berbeza-beza serta meraikan hak dan maslahah semua pihak.

Dikasihi Suaminya
Ketika Nabi SAW sedang beri’tikaf, Shafiyyah menemui baginda di malam hari. Beliau berbincang sejenak dengan baginda. Kemudian, Rasulullah berdiri untuk menghantar Shafiyyah kembali ke rumah.
Tiba-tiba, dua orang Anshar lalu di situ. Ketika melihat Nabi, mereka nampak aneh. Nabi takut mereka tersalah sangka.
“Tunggu sebentar, dia ini adalah Shafiyyah binti Huyay.” Rasulullah berkata lagi,
“Sesungguhnya syaitan mengikuti manusia seperti aliran darah. Aku takut dia telah meletakkan satu kejahatan dalam hatimu.” (HR Muslim).

Tetap Mencintai Suami Meskipun Dicemburui
Salah satu bukti cinta Shafiyyah kepada Muhammad terdapat pada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Saad dalarn Thabaqatnya. Isteri-isteri Nabi berkumpul menjelang kewafatan baginda.
Shafiyyah berkata,
“Demi Allah, ya Nabi, dinda ingin apa yang kanda deritai ini menjadi derita dinda.”
Isteri-isteri Rasulullah memberi isyarat antara satu sama lain lantaran cemburu. Menjuih.
Melihat hal yang demikian, baginda berkata, “Berkumurlah!”
Dengan terkejut mereka bertanya,
“Dari apa?”
Baginda menjawab,
“Dari isyarat mulut (atau mata) kalian terhadapnya. Demi Allah, dia adalah benar.”
Shafiyyah rasa terbela.

Difitnah Hamba, Dibalas Kebaikan
Setelah Muhammad wafat, Shafiyyah merasa sangat terasing di tengah kaum muslimin kerana mereka selalu menganggapnya berasal dan Yahudi, tetapi dia tetap komitmen terhadap Islam dan mendukung perjuangan Muhammad.
Pernah suatu ketika hambanya mengadu kepada Saidina Umar bahawa Shafiyyah sukakan hari Sabtu dan berhubung baik dengan Yahudi. Umar lalu meminta keterangannya.
Beliau menjawab, “Aku tidak mencintai hari Sabtu lagi setelah Allah menggantikan dengan hari Jumaat. Berkenaan Yahudi, aku masih memiliki kerabat di kalangan mereka.”
Shafiyyah bertanya kepada hambanya,
“Kenapa kamu lakukan semua ini?”
“Godaan syaitan,” jawabnya. Shafiyyah lalu membebaskannya. Membalas kedengkian dengan kebaikan. Subhanallah!

Kemuliaan Hati Shafiyyah
Ketika terjadi fitnah besar atas kematian Utsman bin Affan, beliau berada di barisan Utsman. Beliau sering membentangkan kayu antara rumahnya dan rumah Uthman untuk menyalurkan makanan dan minuman. (Rujuk al-Ishaabah).
Ibnu Katsir berkata, “Shafiyyah adalah seorang wanita yang sangat menonjol dalam ibadah, kewarakan, kezuhudan, kebaikan dan sedekah.”
Selain itu, beliau banyak meriwayatkan hadis Nabi. Beliau wafat pada masa kekhalifahan Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Marwan bin Hakam mensolatinya, kemudian menguburkannya di Baqi’.


Siapa Shafiyyah?
Subhanaallah..kagum dengan insan bernama "Shafiyyah" dan Nabi kita.. *selawat sikit, "Allahumasoliala sayidina muhammad 3x" :) keperibadian mereka.. mashaallah! alhamdulillah..syukur kepada Allah :)) bohot syurkriya to ustazah fatimah syarhah atas perkongsian artikel yg sangat2 menarik.

Dalam kehidupan kita.. kita tak lepas dari pelbagai bentuk ujian kan..ujian yang macam mana kali ni? ya..ujian tidak disukai..dibenci..didengki..kerana apa? "masa lalu" "salah faham" "bersangka buruk" dan 'sebaldi' dengannya.. Allah. saya juga pernah memendam perasaan itu. kadang cuba elak dengan mengingat kembali kebaikan-kebaikan dia.. menjauh seketika dari dia..dan ingat balik prinsip "jaga hubungan" yg sentiasa sy pegang selama nih.. huhhh..sakit tahu tak jaga hubungan! tapi, tulah..sebagaimana kita jaga hubungan kita dengan Allah, kita kena jaga hubungan kita sesama manusia.. dan.. satu ayat yg lebih menyedarkan saya...

"Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, ia adalah yang terputus (dari rahmat Allah)."
108:3 (Al-kautsar)
So, jangan ada benci membenci dalam hati kita walau hanya sekecil zarah.. cuba hapuskan sedaun demi sedaun..cuba! berpesan pada diri, kita sebenarnya saudara..kita cucu-cucu adam..manusia bukan musuh kita TAPI syaitan adalah musuh nyata bagi kita. kan sayang rahmat yang Allah bagi terputus kerana ada unsur2 benci dalam diri.  rahmat Allah ini untuk apa? 

Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api Neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."(Hadis Riwayat Muslim)



kan bahagia kalau hidup dengan rahmat Allah?? walau ada ujian setinggi everest.. sebesar matahari rahmat Allah melindungi kita dan setinggi bulan hikmah yang Allah beri. eh? ya ya ya.. kena yakin..ujian itu datang bersama hikmah :) siapa saya untuk menolak ujian ini? bukan siapa-siapa.. bila dapat ujian..sy hanya meminta satu.. "kekuatan" dari Allah untuk saya dan sayang-sayang semua..haccummmmm! *gosok hidung guna colgate!

dia kata, 
"manusia ini hanya sebagai penyampai, yang mengubah hati itu Allah."

dia kata lagi,
"kalau sedih, ingatlah syurga" :)

dia kata lagi dan lagi,
"bila nak berhenti?"

ok. salam sayang utk diri sendiri dan semua. ececce =='
"Astaghfirullah lil mukminin wal mukminat" 3x


Wednesday, 11 September 2013

Cinta itu rindu kan? kan? kan?

dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..

fuh fuh fuh!! *tipu habuk! sayang-sayang saya sihat? #muntah10balang =='
ok..suatu ketika..pernah terdetik di hati ini...apa yang buat diri ini tertarik dengan "Islam"? tup.
ok..sekarang sy nak tanya balik, "apa yang buat korang semua tertarik dengan Islam?" *fikir 5min! no. only 3 sec. 1 2 3 BASS! (isikan tempat kosong)

Saya ada bertanya dengan kawan non-muslim tentang pandangan mereka tentang Islam..dia jawab apa? dia, "sebab dorang pakai tudung..tutup aurat..tiada dalam agama lain." wah...nampak betapa uniknya Islam? *no, gantikan dengan "subhanallah" segala puji bagi Allah :) 
tapi siapa tahu..mungkin..
di mulutnya.. "WAH" tapi dihatinya "SUBAHANALLAH"..
di mulutnya "WOW" tapi dihatinya "MASHAALLAH"...
di mulutnya "OH MY GUCCI" tapi di hatinya "ASTAGHFIRULLAH"
siapa tahu? 

daripada situasi itu..hari demi hari.. ya, "apa yang buat saya tertarik dengan Islam sebenarnya?" terjawab...

"solat dan aurat."
aurat sayang....
Dua perkara yang saya sedar setelah 20 tahun duk di bumi yang fana lagi morgana ini..ya solat dan aurat..kenapa? ce fikir...solat mengingatkan kita dengan Allah.. sebagai tanda hubungan kita dengan Allah...aurat? sebagai tanda Allah sayang kita..jaga kita... kita jaga solat Dia jaga kita. kita jaga aurat Dia jaga kita. nampak perkaitan antara solat dan aurat? sangat dekat. u solat means u jaga hubungan u dengan Allah. Allah suruh u tutup aurat sebab apa? sebab nak jaga kita. solat dan aurat sebenarnya adalah antara kita dengan Allah.. "saling menjaga" sebagai tanda sayang :) *sweetkan?



"SOLAT"

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”. (2:45-46)

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar“. (2:152-153)

Di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dijelaskan bahwa,

 “Sesungguhnya Rasulullah saw apabila menghadapi suatu persoalan, beliau segera mengerjakan solat“.

Huzaifah bin Yaman menuturkan,

“Pada malam berlangsungnya perang Ahzab, saya menemui Rasulullah saw, sementara beliau sedang solat seraya menutup tubuhnya dengan jubah. Bila beliau menghadapi persoalan, maka beliau akan mengerjakan solat“. Bahkan Ali bin Abi Thalib menuturkan keadaan Rasulullah saw pada perang Badar, “Pada malam berlangsungnya perang Badar, semua kami tertidur kecuali Rasulullah, beliau solat dan berdoa sampai pagi“.

kata ustazah fatimah syarhah pula.. 

"rahsia berjaya itu adalah kusyuk dalam solat."

nampak??

kita solat fardhu 5x hari sehari..aurat bagi perempuan hanya muka dan tapak tangan sahaja yg lain mesti tutup. nampak tak apa yg cuba sampaikan? agama lain.. bukan macam agama kita.. agama kita punya rasa cinta.. cinta yang sebenar-benarnya cinta kepada Pencipta. kalau kata Plato, cinta itu like "mental illness", tapi kata hana, "cinta itu rindu kan kan kan.?" 

solat dan sabar kunci kejayaan. mcm ufs  katalah, "rahsia kejayaan itu kusyuk dalam solat." tup. sentap. yalah..hang solat pungggg duk pikiaq hal dunya jah.. 

"lepas ni mkn apa?" "pegi mana?" "buat apa?" 

Allah..malunya.. yg tak boleh bla.. dalam doa pun lebihkan kepada dunya dr akhirat..sayang bebebetul kita kat dunya kan?? dia, "Allah jika dia_______ untukku satukanlah hatiku dengan hatinya.." Allah malu lagi.. doa tu bagus tapi.. kan best kalau ubah.. "Allah berikan padaku sesuatu yang menurutMu terbaik untukku.." Gittuwww...kan manis didengar? manis juga untuk diterima :) kan kan kan? 

Teringat hana... anak buah kesayangan saya! hari tu tinggal berdua dengan hana..macam2 aktiviti kami buat.. nyanyi.. blakon.. sesi fotofrafi.. sampailah suatu ketika nih..sy nak solat asar..pesan kat hana,

"jangan buka pintu kat sapa2 ya."

saya pun solat...solat solat solat sampailah rakaat ketiga.....tiba-tiba... hana  masuk..dengan telekungnya.. sejadahnya.. terkedek2 pakai telekung.. tersenyum masa solat! dalam hati, "berhenti solat atau tidak?" ok berhenti. tengok hana..hai..comelnya.."meh mcik pakaikan!" betulkan sejadah dia..then, solat balik bersama.. seriously, selama 20 tahun nih..baru rasa dapat jd imam yg sebenar-benarnya imam.. rasa bahagia..dia follow semua yg sy buat..sejadah dia pun ikut berjalan.. saya pimpin dia untuk sama-sama sujud..berdiri.. empat rakaat bagi budak macam hana mesti rasa lama..oh hana... sabar ya..empat rakaat ja! untuk rakaat terakhir..sy pun zikir..tasbih tahmid takbir..ajak dia ikut sekali..lastly, berdoa..suruh dia ikut tadahkan tangan., punyalah kusyuk berdoa..tetiba... bunyi pulak radio era kat tv ..lagu kesukaan hana! apa lagi..hana pun duk nyanyi dalam berdoa dengan keadaan tangan yg menadah macam tu..tergelak! "hana!!!"

daripada situasi ini,menyedarkan saya suatu perkara, kanak-kanak ini akan ikut kita. macam mana kita macam tulah dia. betapa pentingnya cara kita bimbing anak dan cari pembimbing anak. ehh? *cehhh mcm nak kawin ja! sejak dari hari tu..bila hana nampak sy solat..kadang2 dia akan follow sekali..alhamdulillah.. satu yang saya ingin hana belajar..hana kena belajar menghargai dan menghormati. dua perkara nih sangat bernilai.. menghargai semua nikmat yang Allah bagi dan menghormati semua yang Allah suruh.. in sha Allah bahagia :)


"AURAT"


Dalam bab aurat nih.. ehemm..tak berani nak cecakap bebanyak.. konsep sy macam ni ja.. tak nak pakai tudung pendek sangat.. tak sedia nak pakai tudung labuh sangat.. pokoknya.. akarnya.. daunnya.. sedang-sedang saja bah.. biasa-biasa saja.. biarlah diri ini rumput dimata orang lain tapi bunga di mata dia. *cehhhh bajet sweet lah tu!hakikatnya memang saya rumput. +_+ bukan apa.. macam ustazah fatimah pesan dalam bukunya "sebarkan bahagia"..pakai tudung ni kena selaras dengan keikhlasan TAPI biar ikut syariat Islam. tu jah. dan lagi satu..pakai tudung ni biar seiring dengan ilmu..for me lah.. i follow seperti oki setiana dewi cakap, "tudung jangan diluar sahaja, pastikan di dalam hati juga punya hijabnya..tudung yang tidak diiringi dengan ilmu, nanti akan dibuka juga.." nampak? well.. ilmu saya kurang. .masih tercari-cari.. terkapai-kapai..dan terumbang-ambing.. *sedihnya! semua perubahan perlukan masa..*doakan kita! tutup aurat ni untuk jaga pandangan.. jaga pandangan tu apa? dia, "bila kita pandang hati kita tak berkocak." bersederhanalah :) konklusinya, tutup auratlah @tau dalam erti kata lain bertudung ikut syariat. simple! tapiii...kalau ikut sunnah pun lagi bagus..what? "purdah" *berat sebut... oh maii *masyaAllah..serius kagum dengan si pemakai :) suka tengok! mysteryy gittuwww.



oklah..pepanjang titeww bebelkan! *muntah lagi! awak-awak semua...semoga umur berkat..semoga Allah sayang..semoga Allah redha..semoga semoga dan semoga Allah beri syurga yg mengalir di bawahnya sungai2 :) sebelum tidur, niat dalam hati untuk bangun awal solat tahajud. untuk apa? dia, "kalau nak bersahabat dengan Allah, tahajudlah." takpa..buat sekali sekala..bangun malam solat..kalau terlajak tidur takpa..kurniaan dari Allah.

Rasulullah SAW bersabda: 
 “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”              
(Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

"Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return." (2:156)

sayang semua kerana Allah. with <3 julianah ahmad

Wednesday, 28 August 2013

Sebenarnya, dia masih ada.

dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...

Alhamdulillahi rabbil alamin...segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Bersyukur masih diberi kesempatan di dunia untuk ke syurga. Ehem! nak tanya..pernah termimpi orang yang kita sayang telah tiada? macam mana perasaan kita bila terbangun dari mimpi itu? mesti bersyukur sangat kan..mesti bangun tu terus nangis2..semua orang mesti pernah alami.. kadang dalam mimpi pun boleh bagi pengajaran dan peringatan kepada kita supaya sentiasa menghargai setiap berkat hidup yang Allah bagi. tik tok! satu video yg menyentuh hati. bukan dalam mimpi tapi REALITI!! cerita tentang.........

Seorang bapa..yang menyangka anaknya telah meninggal dunia tapi sebenarnya dia masih ada. *dalam pembunuhan beramai-ramai "senjata kimia" di Syria baru2 ni." cuba tengok..sesuatu yang boleh buat kita nangis..ingat shah rukh khan ja mampu? ecece..well, shah rukh khan..koi mil gaya..i found someone! tapi.. *nyanyi....."mungkin ini memang jalan takdirku..mengagumi tanpa dicintai.." ececece. ok..jom tengok video ni :)

kata tumblr, "It’s beautiful. To think that your child is gone and to see their face and hold them in your hands and thank Allah is a beautiful miracle. It’s a blessing. The people of Syria are in our duas. InshAllah this will end soon and the innocent people will get their justice! Ameen." *go and kiss ur mak bapa. *flying kiss! 

Mereka.. mereka.. mungkin kurang beruntung di dunia..tapi, sebenarnya..mereka sangatlah beruntung di akhirat.. ujian mereka di sana jika dibandingkan dengan ujian kita di sini..tidaklah seberat dengan ujian mereka di sana.. *rasa :) atau :( ? DAN...Kesenangan mereka di sana tidaklah sebanding dengan kesenangan kita di sini.. tapi, hakikatnya, ujian mereka yg hebat di dunia adalah jaminan kesenangan mereka di akhirat. siapa rugi sebenarnya? Ya..sebenarnya kita yang rugi...kita yang patut jeles dengan mereka di sana..kenapa? ujian mereka yg sangat berat lebih mendekatkan mereka dengan Allah.. dengan "syurga".. selalu..Allah sebut..ulang ".....................akan diberikan mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai...." wah..satu ayat yang... *if u know what i mean.


kita TIDAK boleh lari dari ujian.. ujian something yang manis sebenarnya..bak kata Ustazah fatimah syarha, "hidup tak best tanpa ujian". Melihat mereka di sana.. kadang rasa malu dengan diri sendiri.. hakikatnya, diri ini kosong. tidak berbuat apa-apa. ketinggalannya! tapi dan tapi, sebenarnya..di sebalik semua ini..saya perlu tahu masih ada doa yg boleh jadi shortgun untuk sy tolong mereka..walau hanya dengan doa..tapi itu satu penghubung kita dengan Allah untuk mohon pertolongan. Pertolongan Allah kan dekat?

"....iyya ka na'budu wa iyya ka nas ta'in.." 
"....hanya kepadaMu kami sembah dan hanya padaMu mohon pertolongan.."

Semoga Allah memberimu "kekuatan" untuk hadapi ujian ini dan semoga Allah memberikanmu balasan syurga :)


"can i be ur second wife?" *tercekik! ok..nampak naluri kebapaan di situ? full of kasih sayang..cara dia pandang anak dia..peluk anak dia..cium anak dia..penuh dengan kasih sayang..encik lecturer selalu tanya pasal kasih dan sayang..apa bezanya? ok "sayang tanpa kasih is nothing." kasih with sayang is something! akhir sekali.. hargai setiap hidup yang Allah bagi..hargai mak bapa kita...hargai semua orang yang menyayangi kita..esok mungkin tidak..kal ho naho....

Monday, 29 July 2013

Sungguh, Aku mengerti.


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...

Sedihnya bila mendengar orang yang kita sayang mengelak dari menerima kenyataan.. dan yang lebih sedih..rupanya sy sendiri masih belum boleh menerima..Ya Allah..perkara ni berlaku dengan tiba-tiba dan tidak disangka-sangka.. bila sedih..badan akan panas rasa nak demam..tapi, begitu mudah sy tutup kesedihan dengan gembira yg &*(^%$#2 *profesional gitu! that moment..........

Saya : jangan risau..makan banyak buah betik nih..bagus untuk rawat kanser.. *setelah bertahun2 jadi kakak, baru dapat suap dia makan..terasa kasih sayang di situ..
Dia : bukan kanser..leukemia..

kamu tidak tahu..kanser, barah, dan leukemia itu satu keluarga..kanser adalah bapak kepada leukemia dan adik kembar  kepada barah sel darah putih.. maksudnya, leukemia atau dipanggil barah sel darah putih tergolong dalam jenis kanser.

Dia : mungkin kanser tu..
Mak : bukan..belum dipastikan lagi..

Bila saya dengar nih.. hati saya cuba untuk memahami mak.. mak masih belum terima..kalau mengikut keputusan dari klinik pakar SMC, ya..dia mungkin ada leukemia.. tapi di hosp Quenn..result belum keluar.. mungkin mak masih berharap ini semua tidak betul. kejadian ini berlaku bila bahagian kaki adik membengkak dan dia susah untuk berjalan.. berat badannya makin susut.. mukanya yg segar dulu dengan bibirnya yg macam angelina jolie tuh berubah..terkejut bila mula2 balik hari tu..sangat!

Pada awalnya, kami rasa cuma sakit kaki biasa.. bila bawa ke klinik dan hosp di lahad datu..kaki masih sakit berterusan..dan pada 18hb6 baru temujanji dengan pakar..agak lama..sampai mak sy menangis bila adik sy mengadu sakit kaki lagi..haiii mak jangan menangis..kebetulan, abang mahu ke kk..dan kami pun bawa lah adik pegi klinik pakar di SMC tuh.. Bila cek darah, doktor kata sel darah putihnya sangat tinggi dan ada kuman dalam darahnya..mungkin kanser atau tibi.. isyhh.. mustahil lah.. kes dalam sejarah keluarga kami.. memang tiada kanser..mustahil..mustahil..mustahil.. 

tapi, doktor buat ujian sekali lagi dan keputusan tetap sama..doktor mengatakan mungkin leukemia.. masa tu, saya rasa berat untuk terima..apatah lagi mak..dan adik beradik yang lain.. semua cuba untuk kuat tapi.. dia anak bongsu..dia agak manja..tapi, itu normal..dia tidak kuat..setiap kali doktor datang..dia menangis..abang pun ikut menangis...haiii..mak? hmmm..

sungguh, aku mengerti...
dia : aku takut mati.
dia : menunggu ajal sejak..
dia : aku mau hidup lagi..mau kawin.. *sempat lg bergurau dlm sedih

ya Allah.. bila dengar nih..sy takut untuk segala kemungkinan.. bila tengok abang sulung saya menangis..sy rasa sedih sangat..sy tahan air mata nih depan dia..dan yang paling sakit..bila mak sy pulak menangis di sebalik tabir..bila tengok mak nangis..mak meluahkan perasaan dia..sy rasa..hai..kesiannya dekat mak..mak pernah melalui semua nih..kita pernah kehilangan sorang adik beradik..7 tahun yang lalu.. bukan senang..sangat berat..kakak ada kata,

"ibu bapa nih kalau boleh dia mahu anak-anak yang kuburkan mereka bukan mereka yang kuburkan anak mereka.." hmm..

yang sy tahu..penyakit tu bahaya..pernah jugak tengok cerita 'autumn in my heart'..teringat heroin tuh akhirnya meninggal sebab penyakit tu.. dan teringat lagi dalam satu novel..watak tu mati sebab penyakit tu..malam tu, search dekat internet pasal penyakit nih..yes, BOLEH DIRAWAT! huh..lega sikit..kakak cuba nasihat supaya kita POSITIF!! dia kemudian di tahan di hosp utk buat pembedahan kecil pada bahagian yang bengkak di kakinya untuk pastikan betul2x apa penyakitnya.. pembedahan tu bukan mudah..dia kata dia sedar masa bedah tu.. dan mesti sakit.. lepas tuh, dia dimasukkan darah pulak.. pihak dari SMC suruh bawa dia pegi hosp Quenn sebab tiada doktor pakar darah di sini..hanya di Quenn..itu pun dua orang sahaja di sabah nih..

bila adik dipindahkan ke hosp Quenn..agak ok..doktor2 di sini tidak menyeramkan macam di klinik pakar SMC..dia ditahan dalam wad.. dalam minggu tu juga sumsum tulangnya akan diambil untuk kepastian tentang penyakitnya.. dia kata, semalaman dia tidak dapat tidur memikirkan hari esok untuk ambil sedikit sampel sumsum tulangnya.. saya sendiri tidak dapat bayangkan kalau berada di tempat dia..berat sangat..mak ada kata, "biarlah aku yang tanggung semua nih..jangan kamu.." mak..sy faham keperitan yg mak cuba sembunyikan..mak kena kuat!

setiap hari, banyak kali jarum dicucuk dalam badannya..banyak kali..saya tahu sakit..sakit..Ya Allah.. bila tengok dia termenung.. sedih..sedih dan sedih..tahan air mata nih dari menitis..tutup mata untuk serap balik air mata nih..lepas tu..pura-pura menguap.. wajar kan air mata keluar bila kita menguap? wht a good strategi! sy sedih dengan perjalanan hidup dia yang masih muda..bila dapat penyakit nih..untuk merawatnya bukan mudah! dia kena kuat semangat dan yakin! so, kita tidak boleh sedih2x depan dia.. doktor kata, setakat nih minum ubat dulu sepanjang hidup..lepas tuh, kalau penyakit ini tidak terkawal..dia akan buat pemindahan sumsum tulang dan kemoterapi.. nasib baiklah kami ada 10 orang adik beradik..kemungkinan sumsum tulang yang sesuai 4 atau 2 orang...

kata Ustazah Fatimah Syarhah, "Ya, mati itu pasti. Tapi sebab kematian kita adalah qadha' yang muallaq, bergantung kepada 'tindak-tanduk' dan 'doa' kita dalam menelurusi hidup."

ya Allah jika ada jalan buat dia..mudahkanlah..kuatkan dia..kasihani dia ya Allah...kasihani mak..bapa..saya dan adik beradik yang lain..kalau memang ini takdir untuknya..ajarkan kami untuk redha dengan ujianMu..beri kami kekuatan untuk menerima semua ini..hanya kepadaMu tempat kami memohon pertolongan..hanya kepadaMu ya Allah.

akhir sekali..ingin berkongsi satu surah.. surah apa? surah Al-Qiyamah :)
terjemahannya sangat bermakna.. I love this surah!

SURAH AL-QIYAMAH (Hari Kiamat)
Surah ke-75 *m/s 577
Terdiri daripada 40 ayat (Makkiyyah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


1. Aku bersumpah dengan hari Kiamat.
2. Dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (diri sendiri)
3. Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?
4. (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.
5. Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus-menerus.
6. Dia bertanya : "Bilakah hari kiamat itu?"
7. Maka apabila mata terbeliak (ketakutan),
8. Dan bulan pun telah hilang cahayanya,
9. Lalu matahari dan bulan dikumpulkan,
10. Pada hari itu manusia berkata : "Ke mana tempat lari?"
11. Tidak! Tidak ada tempat berlindung!
12. Hanya pada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu.
13. Pada hari diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.
14. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri,** Anggota-anggota badan manusia menjadi saksi terhadap pekerjaan yang telah mereka lalukan seperti tersebut dalam Surah An-Nur ayat 24.
15. Dan meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya.
16. Janganlah engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca al-Quran) kerana hendak cepat-cepat (menguasai)nya.
17. Sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya.
18. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya.
19. Kemudian sesungguhnya Kami akan menjelaskannya.
20. Tidak! Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia,
21. Dan mengabaikan (kehidupan) akhirat.
22. Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.
23. Memandang Tuhannya.
24. Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram.
25. Mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang sangat dahsyat.
26. Tidak! Apabila (nyawa) telah sampai ke kerongkongnya.
27. Dan dikatakan (kepadanya): " Siapa yang dapat menyembuhkan?"
28. Dan dia yakin bahawa itulah waktu perpisahan (dengan dunia).
29. Dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan),** Kerana hebatnya penderitaan di saat akan mati dan ketakutan akan meninggalkan dunia dan menghadapi akhirat.
30. Kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dibawa ( untuk menerima balasan).
31. Kerana dia (dahulu) tidak mahu membenarkan (al-Quran dan Rasul) dan tidak mahu melaksanakan solat,
32. Akan tetapi dia mendustakan (Rasul) dan berpaling (daripada kebenaran).
33. Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong.
34. Celakalah kamu! Maka celakalah!.
35. Sekali lagi, celakalah kamu (manusia)! Maka celakalah!** Kutukan terhadap orang kafir ini diulang-ulang sanpai empat kali : pertama : pada saat ia akan mati, kedua: ketika ia di dalam kubur, ketiga: pada waktu hari berbangkit, dan keempat: di dalam Neraka Jahannam.
36. Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkan begitu sahaja ( dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan kembali untuk menerima balasan)?
37. Bukankah dia mulanya hanya setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim).
38. Kemudian (mani itu) menjadi sesuatu yang melekat, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya.
39. Lalu Dia menjadikan dirinya sepasang lelaki dan perempuan.
40. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian, berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?



Monday, 1 July 2013

"Allah Love You."

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...

Satu kata yang terungkap dari dia.. sangat bermakna.. sangat terkesan di hati ini.. "Allah Love u". tidak ada ungkapan seikhlas ini.. setenang ini yg pernah saya dengar.. hati kita ternyata lebih tenang mendengar "Allah love u" daripada "mak love u", "kak love u".."i love u"... Dua ungkapan ini sangat berbeza.. cinta Allah kepada kita melebihi cinta kita kepada dia yg lain..ungkapan ini menyedarkan aku satu perkara supaya aku selalu ingat bahawa Allah sayang padaku. Tapi.. adakah kita sayang sebenar-benarnya sayang pada Dia sebagaimana dia sayang pada kita? Allah..

Ustazah fatimah Syarhah..Tenangnya hati bila lihat senyumannya kerana Allah.. bila dekat dengannya yang mengingatkan kita pada Allah.. dia yang sayang kita kerana Allah.. sy boleh rasa keikhlasan dari setiap bicaranya.. Ya Allah, dia antara sumber inspirasi kepada saya untuk kuat..sy ingin berusaha jadi seperti dia..apa? letakkan semua perkara kerana Allah.. kagum dengan keperibadian dia yang meletakkan Allah nombor satu dalam kehidupannya.. Subhanallah.. Dia juga seorang yang mesra.. sangat menghargai orang sekelilingnya.. salam tangan peluk cium mesra dengan dia.. sangat merendah diri.. dia kata apa, "akak sama jer macam mcik cleaner.." ya Allah, betapa dia menyedarkan kita bahawa kita ini semua sama sahaja..hamba Allah..hamba Allah yang bagaimana? hamba Allah yang baik dan sentiasa berusaha cari redha Allah untuk ke syurga..nampak perjalanan hidup yang sepatutnya kita impikan? bukan di dunia..tapi di akhirat julianah..

Terima kasih Allah..kerana kirim dia untuk bagi peringatan kepada sy yang masih terumbang-ambing mencari cinta Dia di hati ini.. bicaranya yang lembut dan penuh hikmah memudahkan hati ini untuk terima apa yang dikatakannya. satu strategi dakwah yang berkesan bagi sy.. malam tu, tersedar satu perkara..mengenai satu sikap yang sering sy jauhkan dari diri ini..kerana sy takut..tidak bersedia..tiada keyakinan..hmm..apa? "sifat ke depan." yes. kita kena move on! manusia boleh berubah..kita kena yakin dengan Dia. kita kena minta  petunjuk sungguh-sungguh dengan Dia..sampai bila duk main sembunyi di belakang?? Ingat ;

"Sungguh engkau(Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." Al-Qasas : 56


ustazah juga menyedarkan sy..."Indahnya ukhuwah jika kerana Allah kan?" untuk masa ini.. kita diuji dengan perasaan sayang.. tapi sayang yg bagaimana? sayang dari Allah atau sayang dari syaitan? kita yg memilih.. tujuan sy pertama cari cinta Dia..ya..cinta Dia..di sambil mencari cinta Dia.. sy pertahankan cinta sy pada keluarga sy...sahabat saya.. untuk memikirkan cinta yang lain.. sy tidak bersedia.. untuk masa ini.. sy kena tanamkan bahawa cinta yang lain bukan keutamaan bagi sy sehingga cinta sy untuk Allah dan keluarga sy berjaya. pernah jugalah hati ini ter'kagum..ter'suka dengan someone2x..mcm lee minho dll..baru2 ni terjatuh hati pulak dah dgn edward cullen..tv3 punya pasal. *ketinggalannya aku! ehehe! well, itu fitrah. tapi, kita kena pandai2 lah 'take care' fitrah kita supaya tidak jadi fitnah dan nampak diri kita "bodoh".. agak harsh kan? yes. kadang2 tu rasa menyesal juga sebab lepaskan dan terus lepaskan seseorang2 yg sebenarnya baik pada sy..mungkin tidak sempurna pada ketika itu tapi sempurna selepas itu. tidak mengapa..sy cuba untuk positif..berlapang dada..yess, kita kena ingat, Allah tidak akan bagi sesuatu pada ketika kita tidak bersedia :) ok stop! basss! hmm.. macam mana cintakan Allah? ufs pesan..pertama sekali...sy kena kenal Allah..kedua, sy kena suka apa yang Dia suka..ketiga, sy kena benci apa yang Dia benci..keempat, sy kena bersangka baik dengan Dia.. kelima, sy kena sentiasa ada rasa tawadduk.. rasa2, sudah tercapai kelima-lima syarat nih? macam mana pula cinta kepada keluarga? _____________ (sila isikan tempat kosong)
ok stop untuk topik ini. kita beralih ke segmen seterusnya.. "masa remaja"..alahaiii...

Ya Allah..masa remaja adalah masa yang sepatutnya aku guna untuk terus beribadah kepadaMu..tapi..aku leka.. aku terpengaruh dengan permainan dunia..salah aku..bukan salah dunia...Engkau beri dunia untuk kami ke syurga..tapi kami? kami salah guna untuk ke neraka..Astaghfirullah.. betullah..hidup ini satu pilihan..kita yang menentukan dimana kita..Ya Allah..aku berdosa kerana banyak buang masa.. kalau difikirkan balik.. cukupkah amalan ku untuk tampung dosa2 ku selama nih? Ya Allah betapa aku meletakkan dunia lebih tinggi dari akhirat.. astaghfirullah..jika ada jalan mudahkanlah.. pesan ustazah fatimah syarhah, ada empat penghalang taubat..pertama, bila kita pandang remeh pada dosa.. kedua, bila kita terlalu panjang berangan-angan.. ketiga, bila kita terlalu dikongkong dengan dosa dan putus asa..kita malas! terakhir, bila kita tertipu..kononnya, kita buat dosa dulu nanti Allah ampunkan juga. Al Quran dedahkan sikap ini dalam :

Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang mewarisi Taurat, yang mengambil harta benda dunia yang rendah ini, dan berkata: "Kami akan diberi ampun". Dan kelak jika datang kepada mereka harta benda dunia sebanyak itu (pula), niscaya mereka akan mengambilnya (juga). Bukankah perjanjian Taurat sudah diambil dari mereka, yaitu bahwa mereka tidak akan mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar, padahal mereka telah mempelajari apa yang tersebut di dalamnya?. Dan kampung akhirat itu lebih bagi mereka yang bertakwa. Maka apakah kamu sekalian tidak mengerti? Al-Araf : 169

kita dimana? hmm...step pertama untuk berubah kena taubat! bukan mudah untuk taubat..kita kena kuat..minta hidayah dan taufik dari Dia. permulaan dalam taubat adalah dengan paksa diri.yes, paksa diri! lama-lama akan jadi kebiasaan.. Dia ada..Dia tahu..Dia tunjuk.. sentiasa bersangka baik dalam setiap ujianNya pada kita. kata ustazah, "hidup tak best tanpa ujian." Allah..kagum dengan keperibadian dia! ya..Allah tidak pernah zalim dengan kita..tapi, kita yang zalim dengan diri sendiri.. kita kena sensitif jaga hubungan kita dengan Allah. ingat, "Allah really love u." do you love Him?





sedikit kenangan dengan ustazah fatimah syarhah :) 


ufs, "nama siapa?" ehem..aku, "julianah".. ufs, "cantik nama.." isyhhhh! kita malu. apa pun, terima kasih ustazah. love u fillah.. Allah love u too :)

Tuesday, 14 May 2013

Kal ho naho...

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...

Long time no see? few weeks ago.. saya rasa sangat terkejut..bila dapat tahu kawan sekampung..kawan sekolah..kawan mengaji bersama..telah pergi untuk selamanya.. terlibat dalam satu kemalangan.. dulu dia yang datang rumah tolong mengaji untuk arwah abang saya 7 tahun yang lalu.. al fatihah untuk dia :) mungkin hari ni kita yang sedekahkan al fatihah utk orang lain..esok lusa mungkin orang lain pula yang sedekahkan al fatihah untuk kita.. so, janganlah kedekut masa untuk bersedekah.. lupa, nama dia MOHD FAIDZ HADZIK.. dia nakal tapi baik sebenarnya..maafkan saya kalau ada salah dengan kamu... *maaf saya diterima kah? kamu dah tiada.. so, sebelum dia2 di sekeliling anda tiada..minta maaflah..dan berilah kemaafan kepada mereka..ingat, bila kita mudah beri kemaafan kepada mereka..Allah akan mudah maafkan kita.. sentiasa berlapang dada.. 

bila dengan berita ini...tersedar, ya Allah..mungkin aku kurang mengingat mati..ya.. mengapa kurang mengingat mati? mungkin kerana aku terlalu memikirkan dunya more than akhirah..ya..sesungguhnya dunia ini hanya senda gurau julianah.. pedulikan semua persepsi manusia..ya..saya selalu bermain dengan persepsi manusia..

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)


"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)


see?
pernah terbaca suatu "quotes"..

"orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingat mati.."

beruntung bila kita dikelilingi orang-orang yg "bijak" kan? Sahabat, ingatkan saya tentang mati..sama2 kita saling memperingati antara satu sama lain..saling mencintai "islah"..apa tuh? saling mencintai untuk memperbaiki antara satu sama lain :) ketuk kepala saya bila masa saya terleka.. stop "terlalu" memikirkan dunia..stop! ingat, kita semua perlukan bimbingan..bukan senang membimbing diri sendiri.. bukan semua di kalangan kita yang lahir dari keluarga yang sempurna didikan agamanya..saya dari keluarga yang "biasa-biasa" sahaja.. im still learn. saya tidak kuat.. keluarga saya..kawan-kawan saya..adalah sumber kekuatan saya.. tapi, saya tidak boleh lupa..ada Allah yang maha segalanya.. 

Ujian itu sentiasa  berada dalam kehidupan saya..kamu..dan mereka.. Bukan semua orang mengalami apa yg saya alami.. tapi, kita kena ingat..sebesar-besar ujian yang kita dapat..ada orang yg lebih besar ujiannya.. bila kita diuji itu ertinya Allah masih ingat kita.. teringat cerita mengenai saidina Ali..

Suatu hari, para sahabat kebingungan melihat Saidina Ali menangis teresak-esak. Sahabat itu segera menegur Saidina Ali.

Sahabat : "Wahai Ali, mengapakah kamu berduka lara? Apakah yang telah menyebabkan kamu menangis teresak-esak begini?"

Saidina Ali : "Aku terlalu sedih, wahai sahabat. Sebab itu aku menangis."

Sahabat : "Boleh aku tahu, mengapa kamu menangis?"

Saidina Ali : "Wahai sahabatku, aku menangis kerana Allah sudah 'lupa' akan diriku. Sudah 12 hari aku tidak ditimpa sebarang ujian. Adakah Allah sudah tidak sayangkan aku?"

Ambil pengajaran daripada kisah ini..muhasabah diri..sahabat, dunia ini hanya sementara..bila kita tidak dapat sesuatu yang kita inginkan..berdoa pada Allah supaya kita boleh belajar redha..kalau kita tidak dapat sesuatu itu di dunia..kita akan dapat di akhirat..dengan izin Allah.. akhir sekali..hmm..hmmm... tarik nafas dalam2..say 'astaghfirullah..' 3x dalam hati..then, hembus. *tahan nafas sambil berzikir ok apa :) aplikasikan juga dalam senaman.. bila buat pemanasan n penyejukan badan..jangan duk bilang 1 2 3 ..8..ce terai tukar..kata dlm hati subanallah/alhamdulillah/dll 8x..more barakah r8?

maafkan saya..kal ho naho~
p/s : kalau ada salah, tegurlah :) kita belajar mencintai "islah"..apa2 teguran yang kita dapat, anggap itu sebagai peringatan dari Allah..jadikan setiap teguran sebagai nasihat.. always, berlapang dada.. masa depan kita adalah akhirat bukan dunia..jangan terlalu memikirkan masa depan di dunia..dunia ini sementara..ingat kata Shah rukh khan.. "kal ho naho"..esok mungkin tidak..hargai nikmat hidup untuk masa depan di akhirat kelak. 



Wednesday, 27 March 2013

I complain U komen :)


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...


first and foremost, *cehhhh sebelum ana bukak mauduk bicara hari ni.. cuma nak pesan, supaya cek 'grammar' dan tegurlah secara ber'hikmah' sekiranya ada apa2 dalam penulisan ini yang nampak sy terlalai..terleka..atau terrrr seumpamanya sehingga buat saya dan anda2x lupa dari NIAT asal kerana.... *bismillah

hari nih agak2x saya nak cakap pasal apa?? banyak nok oyak. so so so.. *bunyi lain macam

Ceritanya begini.. Pada suatu hari.. ada seekor arnab sedang berjalan jalan ke hulur kehilir..tiba-tiba.. *nada saspens arnab itu terjatuh dan mati.. ***THE END*** sekadar selingan ya :D okay..hari saya cuma nak COMPLAIN. u know what is complain? complain adalah sejenis kuih yang berbentuk sfera berwarna jingga yang ..... *selingan kedua :p




Back to the basic! *nada serius

PERTAMA~~~

Tegur..tegur..tegur...tolonglah tegur secara berhikmah.. jangan salahkan 'dia' jika dia tidak menerima teguran kita..mungkin cara kita menegur itu salah :) tanya diri balik, kita menegur itu ikhlas atau saja menjatuhkan? kadang kita rasa kita menegur untuk kebaikan dia..tapi, sedar atau tidak sedar..kita telah menjatuhkan dia..menurunkan semangat dia..dan tambah melukakan hati dia..

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (perkataan yang tegas dan benar yg dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sungguhnya Tuhanmu, dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." - An-Nahl 16:125

Menurut julianah 2013, sebaik-baik teguran ialah teguran antara saya dengan dia..bukan antara saya dengan dia-dia.. *maksudnya..secara public gitu. dalam bab tegur menegur nih..ada dua risiko kita kena ambil tahu.. teguran yg kita beri buat dia dekat dengan kita atau teguran yg kita beri buat dia makin jauh dari kita.. *flashback! tapi, kan..saya percaya..kalau kita menegur secara ikhlas..dia akan rasa keikhlasan kita..ikhlas itu macam mana? ikhlas ini umpamanya seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap dan sangat susah untuk dilihat....Perumpamaan yang kedua.."Mungkin aku juga tidak menghayati surah Al ikhlas, yang didalamnya sendiri tiada perkataan ikhlas." faham? memang surah itu namanya "Al Ikhlas" tapi, ada perkataan ikhlas? nampak..betapa ikhlas itu tidak perlu diluah dengan kata-kata untuk meng'explain'nya..

Ingat, IKHLAS itu rahsia kita dengan Allah. tidak perlu tunjuk..Allah tahu..in sha Allah..
dia-dia pun akan terasa..ya..

"Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan" - An-Nahl 16:19


KEDUA~~~

Kedua, nak cakap pasal 'kematangan'.. *amboiii! ok..terus terang, sy mengukur kematangan seseorang dengan melihat sejauh mana dia memikirkan masalah dia dengan masalah orang di sekelilingnya..dalam erti kata lain tahap ke'selfish'annya macam mana?? ok.. saya belajar sesuatu suatu ketika dahulu dan baru terasa ingin meluah hari ini.. kita kena 'lebih' mengutamakan kepada orang yang lebih memerlukan..cuba banding beza masalah kita dengan dia...................

A : Eh. eh...probelem saya lagi besaq dari ente! *menuding jari ke B
B : dok. probelem angpa lagi lagi lagi beso dari mung! *berpaling muka

tiba-tiba.......

C : A...kamu tahukah masalah B?
A : YES. *dengan yakinnya.
C : so?
A : so what?? itu masalah dia..bukan masalah saya. *amboi! ni bukan setakat kes 'jual ikan nih'..nih dah masuk kes jual ayam. #selchic!
C : mung pehe dop masalah dia?
A : tidak............*masa tu A terasa malu..tahu masalah tapi tidak faham masalah.

Dalam hati si B yang mendengar, " aku pun tidak faham sebenarnya masalah si A, macam mana aku boleh 'sampai hati' assume yang masalah aku lebih besar dari dia???

A : saya minta maaf..
B : saya pun minta maaf..

moral of da story, dalam buat sesuatu..kita jangan terlalu memikirkan masalah kita sampai kita lupa orang lain juga ada masalah. malah, masalahnya lebih besar dari kita :( tapi kita?? kita lebih untuk mengetahui masalah tapi tidak memahami masalah... mungkin dia lebih memerlukan dari kita..apa salahnya kita mengalah?? so, di sini..saya nak minta maaf..mungkin sy tidak tahu perobelem anda lebih big dari perobelem saya..


KETIGA~~~

Ada ketika kita lembut.. ada ketika kita tidak boleh lembut.. macam tu dalam berbahasa..masing2 ada laras bahasanya.. konsep tu kita kena faham..jangan sebab dia nampak lembut..semua aspek kita nampak dia tu lembut. jangan sebab nampak dia kasar..dengan sekali terus kita syak dia tu kasar. jangan! jangan nilai orang secara keseluruhan.jangan! buka fikiran kita.. jangan sempitkan fikiran kita :) *terasa :/

Macam suatu kisah ni..ada seorang saudari..tengok dari percakapan..pergerakannya..semuanya memang lembut tahap A+++!!!! kita pun rasa, dia tu control ka? *jahatnya aku... hinggalah pd suatu ketika, dalam satu program..aku bersama dgn dia.. ternyata dia memang macam tu..pokoknya memang tercipta begitu.. sejak dari hari itu, sy mula menerima dia..bsangka baik dgn dia..dia memang begitu :) maafkan saya kerana termenghukum :/ 

moralnya, buatlah apa saja..yang penting niatkan kerana Allah..percaya atau tidak.. kita tidak akan care dengan pandangan manusia bila mana kita niat kerana Allah.. pakailah cantik-cantik..berlembutlah.. sebab apa? sebab..Allah kan sukakan kelembutan? Allah kan sukakan kecantikan? so, niatkan semuanya kerana Allah.. pegang ayat ni :

"I don't care what u think about me. I was not born to impress u. Impress Allah FIRST." *Tampal kat dinding. #jarisilang'rasa'naklepas 


PENUTUP~~~

Untuk ke berapa kalinya..sy minta maaf andai ada terasa hati..saya minta maaf.. saya tulis sebab saya sayang saya..sayang anda2..sebab anda semua saudara saya.. teguran/ komplain/ xplanation dan seumpamanya ini bukan bererti sy ini 'tidak pernah' tergolong dalam kalangan itu..tidak! the teguran juga untuk sy sendiri terutamanya..

"Di sekitar Arasy ada menara2 dari cahaya.. Didalamnya ada org2 yang pakaiannya dari cahaya & wajah mereka bercahaya.. Mereka bukan para Nabi & syuhada, hingga para Nabi & syuhada kagum kepada mereka.." Ketika ditanya oleh para sahabat, Rasulullah SAW menjawab, "Mereka adalah orang2 yang saling mencintai krn ALLAH, saling bersahabat kerana ALLAH, saling berkunjung kerana ALLAH & saling memaafkan kerana ALLAH" *salam ukhuwah fillah

Sekian....masa menulis tamat..buah anggur tinggal sebiji, izinkan sy mengundur diri :) eh2x..jap2x!!!

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu menyatakan suatu kebajikan, menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sungguh, Allah maha pemaaf, maha kuasa "
- An Nisa 4:148-149

SAYA MINTA MAAF :)) *I sin, I am human.

"Lihat apa yang dikata..bukan siapa yang berkata"