Sunday, 5 August 2012

Bercinta Sebelum Nikah : Apa kata Ketua Ulama Sedunia?

"Ada yang kata 'bercinta' boleh. Ada yang kata tak boleh. Mana satu ni?"

"Ada yang kata 'bercinta' dengan niat nak kahwin, boleh. Betulkah?"

"Ada yang kata penting bercinta sebelum kahwin. Ada yang sebaliknya. Mana satu ni?"

Apa Itu Cinta??
Kamus Dewan, Edisi 4 (2007) mendefinisikan bercinta  itu ialah menaruh rasa cinta  dan berasa rindu. Begitu juga Kamus Lisaanul Arab. 
Masyarakat kita pula rata-rata memahaminya sebagai komitmen sepasang kekasih. lebih terperinci, masyarakat akan menamakan seseorang sedang bercinta apabila :
  • Terlalu kerap SMS pasangannya walaupun tiada keperluan.
  • Selalu bergayut di telefon meskipun tiada urusan.
  • Selalu mengatur pertemuan walaupun tiada mahram.
  • Berpegangan tangan.
  • Membonceng motor bersama.
  • Menaiki kereta berdua-duaan kecuali teksi
  • keluar tengok wayang bersama-sama.
  • Keluar menyanyi dan menari.

Jadi apa sebenarnya makna 'Bercinta'?
Mengikut 'manhaj' para ulama yang bijaksana, makna sebenar suatu pengungkapan bukan pada makna sebenar tapi berdasarkan hakikat atau inti pati benda yang dinamakan itu. Kaedah menyebut, " Al-Ibrah bilmusammayaat laisat bil asma." Maksudnya, kita mengambil kira hakikat di sebalik nama, bukannya nama.
   Para ulama tidak mudah terpedaya dengan maksud lafaz andai masyarakat memahami dan menterjemahkan secara berlainan. Contohnya, andai sesuatu perkara itu lafaznya buruk seperti 'hotdog'. Namun hakikatnya baik iaitu daging yang enak. Maka, 'hotdog' dikira baik sebab hakikatnya baik. Contoh yang lain, andai sesuatu perkara itu lafaznya baik seperti 'bunga' atau 'faedah'. Namun hakikatnya, buruk itu riba. Maka 'bunga' atau 'faedah' itu dikira buruk sebab hakikatnya buruk.
      Manakala, andai sesuatu perkara itu lafaznya meragukan seperti 'bercinta'. Hakikatnya ditentukan oleh kefahaman kumpulan sasaran. Berdasarkan pengamatan kasar penulis, rata-rata di Malaysia, orang menyebut lafaz 'bercinta' itu dengan memahami hakikatnya sebagai 'berpacaran. (Sila rujuk "apa  itu Cinta" menurut masyarakat kita) anda rasa, hakikatnya baikkah atau buruk???

faham tak???

Maka, 'bercinta yang dibincangkan di sini, bukan sekadar memiliki perasaan cinta. Itu fitrah. Jika tidak diuruskan dengan panduan wahyu, ia sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. 'Bercinta yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah inti pati atau hakikat bagaimana cara masyarakat menguruskan cinta mereka. Bukankah secara umumnya, lebih menghampiri fitnah? bahkan zina?
Al-Imam Hassan al-Banna apabila ditanya tentang hukum 'bercinta', beliau memberikan jawapan yang bijaksana. Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau, "Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram." 

Apa kata ulama muktabar tentang 'bercinta' sebelum nikah?

Prof, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang terkenal dengan dakwah menyeruh kepada pandangan moderat menerangkan manhajnya, " Menjadi kewajiban ke atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yang dibawa oleh Muhammad SAW, para khulafa' rashidun serta para sahabat Baginda yang memperoleh hidayah, yang telah diarahkan oleh Baginda SAW agar mengikuti sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh, jauh dari cara Barat yang terlalu bebas dab cara Timur yang terlalu ketat."

al-Imam Hassan al-Banna berpesan, "Walaupun seorang lelaki atau wanita mendampingi pasangannya dua puluh tahun sekalipun tetap dia tidak akan mengenalinya. Ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaibannya (zahir dan batin). Selepas berkahwin, barulah keaiban tersembunyi itu akan terserlah." (Hadis al-Sulasa')




-Sumber dari novel "Cinta High Class"-


No comments:

Post a Comment