Saturday, 15 September 2012

Sempurnakah Imanku? dia? dan kamu?


Al-Quran..
Dalam rukun Iman, kita kena beriman dengan Al-Quran..
berkata mengenai Al-Quran, bertanya pada diri..sudah beriman kah diri ini?? dalam surah Al-Anfal ayat kedua..

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman (yang sempurna imannya) adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal"

Astaghfirullahalazim..betapa besarnya impak ayat ini kepada aku..gementarkah hati ini pabila disebutkan nama Allah? rasa bertambahkah iman ini tatkala dibacakan ayat-ayat Al-Quran?? Muhasabah diri sebentar...

"Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran " – Imam Al Ghazali (dzikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin)


Kita Islam, bukan pada nama semata-mata..tapi, itulah hakikatnya yang berlaku pada hari ini.. ramai yang mengaku Islam tapi tidak beramal sebagaimana yang diperintahNya..aku juga pernah dan mungkin masih tergolong dalam itu..aku sedar..aku cuba untuk berubah..tapi, perubahan itu bukan mudah, memerlukan masa..kena sentiasa berdoa memohon hidayah dan taufik daripadanya..hidayah dan taufik apa bezanya??? ada bezanya..nak tahu? tanyalah Pak Cik Google :)
kadang, bibirku keluh pabila 'non-muslim' bertanya kepada diriku mengenai Islam.. 

"mengapa dia tidak menutup aurat, dalam islam kan wajib menutup aurat?"
"perangai dia(org Islam itu) lebih teruk daripada kami"
"pakaian mereka lebih kurang dan kadang lebih teruk dari kami"

Aku tidak berdaya untuk menidakkan apa yg dia katakan..dan tidak sanggup untuk meng'iyakan apa yang dia katakan..tetapi, hakikatnya, dia berkata ada benarnyaa..bukti ada di depan mata..dia tidak bercakap kosong semata-mata..aku akui itu..tapi, tidak semua orang seperti itu..kadang kita lihat luarannya seperti itu, tapi kita tidak pernah mengambil tahu apa di dalamnya..itulah manusia..hidup ini penuh dengan kepura-puraan..kamu tidak akan mengenal seseorang itu UNLESS kamu sudah lama tinggal 'sebumbung' dengannya!

"berkatalah jika perkara yg dikatakan itu baik, diamlah jika perkara yang dikatakan itu tidak baik.. Jaga iman melalui kata-kata yang diiringi oleh hati yang ikhlas kerana Allah SWT :)

Sempurnahkah Imanku? dia? dan kamu? 


No comments:

Post a Comment