Saturday, 11 August 2012

Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun..


flexiblenya budak ni tidur...bangun3x!!!
Kita melalui hari-hari kita seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.

Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah anda rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun?

Pernah? Mesti anda bertanya, Kenapa perlu takut untuk tidur, dan menyesal untuk bangun bukan?

Takutlah untuk tidur

Siapa yang memberikan anda nyawa? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah SWT. Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya.

Jadi, apabila setiap kali anda tidur, apakah anda boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? Aha… itu sebabnya, saya mengajak anda untuk takut tidur.

Bayangkan, malam ini anda tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam? Hutang-hutang anda yang belum berbayar? Rakan yang anda khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esoknya anda tidak bangun?

Pernahkah anda, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari? Atau anda tidur, dengan keyakinan 100% anda akan bangun keesokan harinya, lalu anda berkata: “Esok-esok lah taubat apa semua ni”

Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi kematian.

Menyesallah ketika bangun

Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan?

Satu sahaja jawapannya. – Masa –

Jadi, anda bangun pagi saban hari, pernah kah anda berfikir betapa menyesalnya anda meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau anda kumpul segala harta dunia ini, anda tetap tidak akan mampu mengambilnya semula.

Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dsa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.

Pernah kah anda menyesal dengan semalam yang telah berlalu apabila anda bangun?


Kenapa perlu semua ini?
Kenapa perlu takut untuk tidur, menyesal ketika bangun?


Saya sebenarnya hendak anda nampak apa itu kehidupan sebenarnya. Jangan pandang kehidupan kita ini enteng. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah SWT. Maka, sebelum tidur anda muhasabah lah segala perbuatan anda, bila ada dosa bersegeralah taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Anda mungkin tiada esok.

Bila bangun, saya nak anda rasa anda telah membazirkan kehidupan anda semalam. Maka apabila Allah izinkan anda hidup pada hari baru, dengan penyesalan terhadap hari semalam yang telah anda bazirkan, maka anda akan gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. Semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini. Corakkannya sebaik mungkin.

Penutup
Hidup ini, untuk persediaan ke sana. Kenapa kena hargai hidup? Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.

Allah SWT berfirman:
“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” (Surah Ali-Imran ayat 185)

Jangan bazirkan hayat anda. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.


Sumber: http://www.ukhwah.com/

Friday, 10 August 2012

Kucing oh Kucing...

Saya bukanlah diantara PENCINTA KUCING...tapi, tak bermakna saya berada diantara PEMBENCI KUCING.. tak semestinya, sesuatu yang kita TAKUT kita BENCI dan tak semestinya yang kita yang kita SAYANG kita CINTA...kan???
begitu juga kita sebagai hamba ALLAH, kita takut padaNya tapi adakah kita BENCI padaNya?? tidak kan..begitu juga dengan kucing..walaupun kau secomel mana, aku tetap tiada keberanian utk meNyentuhmu...bukan saya benci..tapi, saya takuttt... RUPA paras bukan segala-galanya..

Malam ni, dekat kedai kopi E...traffic jem gara-gara KUCING.. seandainya kucing ini reti nak baca...mesti BANGGA..alahaiii..mohon sekolah untuk kucing seantero dunia ditubuhkan..hahahha!! ramainya pencinta kucing..esok pakat-pakat buat demonstrasi kucing ya... "KAMI PENCINTA KUCING".. yang dulu post pasal aduan kucing tu diam menyepi..tak boleh salahkan dorang 100% wahai pencinta kucing..kita sebagai manusia kena saling memahami..saling hormat menghomati dan saling berbelas kasihan sesama makhluk..dan sentiasalah "BERSANGKA BAIK"

Diantara gambar-gambar kucing di asramaku...
kucing ni siap upload gambar dalam fesbuk kot..
dah moden dah kucing sekarang..pandai main FB..TWITTER...
HAHAHHAHAH :D

kucing : sampai hati korang buang saya..(dalam keadaan menangis)
sebab tu saya tak heran, kenapa manusia berani buang bayi sendiri..
manusia : wahai kucing, bersangka baiklah..insyaAllah, awak akan pindahkan
di suatu tempat yang lebih baik..sama-sama kita berdoa ya :)
A : Kucing ni tak tido atas katil pun..
B : Dia tidur atas katil org yang bniat jahat je..
"Apa salahku padamu sampai kau sanggup buangku ke Pantai Sabak?
Nak suh pergi latihan renang ke suh p tanding kat Olympic 2016 kat Rio?" Katherina Si Comel.
kucing blok A tengah merenung masa depan...
kucing : kemanalah aku nak mencari rezeki pah ni??

let me in!!!! please...i'm begging u....
Alahai..esok..bagaimana agaknya nasibmu wahai kucing..maafkan saya..tak mampu untuk berbicara..saya bukan diantara PENCINTA KUCING bahkan bukan PENCIPTA KUCING.. saya berpegang kepada satu prinsip.."sebelum berbicara kena bertindak".. tapi, manusia sekarang lebih memilih untuk BERBICARA..tapi, TIADA TINDAKAN.. how come? kita berbicara kena selari dengaan tindakan..apa kata, kita semua terus DIRECT 2 THE POINT! maksudnya, fikirkan jalan penyelesaian utk kucing-kucing ni..huhhhh! macam mana ya??? kalau kucing ni susah nak berubah..kita sebagai manusia lah yang kena berubah.. contoh, kalau kucing tu suka ganggu..masuk dalam bilik..kencing.. apa kata, kita pastikan pintu bilik kita sentiasa TERTUTUP..selain itu.. kita boleh juga biasakan kucing2x ni bagi makanan kat satu tempat..mungkin pada awalnya, mereka tak biasa..tapi, lama kelamaan..mereka akan TERBIASA.. Kesimpulannya, kucing dan manusia kena ada satu connection..saling memahami dan saling bantu membantu..


Cadangan untuk DEMONSTRASI esok!! 
"KAMI PENCINTA KUCING"

im sory kucing..sy hanya mampu bdoa utk kesejahteraan kamu d tempat baru..take care!
kucing A : u tak tau ka? esok petang OPS KUCING..
kucing B : OPS KUCING tu apa???
kucing A : =='
HENTIKAN OPS KUCING!!!!
Siapalah saya pada kamu tidak penting..tapi, siapa kamu pada saya yang penting..
(dalam keadaan menangis)

Kenapa saya takut kucing??? *lari topik

saya takut sebenarnya dengan kucing ni..tapi, kucing ni comel kan? kenapa nak takut Julianah?? hmm...dah lumrah manusia kot..heheh..saya harap, ada teman pencinta kucing..so, dia bolehlah memenuhi apa yg saya tak suka... dalam nak memilih teman ni..kebanyakan orang suka yang SEHATI SEJIWA dengan dorang..tapi, tak dengan saya.. saya lebih suka seseorang yang sehati tapi tak sejiwa..maksudnya, saya nak apa yang tiada dalam diri ini, ada pada dia..faham tak? bukan ertinya, saya ada mata..dia kena tiada mata..saya ada hati dia kena tiada hati..saya tiada hati dia kena ada hati..saya tiada otak dia kena ada otak..TAKKK! lets fikir secara matang n rasional..hahah! matang ka? hmm..maksudnya di sini..bila saya tiada sesuatu, dia boleh beri sesuatu..sweet kan? ehehe..perasan! saya dengan kawan-kawan bolehlah saling memenuhi antara satu sama lain.. baru SEMPURNA :) tak gitu???


TERLUPA SEJENAK.......
alahaiiii...kita duk sibuk fikir pasal kucing..lupakah SAYA, kamu dan dia pada saudara seislam kita kat ROHINGYA, SYRIA, PALESTIN, BURMA dan ..... yang lebih memerlukan bantuan kita???? astaghfirullalazim....meh jenguk sebentar mengenai keadaan kat sana..sama-sama kita berdoa...:)


"Bangunlah Dunia Islam...bangunlah seluruh umat Islam... Syria, Palestin, Kashmir, Chechnya, Kosovo, Bosnia dan kini Rohingya Myanmar... satu persatu negara umat Islam dilanyak...kita berada di peringkat akhir zaman yang mana dunia disekeliling kita penuh fitnah.. Ada umat Islam dan pemimpin Islam tidak boleh membezakan antara baik dan buruk.... Di manakah kuasa politik umat Islam... Di manakah kuasa ekonomi umat Islam, di manakah kuasa keilmuan umat Islam,.. Dimanakah semangat persaudaraan sesama umat Islam.. Siapakah yang perlu menolong umat Islam? Yang paling-paling terutamanya mestilah Umat Islam sendiri lah yang menolong umat Islam... dan pemimpin umat Islam...Teruskan berdoa kepada Allah swt..."

p/s : maafkan saya sekiranya menimbulkan kesensitifan dalam diri anda mengenai soal kucing.. ambil yang jernih buang yang keruh..#sekian

Wednesday, 8 August 2012

Tiada Panggilan Yang Lebih Penting...

Aku sendiri lagi tapi kini dengan 'Have A little Faith' di tangan. Mungkin secara fizikalnya, aku sedang membaca, namun, fikiran aku jauh menerawang memikirkan kisah pahit manis kehidupan.

Dari jauh aku terlihat seorang gadis yang berpakaian menjolok mata melemparkan pandangannya ke arah tasik buatan yang menjadi pusat universiti swasta ini. Sambil itu, matanya asyik mengerling iPhone di tangan. Menunggu seseorang atau suatu panggilan, kah? Mungkin.

Perhatian aku tertumpu pula kepada seorang lelaki di kiri ku yang sedang khusyuk membaca tafsir Al-Quran. Lama aku memerhatikan jejaka itu. Mukanya bersih, sedap mata memandang. Bunyi bising di sekeliling langsung tidak diendahkan. Berhati-hati dia menutup tafsir itu dan meletakkannya di atas meja lantas melihat jam di tangan. Menunggu seseorang juga, kah? Ya, mungkin.

Aku tersenyum kembali menatap buku yang sedang dibaca sebentar tadi. Leka membaca, aku disedarkan dengan bunyi laungan azan menandakan masuknya waktu solat fardhu Asar. Perhatian kembali tertumpu kepada dua hamba Allah tadi. Kedua-duanya bangun dan masing-masing berjalan ke arah surau universiti. Aku tersenyum lagi tapi kali ini dengan senyuman penuh makna.

Subhanallah, hebat sungguh panggilanMu itu. Subhanallah, besar sungguh nikmat panggilanMu itu. Tidak kira siapa pun, bila, di mana, panggilan itu pasti dan mesti menjadi prioriti utama kami sebagai hambaMu. Berkopiah atau berpakaian menjolok mata bukan alasan untuk mengabaikan panggilan itu.

Panggilan agung yang mengajak kami sujud kepadaMu. Panggilan agung yang mengajak kami untuk berdoa dan mengucapkan kata syukur atas segala nikmatMu. Panggilan agung yang mendekatkan diri kami dengan Mu. Panggilan yang agung yang perlu dijawab demi meraih cintaMu yang satu. Panggilan agung yang mengingatkan kami tentang kehadiranMu yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Adil.



- Artikel iluvislam.com

Sunday, 5 August 2012

Bercinta Sebelum Nikah : Apa kata Ketua Ulama Sedunia?

"Ada yang kata 'bercinta' boleh. Ada yang kata tak boleh. Mana satu ni?"

"Ada yang kata 'bercinta' dengan niat nak kahwin, boleh. Betulkah?"

"Ada yang kata penting bercinta sebelum kahwin. Ada yang sebaliknya. Mana satu ni?"

Apa Itu Cinta??
Kamus Dewan, Edisi 4 (2007) mendefinisikan bercinta  itu ialah menaruh rasa cinta  dan berasa rindu. Begitu juga Kamus Lisaanul Arab. 
Masyarakat kita pula rata-rata memahaminya sebagai komitmen sepasang kekasih. lebih terperinci, masyarakat akan menamakan seseorang sedang bercinta apabila :
  • Terlalu kerap SMS pasangannya walaupun tiada keperluan.
  • Selalu bergayut di telefon meskipun tiada urusan.
  • Selalu mengatur pertemuan walaupun tiada mahram.
  • Berpegangan tangan.
  • Membonceng motor bersama.
  • Menaiki kereta berdua-duaan kecuali teksi
  • keluar tengok wayang bersama-sama.
  • Keluar menyanyi dan menari.

Jadi apa sebenarnya makna 'Bercinta'?
Mengikut 'manhaj' para ulama yang bijaksana, makna sebenar suatu pengungkapan bukan pada makna sebenar tapi berdasarkan hakikat atau inti pati benda yang dinamakan itu. Kaedah menyebut, " Al-Ibrah bilmusammayaat laisat bil asma." Maksudnya, kita mengambil kira hakikat di sebalik nama, bukannya nama.
   Para ulama tidak mudah terpedaya dengan maksud lafaz andai masyarakat memahami dan menterjemahkan secara berlainan. Contohnya, andai sesuatu perkara itu lafaznya buruk seperti 'hotdog'. Namun hakikatnya baik iaitu daging yang enak. Maka, 'hotdog' dikira baik sebab hakikatnya baik. Contoh yang lain, andai sesuatu perkara itu lafaznya baik seperti 'bunga' atau 'faedah'. Namun hakikatnya, buruk itu riba. Maka 'bunga' atau 'faedah' itu dikira buruk sebab hakikatnya buruk.
      Manakala, andai sesuatu perkara itu lafaznya meragukan seperti 'bercinta'. Hakikatnya ditentukan oleh kefahaman kumpulan sasaran. Berdasarkan pengamatan kasar penulis, rata-rata di Malaysia, orang menyebut lafaz 'bercinta' itu dengan memahami hakikatnya sebagai 'berpacaran. (Sila rujuk "apa  itu Cinta" menurut masyarakat kita) anda rasa, hakikatnya baikkah atau buruk???

faham tak???

Maka, 'bercinta yang dibincangkan di sini, bukan sekadar memiliki perasaan cinta. Itu fitrah. Jika tidak diuruskan dengan panduan wahyu, ia sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. 'Bercinta yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah inti pati atau hakikat bagaimana cara masyarakat menguruskan cinta mereka. Bukankah secara umumnya, lebih menghampiri fitnah? bahkan zina?
Al-Imam Hassan al-Banna apabila ditanya tentang hukum 'bercinta', beliau memberikan jawapan yang bijaksana. Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau, "Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram." 

Apa kata ulama muktabar tentang 'bercinta' sebelum nikah?

Prof, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang terkenal dengan dakwah menyeruh kepada pandangan moderat menerangkan manhajnya, " Menjadi kewajiban ke atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yang dibawa oleh Muhammad SAW, para khulafa' rashidun serta para sahabat Baginda yang memperoleh hidayah, yang telah diarahkan oleh Baginda SAW agar mengikuti sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh, jauh dari cara Barat yang terlalu bebas dab cara Timur yang terlalu ketat."

al-Imam Hassan al-Banna berpesan, "Walaupun seorang lelaki atau wanita mendampingi pasangannya dua puluh tahun sekalipun tetap dia tidak akan mengenalinya. Ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaibannya (zahir dan batin). Selepas berkahwin, barulah keaiban tersembunyi itu akan terserlah." (Hadis al-Sulasa')




-Sumber dari novel "Cinta High Class"-


Friday, 3 August 2012

"Kami Couple, tapi Islamic Way.."


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Sakinah dan Muhammad. Syafiq dan Sakinah sama-sama belajar di SMA Permai. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Sakinah. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Sakinah sebab... nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, mereka mendapat tempat di universiti yang sama. Syafiq sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Sakinah tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Sakinah kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Sakinah sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Sakinah. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Sakinah pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...


Kisah cinta islamik ni lebih baik jika dibanding dengan cinta-cinta kat luar tu..Apapun, Yang HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya.. 

p/s : peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya. Wallahua'lam.