Wednesday, 3 October 2012

Sekuntum Mawar 'tidak' Berduri


Sepasang 'Sweet Couple' sedang berjalan sambil berpegangan tangan..

GF : Awak.. awak betul ke sayang saya?

BF : Lautan api pun saya sanggup redah demi mencapai cinta awak..

GF : Sayang awak.

Mudir : ehem.. Lautan api pun sanggup diredah? lautan api Neraka sanggup x?

BF : Alamak!! Pengetua plak!

Mudir : kamu berdua pergi ke pejabat saya sekarang!

Di Pejabat Pengetua..

Mudir : Awak betul sayang GF awak tu?

BF: Sayang kot..

Mudir : Adakah lepas sekolah menengah awak akan bernikah dengannya..

BF : Tak.

Mudir : Kenapa?

BF : Sejahat-jahat lelaki, dia tetap akan memilih pasangan yang terbaik. Lelaki tidak mahu berkahwin dengan wanita yang mudah didapati.

Si BF pun beredar dan Si GF masuk ..

Mudir : Awak percaya BF awak akan berkahwin dengan awak?

GF : Saya percaya!!

Duhai kaum Hawa,
Jangan mudah percaya dengan janji palsu..
Jangan mudah percaya dengan kata2 manis
kerana.....
Janji-janji palsu itu akan ditemui kebenaran yang amat menyedihkan..
Kata-kata manis itu akan menjadi pahit dan amat menyakitkan..
Jadilah Sekuntum Mawar Berduri
yang Cantik dipandang,
Namun,
Sukar dicapai disebabkan duri yang mencucuk jari si pemetik..

-sumber saudari seislam-

No comments:

Post a Comment