Monday, 30 July 2012

13 Perkara Perempuan Perlu Jaga?


Patuhkah SAYA, anda dan dia dengan semua RULES ini??


1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.




10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.



12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.



13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


-penpatah.blogspot.com-

Thursday, 26 July 2012

Allah kan ada?



Bila manusia berkata yang tidak baik tentang kita…
Memang kita akan terluka.
Memang kita akan terasa.
Memang kita akan sakit.
Memang kita akan merana.
Memang kita akan menderita.


Tapi, cuba fikir satu persatu.
Adakah apa yang mereka katakan itu seratus peratus benar tentang kita?
Enak sangatkah ‘cerita’ mereka itu sehingga orang lain akan mempercayainya membuta tuli?
Sejauh mana kebenaran dalam kata-kata yang tidak baik itu terhadap kita?
Rasa-rasa, sampai bila orang-orang sebegitu akan bertahan untuk terus dan terus memperkatakan tentang kita?
Mereka itu tiada salah ke sehingga asyik melihat salah orang lain?

Mereka itu adalah manusia. Manusia adalah hamba Allah. Tiada satu manusia pun yang sempurna melainkan Baginda SAW.
Manusia ini sering diliputi dosa sama ada disedari atau tidak disedari, disengajakan atau tidak sengaja.
Dan setiap manusia itu memang ada kekurangan dan kelemahan. Begitu juga dengan kelebihan.
Tapi, kekurangan itu perlu dibaiki. Kelebihan itu perlu disyukuri. Ingat sentiasa bahawa kekurangan manusia perlu kita terima.

Kerana apa? Kerana kita manusia. Kita semua adalah sama. Taraf kita sama. Takkan melebihi sesiapa.
Terima kekurangan itu. Jalan terbaik adalah berdiam diri. Dan doakan mereka-mereka itu.
Semoga Allah melimpahi nur dan hidayahNya untuk mengupgrade kekurangan tersebut ke arah kebaikan.

Itu kisah ‘mereka yang lain.’ Kisah kita? Kita yang menghadapi kata-kata tidak baik itu, bagaimana pula?
Muhasabah diri semula. Apa yang kita buat selama kita hidup ini, sebab orang-orang yang berkata itu ke?
Atau sebenarnya, kita buat sesuatu itu kerana Allah semata-mata?
Hidup kita ini berpaksikan kepada siapa sebenarnya? Allah atau manusia?
Kita ini ingin dapatkan redha Allah atau redha manusia?
Kalau kita nak berubah sesuatu ke arah kebaikan, kita perlu minta kekuatan dari Allah atau hamba Allah?
Niat kita sepanjang hidup ini adalah apa? Think deeply.

Allah yang mencipta kita. DIA yang menghidupkan roh kita. DIA yang berkuasa atas sesuatu. DIA Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi. DIA adalah Tuhan kita. Hanya DIA yang layak disembah.
Jadi, alasan apa yang kita ingin gunakan untuk melakukan sesuatu tanpa berniatkan Lillahi Ta’ala?
Inna a’malu binniat – Sesungguhnya, segalanya bergantung kepada niat. Apa yang kita lakukan hendaklah dipasang dengan niat kerana Allah. Apa-apapun, yang pertama tetap Allah.


“Kenapa perlu kecewa apabila ada orang negatif dengan kita? Apakah kita bekerja kerana mereka?” – Hilal Asyraf

Apa yang kita dapat melalui kata-kata penulis terkenal ini? Fikir, tanya hati kita sendiri. Tujukan persoalan itu terhadap diri kita sendiri. Hidup kita ini perlu sentiasa bermuhasabah. Fikir, fikir dan fikirkan sesuatu itu secara positif dan berhikmah.

Pujuklah hati. Jangan biarkan hati itu terus merana kerana kata-kata tidak baik dari mereka.
Sabarlah. Allah itu bersama orang-orang yang sabar.
Setiap satu yang berlaku pasti ada hikmah. Hikmah itu rahsia DIA.
Kita mencari dan menanti dengan doa. Sesungguhnya, doa itu senjata mu’min.
Ingatlah. Kita lebih tahu siapa diri kita. Tapi, mereka tidak.
Kita lebih faham diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih kenal diri kita. Mereka tidak.
Dan yang paling penting, Allah itu lebih memahami kita. DIA faham kita lebih daripada apa yang kita faham tentang diri kita.
Jadi, perlukah kita putus asa atas rahmat Allah?
Allah itu ada. Jangan sia-siakan kewujudan Tuhan Yang Maha Adil itu.
Kita hamba DIA. Serahkanlah diri padaNya.
DIA Pengubat Kelemahan. DIA jugalah Pemberi Kegembiraan.
Ketenangan itu ada pada DIA. Perlu ke kita untuk tidak mencari?

“If Allah is your friend, who dares to be your enemy?”

Pujuklah hati kita dengan katakan ‘Allah kan ada?’ ^_^

Wallahualam.


-http://www.ilmi-islam.com-

                                                             "SMILE FOR SHARE"


Tuesday, 24 July 2012

Cinta Itu Fitrah, Janganlah Kamu Mengubah ia Menjadi Fitnah!


Sila jaga jarak anda!

Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).

budak zaman sekarang.....

Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.” Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina. Ingat pesan Nabi,
فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
(رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.


Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.



-Ustazah Fatimah Syarha-

Sunday, 22 July 2012

Jika Cinta, apa Buktinya?

Ya, kita ‘tahu’ kita perlu mencintai Allah SWT. Tapi adakah kita ‘faham’ dan ‘jelas’ samada kita sudahpun mencintai Allah SWT ataupun belum? Apakah bukti kita mencintai Allah SWT? Mari ikuti ‘checklist’ berikut untuk mengenalpasti sejauh mana kita meletakkan Allah SWT menempati cinta paling utama di hati kita.

JAUHI AKU, DEKATI WALIKU...

1. Segera Menyahut Call Daripada-Nya.
“Allahu akbar! Allahu akbar!” Allah SWT memanggil. Tika itu kita sedang asyik menonton rancangan kegemaran. Apa selalunya reaksi kita pada panggilan-Nya?
“Di atas nama cinta pada yang selayaknya…kunafikan yang fana…” Melodi handphone pula berirama. Tika itu kita sedang sibuk studi sebab esok final exam. Kita tangguhkan atau kita segera mengangkatnya?
Bukti cinta, letakkanlah Kekasih Agung sebagai prioriti. Letakkan keinginan kita sama dengan keinginan Kekasih, tidak bertentangan. Jika Allah SWT ingin berjumpa, tunjukkanlah kita juga ingin berjumpa Allah SWT. Malah, apa yang kita inginkan pun ditanya kepada Allah, bukan berasal daripada diri kita sendiri.
Misalnya, keinginan memilih pakaian. Wajarkah orang yang cinta kepada Allah SWT berkata begini: “Aku tak nak pakai tudung ke, nak pakai jeans ke, tak pakai apa-apa ke, suka hati akulah.” Sudahkah ditanya kepada Allah SWT, pakaian bagaimanakah yang Allah SWT suka? Jika Allah SWT diletakkan sebagai kekasih, tentulah kesukaan-Nya yang akan kita utamakan.
Orang yang egois, suka dirinya disanjung dan dipuja tapi tidak suka menyanjung dan memuja. Dia mahukan Allah SWT mengikuti keinginannya tetapi dia tak suka mengikuti keinginan Allah SWT, enggan melakukan apa yang Allah suruh. Benarkah kita cinta kepada Allah SWT tatkala kita memaksa Dia memakbulkan doa-doa kita sedangkan hidup seharian kita asyik bergelumang dosa tanpa taubat?


2. Memberi Perhatian Kepada SMS dan Email Daripada Allah.
Kecintaan Rasulullah SAW dan para sahabat nampak jelas buktinya apabila mereka sangat cintakan al-Quran. Al-Quran itulah SMS dan Email daripada Allah SWT supaya kita perhatikan selalu.
Generasi awal membudayakan al-Quran dalam hidup seharian. Apabila saling bertemu, mereka suka minta dibacakan al-Quran untuknya.
Rasulullah SAW pernah meminta Ibnu Abbas membacakan al-Quran untuknya. Kata baginda, “Bacakan al-Quran kepadaku.”
Ibnu Abbas lalu membaca sehingga ke surah An-Nisa’: ayat 41. Rasulullah SAW minta dicukupkan kerana tidak tahan menanggung air mata sebak. (Rujuk HR BukhariMuslim).
Suatu malam, Rasulullah SAW melewati rumah Abu Musa al-Asya’ri yang sedang membaca al-Quran dalam solat malam, Rasulullah terus terpegun dan menangis. (HR BukhariMuslim).
Suatu saat Abu Musa al-Asya’ri datang kepada Umar. Umar berkata,”Ingatkan kami kepada Tuhan kami.” Lalu al-Quran dibacakan. Umarpun menangis.
Jadi, jika benar kita cintakan Allah, cintailah juga kalam-Nya. Ajaklah kawan-kawan kita membudayakan al-Quran. Biar al-Quran menjadi perbualan harian dan mimpi malam kita. Jadikan kerinduan menatap al-Quran lebih mendalam daripada kerinduan menatap sms, email dan facebook.


3. Memandang MMS-Nya Selalu.
Memandang MMS Allah? Aik, macam mana tu? Ya, kita tidak dapat memandang zat Allah yang Maha Tinggi di dunia. Namun, kita masih boleh memandang ‘kebesaran-Nya’.
Allah SWT sudah hantar MMS pada kita. Lihatlah pesona alam yang menghijau, lihatlah gumpalan awan yang memukau, lihatlah gelora laut yang membiru dan lihatlah kehidupan yang penuh ranjau. Semuanya membentangkan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Penyayang.
Semakin direnung, semakin diri terasa kerdil. Tatkala diri terasa kerdil, akan timbul rasa pergantungan pada Yang Maha Besar. Tika rasa ingin memandang-Nya makin kerap menjengah hati, ia suatu bukti kita semakin cinta kepada Ilahi.


4. Malu-malu Saat Dating dengan-Nya.
Anda pernah bertembung mata dengan seseorang yang dikagumi agama dan akhlaknya? Rasa malu tak? Biasanya, hanya terdaya memandang sepintas lalu sahaja.
Anda pernah dirisik atau bertunang? Bagaimana perasaan saat direnung bakal ibu mertua? Hmm, rasa ingin tunduk sampai mencium lantai, kan?
Bagaimana pula saat berhadapan dengan ‘orang besar’ atau Raja? Sanggupkah kita membiarkan mata melilau ke mana sahaja? Sudah tentu kita memfokuskan perhatian kepadanya dengan kepala yang sedikit menunduk. Betul tak?
Kenapa? Kerana dorongan rasa malu dan kerana kita meletakkan mulia pada kedudukan orang yang memandang kita itu. Allah SWT pernah memuji kesempurnaan adab kekasih-Nya, Muhammad SAW pada malam israk mi’raj. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Penglihatanya (Muhammad) tidak berpaling (fokus) dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya (tidak memandang dengan tajam).” (An-Najm: 17).
Bukankah saat solat itu adalah saat kita dating malah kadang kala itulah saat kita berkhalwat dengan Allah SWT? Jika benar kita cintakan Allah SWT, buktikan dengan menjaga adab memandang di dalam solat. Rasulullah SAW melarang kita solat sambil memandang ke atas. Berdiri di hadapan Allah SWT, kita mestilah berdiri tegap, menundukkan kepala dan memfokuskan pandangan ke tempat sujud.
Hakikatnya, Allah SWT bukan sahaja memandang kita di dalam solat, bahkan setiap saat. Sama-samalah kita menjaga rasa malu pada-Nya sebagai bukti kita cintakan Dia.


5.Sentiasa rindu dan ingat pada -Nya.
Wujudkah cinta tanpa rindu? Jika benar kita mencintai Allah SWT sebagai cinta agung, Dialah yang sepatutnya paling kita rindui.
Bagaimana merindui suatu yang kita tidak tahu zat-Nya? Bersabar dan berharaplah saat-saat indah dapat menatap wajah-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Barangsiapa rindu dan berharap pertemuan dengan Allah,
maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang.” (Al-Ankabut: 5).
Rindu pada Allah SWT terubat seketika apabila kita menghadiri majlis ilmu yang mentauhidkan Allah SWT. Rindu pada Allah SWT juga terbias pada rindukan al-Quran, rindukan tahajjud, rindukan orang-orang soleh dan rindukan kebenaran.


6.Banyak Menyebut-nyebut Nama-Nya.
Apakah topik perbualan harian kita dengan kawan-kawan? Soal artis? Soal drama TV? Soal pelajaran? Soal si dia?
Kalau kita cintakan Allah SWT, apa kata, kita sama-sama jadikan Allah SWT sebagai perbualan harian. Ingin berbicara topik apa sahaja, pastikan Allah tidak lekang di bibir dan dikaitkan bersama. Mudah sahaja, contohnya:
“Alhamdulillah, Allah izin saya dapat juga A- dalam subjek ni.”
“Dia sedang mengumpat saya! Tak mengapalah, Allah ada. Allah akan bela saya.”
Selalunya, dalam kesusahan, atau tika ditimpa bahaya sahaja, orang mudah kembali ingat pada Allah SWT. Beruntunglah orang yang sering mengingati Allah SWT di saat senang, nescaya Allah SWT akan mengingatinya di saat susah.
Ingatan pada Allah SWT terzahir juga pada banyaknya zikir. Ada 4 tingkat zikir menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:
1) Tertinggi: Berzikir dengan lidah dan hati yang sama-sama merasai. Hati lebih-lebih lagi menikmati.
2) Berzikir dengan lidah dan hati tapi tidak merasai.
3) Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.
4) Berzikir dengan lidah sahaja, hatinya lalai.
Samada zikir kita di tingkat pertama atau keempat, Allah SWT tidak akan mempersiakan setiap zikir hamba-Nya ini melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah SWT menghargai setiap rindu dan ingatan kita pada-Nya. Adakah kita juga menghargai Dia?


7. Bersabar dengan Ujian Allah
Lumrah cinta akan ada ujian. Ujian itu bagi mengenalpasti setakat mana dalamnya cinta. Kadangkala kita melalui beratnya ujian, tidak tertanggung rasanya. Ketahuilah, seberat manapun ujian kita, kita tidak pernah diuji supaya menyembelih anak sendiri atau meninggalkan insan tercinta di padang sahara. Kita juga belum lagi diuji dengan lemparan batu, sanak-saudara memboikot dan membenci atau berperang menentang musuh.
Ujian-ujian yang besar ini menjadikan para Nabi istimewa di mata Ilahi. Jadi, kalau benar kita cinta pada-Nya, usah mengharapkan hidup tanpa ujian. Usah juga meminta-minta ujian yang lebih besar . Berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi apa jua ujian dari-Nya. Dia lebih tahu ujian mana yang layak bagi kita. Apa yang perlu diingat, Allah SWT sengaja menguji kita untuk mengenal dan membuktikan siapa yang lebih mencintai Dia.


8. Mencintai Segala Sesuatu yang Berkait dengan Allah.
Jika sudah terpikat, melihat atap kolej si diapun sudah mengubat. Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengannya memberi rasa debaran di dada. Malah, perkara yang ada kaitan itupun terasa istimewa. Begitulah lumrah cinta.
Apakah pula bukti kita terpikat pada cinta Allah SWT? Sudah tentu apabila kita mencintai sesuatu yang ada kaitan dengan-Nya, itu bukti kita ingin lebih akrab dengan-Nya. Contohnya kerinduan muslim kepada Kaabah kerana Kaabah adalah baitullah (Rumah Allah). Maka, Kaabah juga dirasakan istimewa. Itu suatu bukti cinta.
Jika masih belum mampu meluah rindu di Kaabah, manfaatkan rumah-rumah Allah yang berhampiran kita. Jangan biarkan masjid dan surau sunyi tanpa kunjungan para pencinta. Buktikanlah cinta kita pada-Nya.


9 .Luapan Perasaan Luar Biasa Saat Berhubungan dengan Allah. (Khusyuk).
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sungguh, orang-orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, bila dibacakan ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakkal.”(Al-anfal:2).
Mendapat khusyuk amat sukar. Namun kita masih mampu berusaha mendapatkannya. Semoga amalan kita tika ini lebih baik daripada yang tadi. Sentiasa lakukan yang lebih baik untuk mencapai yang terbaik.


10. Cemburu
Cemburu dan cinta tidak dapat dipisahkan. Tanda cinta kepada Allah SWT, kita akan cemburu apabila ada orang yang lebih mencintai kekasih kita hingga kekasih kita juga lebih cinta kepadanya. Ianya cemburu yang positif bukan cemburu yang dibiarkan bertukar menjadi fitnah.
Cemburulah kepada orang yang lebih berilmu, ulama’, dan orang yang lebih banyak beramal. Bukan cemburu kosong tapi dalam rangka untuk mencontohi mereka. Dalam solat pula, cemburulah kepada orang yang solatnya lebih awal waktu, dapat berjemaah, dan solatnya lebih khusyuk kerana dia lebih mendapat perhatian Allah SWT ketika itu.


11. Berusaha keras meraih redha Allah.
Seterusnya, bukti kita mencintai Allah SWT ialah apabila kita sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai redha Allah SWT. Ada 3 kondisi pencinta menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:
1)Berat hati untuk mencintai namun dia memaksakan diri.
2)Cinta makin menguat dan dia patuh.
3)Cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.
Cinta kita kepada Allah di tahap mana? Apapun tahapnya, mulai saat ini, buktikanlah kepada Allah SWT, kita sangat cinta pada-Nya. Jom!



-Ustazah Fatimah Syarha-

Saturday, 21 July 2012

Bimbangkan Soalan atau Jawapan?

tangan atas bahu..mata pandang atas..ada aku kesah??
“Ustaz, macam mana nak buat kalau kawan-kawan non Muslim itu nanti tanya kita soalan, kita tak boleh jawab? Ustaz ada tips?”, tanya seorang pelajar yang menjadi peserta program kendalian saya.

“Kamu risau tak dapat memberikan jawapan kepadanya, atau kamu risaukan diri kamu yang tidak mengetahui jawapan tentang agama kamu sendiri?’, saya menjawab dengan pertanyaan.

“Err… dua-dua kot”, katanya.

“Mana yang harus diselesaikan dulu?”, saya menyambung pertanyaan.

“Orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak akan dapat memberi sesuatu itu!”, jawabnya berfalsafah.

“Aha… macam pernah dengar aje ayat tu!”, saya ketawa.

“Baca kat blog ustaz la!”, balas pelajar itu.

Benar, kerunsingan yang diulang-ulang pelajar sepertinya setiap kali saya menyampaikan ceramah di dalam program pra-pelepasan tidak banyak berubah. Setelah 15 tahun bergelumang dengan dunia siswazah, khususnya mereka yang akan ke luar negara, saya dapati persoalan-persoalan di benak mereka tidak banyak berbeza. Masih berputar pada isu yang sama.

Salah satunya adalah kebimbangan diri terhadap kawan-kawan non Muslim yang bakal menjadi rakan sekuliah mereka nanti. Bimbangkan soalan, bimbangkan pertanyaan.

Ironinya, mereka datang dari sebuah negara majmuk seperti Malaysia, tetapi hanya khuatirkan persoalan dari rakan non Muslim, apabila meninggalkan Malaysia. Apakah tiada soal jawab yang sama di negara kita?

POSITIF ATAU NEGATIF

Kebimbangan seperti ini boleh jadi negatif dan boleh juga jadi positif.

Negatifnya, jika pelajar ini bimbang tidak dapat menjawab, hanya kerana dirinya sudah terbiasa mampu menjawab semua soalan. Justeru sudah biasa juga dianugerahkan A bersusun-susun semenjak UPSR hingga A-Levels. Kesemua soalan yang sudah dijawab itu, adalah soalan untuk memuaskan kehendak peperiksaan. Tetapi timbul kebimbangan, kerana kini soalannya bukan untuk peperiksaan lagi.

Soalan yang mencabar kepercayaan diri sendiri.

Positifnya pula ialah, kebimbangan itu boleh menjadi pendorong yang betul untuk para pelajar ini menambah kefahaman mereka tentang Islam yang mereka anuti selama ini.

“Kalian tidak boleh pergi ke luar negara dengan membawa Islam warisan. Kalian mesti berIslam dengan Islam pilihan”, saya tidak jemu mengulang ayat ini kepada mereka.

Islam pilihan adalah Islam kefahaman hasil pertanyaan dan jawapan. Anggapkan sahaja soalan-soalan yang bakal ditanya oleh rakan-rakan non Muslim itu nanti sebagai pertanyaan untuk menilai Islam diri kita sendiri. Realitinya, kita selalu tidak tahu apa yang kita tidak tahu!

JAWAB DENGAN SIKAP

“Habis, kalau ada yang asak kita dengan soalan kenapa Islam ini agama yang mempromosikan keganasan, nak jawab macam mana ustaz?”, masih belum hilang resah pelajar ini.

“If you want to deliver a message, be the message!”, jawab saya kepadanya.

“Macam mana tu?”, tanyanya lagi.

Menjawab dengan amalan dan sikap, lebih berkesan dari perdebatan dan cakap.

Islam menjadikan Muslim ganas, itu tuduhan yang dilemparkan. Anda sebagai seorang Muslim, yang berpegang dengan Islam, buktikan sahaja dengan diri sendiri yang Muslim dan beragama Islam, adakah anda ganas?

Syarat kaedah ini adalah, pelajar itu mestilah seorang Muslim yang komited dengan Islam. Komitmen dirinya sebagai Muslim kepada Islam, solatnya, pergaulannya, pemakanannya, pakaiannya, pemikirannya, akademiknya, berserta dengan bahasa dan akhlaq dirinya, kesemua itu adalah penjelasan praktikal tentang Islam dan Muslim. Lalu pergaulan seorang Muslim yang komited dengan Islam, bersama rakan-rakan non Muslim, apakah ada apa-apa petanda keganasan pada dirinya?

Jawab sahaja dengan perbuatan.

Tentu sekali jika pelajar ini tidak mengamalkan Islam, kelakuan bagai terdesak sekali mahu menjadi Barat hingga keparat, dirinya tidak dapat membuktikan apa-apa tentang Islam dan Muslim. Bahkan dirinya menjadi fitnah kepada agama Islam.

Kembali, orang yang tiada sesuatu, tidak dapat memberikan sesuatu itu.

Perbualan kami menjadi semakin rancak. Memang pelajar Malaysia ini ada satu trend, mereka amat segan dan malu bertanya di dalam sesi pertanyaan. Tetapi banyak pula soalannya selepas majlis selesai!

PELUANG MENAMBAH ILMU

Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara memang mudah menjadi peluang untuk seseorang itu menambah nilai pada keIslaman dirinya. Setelah selama ini hidup bagai ayam bertelur di padi, hidup dalam suasana di rantau orang menjadikan kita lebih menghargai Islam itu sendiri.

Namun kesedaran untuk menambah ilmu ketika berada di luar negara mesti dipandu. Kepelbagaian aliran dan kemudahan akses kepada segalanya, sama ada bertindak menjadikan seorang perantau itu cerdas beragama, atau mungkin sahaja keliru hilang arah tuju.

Inilah yang banyak saya tekankan di dalam modul Fiqh of Travellers yang saya kendalikan. Biar pun pelajar lebih eager untuk tahu tentang praktis fiqh di bahagian kedua, sesungguhnya apa yang dibincangkan di dalam modul 1, itulah asas yang mesti dibekalkan untuk keperluan jangka panjang.

TAHU HUJUNG PANGKAL ILMU

Kefahaman tentang agama perlu distrukturkan kembali. Saya menggunakan pendekatan konsep INPUT-PROSES-OUTPUT untuk menampakkan kembali kepada peserta ‘rupa’ agama mereka. Hal ini sangat penting kerana penambahan ilmu tentang Islam secara tidak tersusun akan menjadikan pelajar-pelajar ini haru biru.

Bayangkan, tatkala kemudahan akses maklumat menjadikan mereka boleh campur tangan di dalam perbahasan tentang Syiah atau tidak Syiahnya ilmuan seperti Ibnu Ishaq dan Imam al-Thabari, pelajar ini terlupa melengkapkan diri mereka dengan kefahaman apakah kitab yang dianggap sebagai masdar (premier source) dan marja’ (secunder source). Tatkala mencabar kesahihan saintifik al-Quran tentang isu bilangan hari yang banyak disebut di dalam al-Quran, pelajar ini tidak pernah pun belajar tentang prinsip-prinsip Tafsir, maksud-maksud kepada bilangan di dalam al-Quran dan yang seumpama dengannya.

Memahami tentang input-proses-output dalam beragama, akan membantu pelajar ini melihat apakah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan INPUT, apakah ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan PROSES dan dengan itu, mereka akan faham dari mana suatu hukum, tafsiran ayat dan prinsip Islam itu muncul.

MEMBETULKAN SOALAN

“Macam mana kalau ada yang ajak berdebat tentang Jesus?”, tanya pelajar itu lagi.

“Betulkan soalannya”, saya menjawab.

Dalam soal jawab, jangan kita terlalu cepat mahu memikirkan tentang jawapan. Ada sahaja kemungkinan seseorang itu bertanya dengan soalan yang salah, justeru sulit sekali untuk jawapan yang betul diberikan. Contoh pembetulan soalan, ada saya sentuh di dalam artikel I Love Both Jesus and Muhammad.

Tatkala penyoal mahu meminta pendapat bagaimana kita mahu menolak kehebatan Jesus hasil perbandingan yang dilakukannya antara Jesus dan Muhammad, soalan harus diperbetulkan kembali kepada, “mengapa mahu dibandingkan? Apa yang kamu cari dan apa yang kamu mahu?”

INSIDEN BERSAMA WARTAWAN

Ia mengingatkan saya kepada dua peristiwa yang berlaku semasa saya bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre. Kedua-dua insiden ini membabitkan soal jawab wartawan kepada saya, selaku Imam kepada komuniti Muslim di Ireland Utara.

Di dalam insiden pertama, saya didatangi oleh wartawan BBC Northern Ireland yang sedang membuat liputan demonstrasi pro Palestin yang dianjurkan bersama oleh Ireland Palestine Solidarity Campaign dan Belfast Islamic Centre.

“Apa pandangan Imam tentang suicide bombing di Palestin?”, tanya beliau kepada saya.

Saya tahu soalan ini adalah perangkap maut. Salah saya menjawabnya, saya akan berdepan dengan masalah yang BESAR.

“Saya rasa anda salah orang”, saya menjawab.

“Mengapa Imam berkata begitu?”, soal wartawan itu pula.

“Masakan tidak, awak dan saya sama-sama tinggal di Belfast. Kita makan dan minum dengan cukup, hidup selesa, semua ada. Tiba-tiba awak mahu saya bercakap tentang apa yang orang Palestin patut dan tak patut buat. Siapa saya untuk menjawabnya?

Sepatutnya awak tanya hal ini kepada orang Palestin sendiri. Jika mereka bertindak ‘mengebom diri sendiri’, tanyalah mereka yang menderita itu apa yang menyebabkan segelintir mereka begitu nekad. Saya tiada maruah untuk menjawab soalan anda”, saya menyudahkan jawapan.

Wartawan itu terdiam sekejap.

Perbualan kami terhenti.

Dan hasil temuramah tidak tersiar pun di mana-mana media milik BBC.


Di dalam satu insiden yang lain, saya didatangi oleh wartawan dari sebuah agensi berita tempatan Ireland Utara. Beliau mendesak untuk menemuramah saya, dan saya tahu tindakan mengelak akan hanya mengundang padah. Ia akan dilaporkan dengan bahasa yang penuh spekulasi. Maka mahu tidak mahu saya terpaksa menerima kunjungan wartawan itu ke masjid.
“Adakah Imam menyokong Syariah?”, tanyanya kepada saya.
Saya Muslim, saya berkelulusan Bachelor of Arts in Syariah, masakan mungkin saya menolak Syariah. Tetapi jika saya kata saya sokong Syariah, mahu sahaja wartawan itu mendakwa dalam laporannya bahawa saya menyokong tindakan memotong tangan pencuri, membaling batu kepada penzina dan hal-hal seperti ini.
“Apa yang awak faham tentang Syariah?”, saya membalikkan soalan beliau kepada dirinya sendiri.
“Syariah itu adalah menghukum penzina dengan rotan dan rejam batu, serta peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya”, jawab wartawan itu.
Tepat sekali jangkaan saya! Bahawa itulah yang difahaminya sebagai Syariah, dan saya diminta menjawab adakah saya menyokong definisi Syariah beliau itu atau tidak.
“Pada saya itu bukan definisi yang betul tentang Syariah. Syariah bagi saya ialah peraturan yang diturunkan oleh Allah sebagai jaminan keselamatan ke atas agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Apakah masalahnya menyokong peraturan sebaik ini?”, saya membalas pertanyaannya itu.
Wartawan itu terus memberhentikan sesi temuramah dan tiada laporan yang disiarkan.
Entahlah benar atau tidak jawapan saya dalam kedua-dua insiden ini, tetapi begitulah yang terjadi. Dan ini jugalah pengalaman yang saya kongsikan bersama para pelajar agar mereka tidak bersikap reaktif, tidak ‘menari’ mengikut rentak soalan sebaliknya memilih response yang sesuai.

-saifulislam.com-

Friday, 20 July 2012

Istikharah Dalam Membuat Pilihan




“Faiz nak cari calon yang macam mana?” Saya bertanya sambil menghirup kopi yang masih panas. Tika suasana sejuk begini, setiap hirupan dirasakan cukup nikmat. Tambahan pula berbicara isu-isu tentang Baitul Muslim yang memerlukan fokus yang tinggi.

"Faiz sebenarnya taklah memilih sangat, tapi abang Hisham tengoklah senarai ini, mudah-mudahan ada yang punya ciri sepertinya. Kalau tidak semua pun, saya amat berharap 2/3 darinya dapat dipenuhi, kerana saya ingin melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan Solahuddin." Ujar Faiz dengan bersemangat sambil menghulurkan sekeping kertas berlipat kepada saya.

"Wah! Serius sungguh nampaknya!" Ujar saya, tetapi hanya di dalam hati.

Saya menyambut kertas yang dihulurkan dan kemudian membukanya perlahan-lahan. Berkerut-kerut dahi saya membacanya.

1. Berkulit putih.

2. Punya lesung pipit.

3. Bertudung labuh

4. Berkaca mata

5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).

6. Berketurunan Melayu.

7. Muda dua tahun dari saya.

8. Pandai memasak.

9. Lemah lembut.

10. Punya sifat keibuan yang tinggi.

11. Pandai mengambil hati orang tua.

12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.

13. Komited dalam dakwah.

14. Rajin bertahajjud.

15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.

16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

17. Aktif bersukan.

18. Ramah-tamah.

19. Pandai memandu kereta.

20. Jangan anak sulung atau bongsu.

21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.

22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.

23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.


Saya membaca senarai itu dengan mata yang berpinar-pinar, terasa seperti mahu tersembur air kopi yang sedang dihirup. Subhanallah, di mana harus saya cari bidadari seperti ini untuk menjadi pasangan hidupnya.

Sedaya upaya saya cuba mengawal diri, menahan tawa dan mengelakkan dari raut wajah saya berubah untuk tidak mengecilkan hatinya. Perasaan terasa bercampur-baur antara lucu dan kasihan. Sungguh 'hebat' fantasi anak muda 'dakwah' ini dalam menentukan kriteria pemilihan pasangannya.

Saya menghabiskan kopi yang panas sebelum memulakan bicara. Ada sesuatu yang harus saya katakan padanya. Namun perlu berhalus agar tidak mengusik hatinya. Dalam berdepan isu begini, kadang-kadang ikhwah mudah terasa hati.

"Akhi, anta sekarang dah hafaz berapa juzuk?" Saya menukar sedikit topik perbualan.

"Errr...baru hafaz juz 30 dan 29, itupun masih ada yang tak berapa lancar." Jelasnya jujur sambil tersengih menampakkan susunan giginya yang tidak sama.

"Macamana dengan kriteria yang saya bagi tu Abang Hisham, agak-agak ada tak akhawat yang seperti itu?" Tanya Faiz. Namun sekali lagi saya tidak menjawab soalannya dan bertanya lagi.

"Akhi, malam tadi anta solat tahajjud dan khatam 1 juzu' bacaan al-Quran tak?"

"Tak pula, letih sangat, malam tadi habis mesyuarat lambat sangat. Insya-Allah malam ni kami ada program Qiam bersama mad'u junior. Insya-Allah malam ni kami akan Qiam."

Saya mendengar jawapannya dengan bersahaja, kemudian bertanya lagi.

"Akhi, semalam berapa kali anta solat berjemaah di masjid?"

"Kenapa abang Hisham tanya soalan-soalan ni? Bukankah kita sedang berbincang tentang Baitul Muslim? Apa kena mengenanya?" Balas Faiz dengan wajah yang sedikit berubah dan suara yang agak sedikit keras walaupun masih cuba dikawalnya.

Jika kulitnya putih mungkin telah berubah menjadi kemerah-merahan tanda tidak puas hati. Tetapi kulit sawo matang melayu Kelantan yang diwarisi menyebabkan hanya kerutan yang kelihatan sedikit di dahi.

Saya hanya tersenyum.

"Beginilah Faiz, apa yang Faiz tulis dalam kertas tu bagus, cuma ia terlalu bagus. Abang Hisham yakin, dalam zaman sekarang ini, sepuluh bahkan seratus tahun mencari pun belum tentu Faiz akan berjumpa dengan calon seperti yang diinginkan jika semua kriteria tersebut harus dipenuhi."

"Tidak ada eh?" balas Faiz penuh persoalan. Keningnya diangkat sedikit.

"Kalaupun ada, mungkin dia dah kahwin dengan juara Imam Muda musim kedua agaknya. Hahaa" Saya menjawab sambil ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana. Dia juga kelihatan tersenyum.

"Abang Hisham tanya soalan-soalan tadi supaya Faiz tahu yang Faiz pun tak sempurna mana, jadi dalam mencari calon isteri ni, tak perlulah terlalu memilih itu dan ini, sebab kita pun bukan setaraf Imam Ghazali, dengan peserta Imam Muda yang terkeluar pada pusingan pertama pun belum tentu." Jelas saya dengan bersahaja sambil merenung tepat ke wajahnya dan memberikan senyuman yang manis.

"Habis tu, bagaimana Abang Hisham?" Tanya Faiz, wajahnya kelihatan penuh ingin tahu.

"Beginilah, ...."

"Abang Hisham akan cuba tanyakan pada isteri, kalau-kalau ada calon yang sesuai. Insya-Allah, kami akan cari calon yang terbaik untuk Faiz, tapi bukan yang sempurna. Kami akan cuba tengok kalau-kalau kriteria tersebut boleh dipenuhi, tapi untuk memenuhi 1/3 darinya pun hampir mustahil."

"Anta kena ingat akhi, walaupun berada dalam sistem tarbiah dan usrah, tetapi akhawat itu tetap manusia dan tetap seorang wanita." Saya menjelaskan.

"Ada yang rupanya cantik, tapi pengamalan agamanya mungkin agak kurang."

"Ada pula yang rupanya agak sederhana dan hafazannya cuma satu juz sahaja tapi komitmen dakwahnya baik.

"Lemah-lembutnya mungkinlah tidak selembut Asyiela Putri pelakon Upin Ipin tu, tapi tidaklah pula sekeras dan se 'brutal' Kak Ros. Haha" saya menjelaskan lagi sambil tertawa. Kemudian saya menyambung bicara.

"Tentang memasak, usah dirisaukan, asalkan dia punya keinginan untuk belajar, Insya-Allah beres semuanya. Kalau nak cari yang makan budu, orang Kelantan pun tak ramai yang makan budu. Isteri ana orang Pahang, tapi hantu budu juga. Dulu ana tak makan tempoyak, tapi lepas kahwin dengan orang Pahang, ana jadi hantu tempoyak."

"Kemudian, tentang kesihatan, orang perempuan ni, ada masa dia sihat dan ada juga masa dia akan sakit, terutamanya bila mengandung."

"Tentang menghormati orang tua dan sifat-sifat mahmudah yang lain, perkara itu boleh ditarbiah dan sebahagian dari tanggungjawab suami setelah berkahwin adalah untuk membimbing isterinya dengan sifat-sifat mulia, bukan mengharapkan cinta dari bidadari syurga yang serba sempurna." Panjang saya 'mengomel'.

"Tak mengapa Faiz, nanti abang Hisham akan carikan calon yang terbaik untuk Faiz dan semestinya kriteria yang akan abang Hisham cari adalah yang paling baik agamanya."

"Banyakkanlah berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, bukan yang tercantik dan bukan yang sempurna segalanya dan lupa juga meminta agar Allah memudahkan segala urusan untuk membina masjid ini. Ok, Faiz?" Saya menepuk bahunya dengan mesra. Anak muda sepertinya banyak perlukan bimbingan. Bukan leteran yang akan menghancurkan perasaan.

Perbualan di atas mungkin hanya rekaan, tetapi ia adalah hasil dari pengalaman saya dan rakan-rakan dalam mengendalikan urusan Baitul Muslim para pemuda-pemudi dalam dan luar negara selama beberapa tahun.

Ia kisah benar yang saya rangkumkan dalam satu perbualan. Mungkin agak ideal, tetapi itu sebahagian dari realiti ikhwah ketika mencari calon pasangan.

Dalam urusan memilih calon, harus diingat bahawa kita memilih calon di kalangan manusia, bukan Malaikat atau bidadari syurga.

Apabila pasangan itu namanya manusia, maka akan wujudlah kekurangan di sana dan di sini. Cuma satu pesanan yang ingin saya titipkan buat anak muda, pilihlah calon yang baik pengamalan dan penghayatan agamanya, Insya-Allah, rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Boleh sahaja kita memilih calon yang senegeri, yang sedap dipandang mata, punya sifat keibuan yang tinggi, pandai memasak dan sebagainya, tetapi harus diingat, bahawa kriteria pertama yang harus dilihat adalah bagaimana penghayatan agamanya, dan sejauh mana dia mengiltizamkan diri untuk membaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.

Jika penghayatan agamanya baik, maka berlapang dadalah sedikit jika calonnya dari negeri seberang atau selang dua buah negeri atau mungkin rupanya tidak secantik dan secomel Mia Sara.

Tidak ada perkara yang tidak boleh dirunding dengan ibu bapa. Mereka hanya mahu yang terbaik untuk kita, rundinglah dengan baik dan penuh hikmah, Insya-Allah, jalan keluarnya pasti ada jika kita ikhlas ingin membina rumahtangga. Tidak ada ibu bapa yang inginkan kesengsaraan anak-anaknya.

Tentang kecantikan pula, jika calon yang dipilih adalah kerana kecantikan wajahnya, maka ketahuilah bahawa selepas berkahwin, wajah yang cantik akan menjadi biasa selepas hari-hari dipandang mata dan syaitan akan menghias wanita-wanita lain yang bukan mahram agar kelihatan lebih cantik di pandangan mata kita.

Akhirnya, yang kekal hanyalah akhlak dan pekerti yang mulia, juga keazaman untuk melahirkan dan membangunkan anak-anak singa pewaris Imaduddin, Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al Ayyubi.

Usah terlalu gedik dalam memilih calon, tetapi biarlah realistik.

Akhir sekali, apa yang paling penting adalah bermesyuaratlah dengan ibu bapa dan orang-orang baik yang dipercayai dan berpengalaman.

Jangan lupa untuk beristikharah selepasnya agar segala keputusan mendapat panduan dari langit yang tertinggi. Insya-Allah


Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.


Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:





Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir


Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Bahagiakah Aku, Ramadhan ini?

Tadi..mak telefon..macam biasa..setiap hari akan bertelefon dengan mak..tapi, hari ni rasanya..sedih sangat..air mata yg susah nak menitis ni..menitis jua.. tahun lepas juga begini..tahun ini juga begini..sampai bila harus begini??? 

  Ya, Allah..sabarkan hati ini.. Sedarlah..Bersyukurlah Julianah..walaupun kamu menyambut bulan ramadhan tanpa keluarga di sisi..tapi, mereka tetap ada di dunia ini..masih boleh berhubung walaupun jarak jauh..pernah kamu bayangkan, bagaimana rasanya kepada orang lain yang sudah tiada ibu bapa?? pernah?? mereka sudah tidak berkesempatan untuk menyambut ramadhan dengan keluarga untuk tahun-tahun seterusnya..tetapi, kamu?? masih berpeluang..at least, masih boleh bercakap dengan mereka sekarang..melalui telefon pun tak pa..masih boleh kan? tapi, mereka..hanya mampu berdoa..Astaghfirullah... 


Ya,  Allah..   aku  bermohon  kepadamu..   Panjangkanlah umur    ibu bapaku..  keluargaku..  saudara-saudaraku.. sahabat2xku.. dan diriku  agar kami boleh  menyambut  ramadhan  bersama-sama   kelak.. Ampunkanlah dosa-dosa kami..berilah kami hidayahMu supaya kami semua tergolong dalam kalangan     ahli syurga..semoga bulan Ramadhan pada tahun ini more barakah dari tahun sebelumnya..Aamiin~

Thursday, 19 July 2012

Kuatkah Aku??



Ramainya balik minggu ni kan?? untunglah..rumah dekat.. roomate baru saja pulang.. minggu ni, dia sedih..homesick gitu..heheh..dia kata, "rindu dekat mek.. dah sebulan tak jumpa.."( dalam keadaan menangis)..aku terfikir dan baru tersedar.."Ya, Allah..kuatnya aku"..dia boleh menangis walaupun hanya sebulan tak jumpa mak..tapi, aku?? berbulan-bulan tak jumpa.. tak setitik air mata pun mengalir..tidak rindukah aku?? tak..air mata..??susah untuk diri ini mengalirkan air mata..susah sekali..mungkin kerana sifatku yang suka memendam..ya..aku suka memendam..aku tak akan sesekali mempamerkan kesedihanku pada orang..bukan aku tak nak berkongsi..tapi, bila aku sedih..dorang pun sedih..so, bagaimana aku nak bagi kekuatan dengan mereka kalau dua2x sedih?? Tuhan saja yang tahu hati ini bagaimana..syukur Alhamdulillah..kesedihan roomateku pada hari itu menyedarkan aku..bahawa Allah telah bagi aku kekuatan selama ni untuk hadapi kesedihan..aku sedar..aku kuat..ya..aku kuat!! terima kasih, Ya Allah..


Ramadhan pun dah nk dekat..sabtu ni puasa dah.. Ya, Allah..rindunya aku berbuka puasa di rumah..sahur..makan sama-sama dengan keluarga..merasa masakan mak.. tahun lepas juga begini..puasa tanpa keluarga..sahur tanpa keluarga..dan sambut raya tanpa keluarga di sisi.. adakah dalam masa 5 tahun, aku harus begini?? hmm..(keluhan)..astaghfirullahalazim.. tak apa, Julianah..sabarkan hatimu sayang.. inilah ujian duduk jauh dari keluarga... mungkin ada hikmah disebalik semua ini.. ramai tanya, "kenapa tak balik raya tahun ni?"..hmmm..memanglah nak balik..tapi, tngok tiket kapal terbang ja..mahal! lepas tu..cuti seminggu..berbaloikah?? memang tidak berbaloi kan..tapi, hati ini menjawab, "ya memang berbaloiii...walaupun seminggu..tapi, tapi saat2x bersama keluarga memang terindah dan lebih penting.. masa cuti pendek ka..panjangkah..sama sejak..selagi dapat berkumpul dengan keluarga..selagi itulah berbaloi..tapi, bila difikir-fikir..tak apalah..tak nak lah menyusahkan mereka.." bukannya mereka tak mampu nak belikan tiket..tapi, aku bukan bukan jenis yang suka menyusahkan..terus terang..sungguh berat hati ini..bibir ini untuk mengeluh..dengan mereka..aku tak boleh..huh! hati pun berkata lagi, "come on lah Julianah..cuti seminggu ja..takkan nak bazirkan duit seribu lebih beli tiket untuk cuti seminggu? bulan 6 hari tu dah balik kan..nanti hujung tahun balik lagi..tak ke rugi tu??" Hmm.. hati lain berkata, "ngko dahlah tak balik raya hari..tahun ni pun tak balik juga..bukan tahun lalu ko dah berazam nak balik jugak ke raya tahun ni? ko dah tak ingat bagaimana perasaan ko tahun lalu masa raya tanpa keluarga???"..hati menjawab, " memanglah..tapi, nak buat macam mana..tolonglah..Julianah seorang yang kuat!!! tak apa...ujian..mesti ada hikmah dsebalik semua ini.."
       hmmm....(keluhan kali kedua) ahahah..alahai..mood sedihlah pulak hari ni..dont sedih2x!! maniskan senyuman..lembutkan lidah..klah...sampai sini sahaja coretan buat hari ini.. moral of da story, bersyukurlah pada anda-anda yang berada dekat disamping keluarga pada ketika ini..yang duduk jauh dari keluarga tu..tak apa..sabarkan hatimu..akan ada hikmah disebalik ujian ini..semoga Allah bagi kekuatan kepada kita untuk menghadapinya..^___^

I'm ok!! ^____^


Tuesday, 17 July 2012

Takdir Itu Milik Aku

Takdir itu apa?? bertanya pada hati..menjawab dengan akal..hati kata takdir itu ketetapan Allah SWT.. kadang..aku keliru dengan takdir..takdir itu boleh diubah ka? ya..sebenarnya ya..takdir boleh diubah dengan doa dan amalan yang baik..



Berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik".

Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.” 


Mencari dan terus mencari mengenai TAKDIR... 
Tahukah anda????
Terdapat 4 perkara yang tertulis untuk kita sebelum kita dilahirkan :

1. Rezeki (termasuk jodoh)
2. Ajal
3. Amalan
4. Nasib - ketentuan baik/buruk

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud R.A., dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis- amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”.


Takdir ada dua jenis..takdir Mubram dan takdir Mu'allaq..
Apa itu takdir mubram?
Takdir mubram adalah takdir yang dah ditetapkan dan tidak akan berubah. Contohnya, kematian dan kelahiran..
Takdir mu'allaq adalah takdir yang boleh berubah dan merupakan ketentuan Allah bersesuaian dengan usaha dan ikhtiar manusia. Contohnya, cita-cita dan kejayaan kita..

Bagaimana dengan JODOH?? 
Jodoh ditetapkan atau kita sendiri yang buat pilihan?
Jodoh itu pasti atau tidak?
Ianya Takdir Mubram atau Takdir Mu'allaq???

Sebenarnya..jodoh ini bersifat Mu'allaq..maksudnya ia bergantung kepada pilihan, potensi, persiapan kita..tetapi, bila kita sudah bernikah..kita suda ada masa silam iaitu ijab kabul, maka..masa silam itu sudah suda pasti dan ia menjadi Mubram..tidak akan berubah dan sudah ditetapkan.. 

Oleh itu, jodoh ini boleh jadi mubram kalau benda itu sudah terjadi dan boleh menjadi mu'allaq pada situasi kita belum bernikah. maka, bila kita sudah tahu jodoh itu mu'allaq..kita kena sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT bahawa kita akan mendapat jodoh yang paling HIGH CLASS di dunia.. maksudnya, hidupnya meletakkan ALLAH nombor 1, mencintai kita kerana Allah SWT, bermujahadah melawan nafsunya dan cintanya menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.



video
Untuk lebih faham mengenai jodoh, kawan-kawab boleh lihat video ini(Forum Kau Tercipta Untukku) ..penerangan dari Ustazah Fatimah Syarha..minit yang ke 8.44.. sambungan dari video ini http://www.youtube.com/watch?v=U9CBrPXaSYE


Teman-temanku..
Tidak dinafikan..ada di antara kita yg menyalahkan takdir..begitu juga aku.. tapi, kini aku mulai sedar satu perkara..baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hambaNya pasti bermaksud baik. Sentiasalah berdoa dan berusaha, insyaAllah..kita akan mendapat yang terbaik..Aamiin..

Bersangkalah baik kepada Allah berdasarkan firmanNya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah al-Baqarah: ayat 216)


Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya , "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdirNya maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang..." 

Renung-renungkanlah...
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari…dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..". 

Setakat ini sahaja penulisan saya.. maklumat yg saya peroleh semua dari hasil pencarian saya mengenai soal takdir dan forum 'kau tercipta untukku'. Alhamdullillah, saya lebih faham soal takdir terutamanya mengenai jodoh.. semoga ilmu ini kita manfaatkan bersama-sama. ^_^

Monday, 16 July 2012

Selamat Hari Jadi Maithasa!!

Assalammualaikum wbt??
Maithasa Shuada..
Kak Mah..
Ibu kunyit..
Mak cik ketam..
Mak Cik Gamat..

Terimalah sebuah lagu dari saya dengan rentak tarian SNSD..hahahah
"Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Maithasa Shuada..
Allah selamatkan kamu.."
(tepuk tangan)


          Aku mulai mengenali kamu semasa cuti semestar yg lalu.. sejak dari itu kita mulai rapat.. berkongsi minat yang sama..apa lagi kalau bukan SNSD..hahah! virusss saya terkena kepada kamu ya..tahniah! mulanya, saya pelik dengan kamu ni..yalah..jarang balik rumah..padahal dekat saja pun..jika dibanding dengan saya?? huh..nun jauh di sabah.. ingat ya! kita ber'SBE d sabah kan??? setiap kali saya bersama kamu..saya akan sentiasa ceria..gelak..walaupun, kadang-kadang saya kurang faham apa yang kamu 'kecek'..tapi, saya akan cuba tersenyum dan buat muka faham.. kadang-kadang terikut gelak sama walaupun tak tau n faham cerita sebenar.. dalam masa 5 tahun, saya akan berusaha faham dan 'kecek' bahasa anda.. kalau kamu cakap sabah..hmmm..macam bunyi INDONESIA..seriusss!!
          Apapun, selamat melangkah ke alam terakhir belasan tahun..tahun ini kita 19..tahun depan 20..oh tidakkk... so, gunakanlah  masa hidup kita dengan  sebaik2xnya..kita di dunia hanya sebagai perantau..Bersyukur..kerana Allah masih memanjangkan umur kita sehingga sekarang.. semoga menjadi anak yg solehah...dan,,,semoga, tasya akan menjadi seorang cikgu yang ..........errrrrr...(tak tergambar oleh kata2x) hahahahaha!! terima kasih kerana mengajar saya untuk LEBIH gelakkkk!! jangan lupa, ucap "terima kasih" kepada ibumu..ayahmu juga..^_^

Sunday, 15 July 2012

Kerana Wanita itu Cantik



Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya
“Mengapa ibu menangis?”
“Kerana ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.
“saya tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.
Ibu memeluk anaknya dan berkata “Dan kamu tidak akan pernah mengerti”
Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya
“Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?”
“Semua wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.
Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih merasa hairan mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan dia bertanya,
“Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”
Tuhan berkata “Aku menciptakan wanita istimewa.
Aku menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia,
tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.”
“Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari anak-anaknya”
“Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah,
dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah maupun sakit.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”
“Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isetrinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.”
“Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan luaranya, atau cara dia menyisir rambutnya.“
“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam.



                                                      KERANA WANITA ITU CANTIK….

Pulau Perhentian..

Pulau Perhentian jauh ke tepi,
jom ke Pulau Perhentian lagi?


Untuk pertama kalinya, saya merasa bagaimana naik bot..
begitu teruja sangat..masa bjalan begitu pantas menikmati indahnya suasana d laut dan
menghirup udara yg segar... oh yeahhhhhhh!! tak sabar nak blajar berenang~

Semua rakyat Bahasa Melayu berkumpul..di sini, kami semua bagai satu keluarga..
tiada jurang yg memisahkan antara 3 kelas..
"hidup 1BM!!!!" Bak kata pengerusi.. 

Kami dari Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu telah selamat sampai ke Pulau Perhentian..
hahahahahahah...!! ko ada?

Persiapan memasang khemah.. di sinilah tempat kami untuk makan..solat..
dan berkumpul bersama-sama..rindu~

Akhirnya, khemah kami siap dipasang..life jaket digantungkan..
(amboi, skemanya ayat..tahulah bakal cikgu bahasa Melayu)

Tak sabar rasanya untuk menjejak ke Pulau Perhentian..
eksaited tahap ekstrimsss!!!!!
"ada cannibals tak ya??" tanya hati..

Aktiviti sepanjang kami berada di sini..
 WATER CONFIDENT, <--tak cnfident lagi! 
SNORKELING, <--tak sampai ke pulau seberang!
KAYAK, <--tak sampai niat nak kayak ke Pantai cahaya Bulan
JUNGLE TRECKING, <--tak tahu nak beza herba dgn racun! jahilnya..
IKKTIAR HIDUP, <-- tak kesampaian niat nak masak pizza hutan..what?
KAJIAN EMPIRIKAL, <-- tak sangka, bahwasnya aku sgt jahil ttg tumbuh-tumbuhan
MALAM KEBUDAYAAN.... <--tak dapat bawa peranan sbg "rama-rama"..hahahah...grup kita terbaik!

Perjalanan kedua meneruskan aktiviti 'IKHTIAR HIDUP'

Ikhtiar hidup..
Setiap kumpulan hanya diberikan tepung, ubi kayu, gula, garam, tembikai, sardin, minyak masak, ikan bilis, bawang dan bahan api..terpulang kepada kreativiti kumpulan masing2x..

Taraaaaa!!!
inilah hasil daripada ikhtiar hidup kumpulan kami.. makanan tambahan seperti telur dan apple juga kami bekalkan..hahah! bila pensyarah tanya, " dapat dari mana telur n apple ni?"..hm..kami pun cakap dapat dari hutan.. huhuhu..akhirnya, kumpulan kami MENANG!!!!!

Sesi fotografi..
yang lain tengah riadah..kita jalan-jalan di sekitar pantai..
menghayati tempat pengambaran ombak rindu..yakah???

Sementara menunggu untuk menaiki bot..
 terjumpalah dengan anak minah salleh ne..isyhhh3x~

Refleksi??
tak tergambar oleh kata-kata..
pergi ke Pulau meninggalkan parut di kaki..oh..landak laut..
hahahahah..
(coming soon...update)

Hahahah..akhirnya, refleksi yang sangat SKEMA..telah siap..tinggal nak print saja..
senyum tak perlu kata apa2x..^_^



Pada 10 Julai 2012, Program Sukan dan Rekreasi anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani telah diadakan di Pulau Perhentian Besut, Terengganu di bawah kelolaan guru pelatih PPISMP Opsyen Bahasa Melayu. Program ini telah diadakan selama 4 hari 3 malam dengan disertai seramai 76 orang guru pelatih dan diiringi oleh 5 orang pensyarah.

         Program ini adalah satu program yang sangat memberikan impak yang baru kepada saya. Melaluinya, saya belajar banyak pengalaman baru, contohnya dalam berkayak, snokerling, ‘water confident’, ikhtiar hidup, ‘jungle trekking’, kajian empirikal dan sebagainya. Semua aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah ia mengajar dan menyedarkan saya beberapa perkara baru dalam hidup ini. Pertama, saya belajar mengenai sesuatu pengurusan dalam mengendalikan sesuatu program. Walaupun, saya bukan dari kalangan ahli mesyuarat tertinggi, tapi saya dapat belajar melalui pemerhatian saya dengan cara pengurusan mereka. Alhamdulillah, daripada apa yang saya lihat, pengurusan yang dijalankan oleh ahli mesyuarat tertinggi sangat cekap dan sistematik dengan bantuan yang erat daripada para pensyarah dan kerjasama yang mantap daripada guru pelatih yang lain.

          Selain itu, saya juga belajar mengenai erti sebuah persahabatan. Di sana kami telah dibahagikan mengikut kumpulan yang terdiri daripada tiga kelas yang berbeza-beza. Melaluinya, saya mula bersua kenal dengan mereka dan dapat mengenal setiap keperibadian dan watak yang lain-lain. Ternyata ukhuwah yang terjalin antara kami sangat erat dan kami sangat gembira dan bersyukur kerana hasil daripada kerjasama ditambah pula dengan semangat yang kental dalam kalangan kami telah memberikan kemenangan kepada kami dalam dua aktiviti yang dijalankan iaitu pertandingan sketsa semasa malam kebudayaan dan ikhtiar hidup.

         Di samping itu, saya juga belajar banyak benda mengenai flora dan fauna melalui aktiviti snokerling, kajian empirical, ‘jungle trekking’ dan lain-lain. Contohnya, melalui aktiviti snokerling, saya dapat melihat secara ‘live’ pelbagai spesies ikan, batu karang dan lain-lain. Tambahan itu, kajian empirikal yang kami lakukan juga telah menyedarkan saya betapa jahilnya pengetahuan saya mengenai tumbuh-tumbuhan herba dan beracun. Alhamdulillah, hasil daripada perkongsian ilmu daripada rakan-rakan, saya telah mengetahui banyak tentang tumbuhan herba dan tumbuhan beracun. Saya juga dapat belajar untuk lebih bersyukur, menghargai dan mencintai alam sekitar.

          Akhir sekali, program ini sangat baik. Kelebihan mengatasi kelemahan sedia ada. Tidak banyak kelemahan yang saya lihat dalam program ini. Jadual seperti dalam tentatif tidak turuti seratus peratus dan perubahan jadual dari semasa ke semasa bukanlah satu penghalang untuk mencacatkan perjalanan program ini. Saya faham perubahan cuaca yang tidak menentu menyebabkan kami terpaksa mengubah jadual. Walau bagaimanapun, semua aktiviti kami berjalan dengan lancar dan semua peserta dalam keadaan sihat dan selamat sepanjang program. Alhamdulillah. Di sini, saya juga ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah yang banyak membimbing kami dan ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang lain. Program ini sangat bermakna dan takkan saya lupakan.


kawan-kawan, lcturer pesan..jangan buat refleksi lebih dari satu muka surat tau! 
kesiankanlah kat lcturer baca panjang-panjang..hahaha!!
"MAKE IT SIMPLE!!!'
simple ka? 

Saturday, 14 July 2012

Masa Kecilku...

Seandainya masa boleh berulang kembali..saya ingin kembali ke dunia kanak-kanak..tiada masalah..yang kita tahu..makan..tidur..happy..nangis...hmmm~

Nama saya julianah.. ju maksudnya berambut panjang..liyana maksudnya lemah lembut..hahahah! bapa saya kata, nama saya "JUlianah" sebab saya lahir pada hari JUmaat..what the??

Masa kecil2x dulu, saya suka nyanyi walaupun tak boleh baca..main keyboard walaupun tak pandai..hahah! tetiba teringat kat bapa yg suka sangat dengan muzik..tapi, mak saya tak suka muzik..walaupun mereka berdua tidak berkongsi hobi yang sama..tapi, disebalik semua itu..mereka berdua saling melengkapi antara satu sama lain..:))

Masa kecil2x dulu, saya suka main doktor2x..
main  masak2x..main cikgu2x..last2x, akan jadi cikgu juga nanti.. cikgu Julianah?? ya saya...

                                            Masa kecil2x dulu,  saya susah nak senyum kan?
sebab tulah semua gambar saya asyik "cool" saja.. 
  
Masa kecil2x dulu..saya nak sangat simpan rambut panjang..tapi, bila nak panjang saja..kena gunting! hampeh betul! tapi..pernah suatu hari tu..saya gembira sgt bila rambut sy tak kena potong sebab rambut saya lurus..sayang dpotong katanya..apa lagi, kakak saya yg kat sebelah ni tak puas hati..hahahah!!