Saturday, 28 April 2012

Coretan Hidupku di IPGKKB...


Majlis Watikah Perlantikan JPP..
Bukan jadi JPP..tapi jadi ajk perarakan..
Pengalaman pertama ^_^

senyum sokmo!

free style..

Rombongan meminang..yeahhhh!

Saya bangga sebab rumet saya seorang JPP!!! CONGRATULATION~

Dayang-dayang sekalian..mohon izinkan beta beradu dengan iringan lagu kalian~



KOT 2012
Walaupun, tak dapat sumbangkan mata dalam olaraga..
tapi, sumbangkan tenaga dalam acara perbarisan..
kita dapat nombor dua..next year, no 1 dalam genggaman!


yeahhhh...akhirnya..perbarisan dah sampai ke penghujungnya!!

walaupun panas terik..kami tetap bertahan!!!

 tak sabar nak lepaskan belon-belon ne...

akhirnya..belon-belon terlepas ke udara..wow! woderfullllll moment~



Program Rekreasi dan Kesenggangan SEM2


 sebelum bertolak ke Lata Belantan...

 jom jungle treckinggggggg...

 on the way ke gunung tebu...

 sungaiku..nak mandiiiiiii!!!

 nurul amira....jom snap pic???

 agnes yam..

 mysara deandra...amalina..n maysarah ayob...

 saya pencinta alam sekitarrrrr~

marilah berkunjung ke Lata Belatan....

Apa Itu Kasih, Sayang, Dan Cinta



Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

Wednesday, 25 April 2012

Siapa Penghuni Bumi Sebelum Adam?



by ORANG GOMBAK on APRIL 24, 2012


Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Segala Puji bagi ALLAH SWT Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, penghulu sekalian Nabi dan Rasul, penghulu sekalian ummat dan penyuluh sekalian ummat! Salam ke atas sekalian Ahlul Bait keturunan Rasulullah SAW dan semua sahabatnya. Salam ke atas sekalian pewaris Baginda Rasulullah SAW dari awal hingga akhir. Al-Fatihah…

Dalam kesempatan ini, saya hanya ingin berkata sepatah dua ucapan sahaja kerana ingin memberi laluan kepada catatan Bedah Buku bersama Tn Ibnu Yaacob yang akan membicarakan buku karangan Muhammad Isa Dawud di bawah nanti. Pada kesempatan ini, saya mewakili warga kerja bk.blogspot ingin menyeru kepada sekalian pembaca, ketahuilah bahawa kita semua sedang berada di akhir zaman.
Kehidupan yang kadang kala kita rasakan sangat manis ini, sebenarnya sungguh pahit untuk kita cerna. Ketahuilah bahawa zaman ini adalah zaman fitnah berleluasa. Fitnah telah tersebar dari segenap penjuru hatta telah masuk ke dalam masjid-masjid dan rumah-rumah kalian. Sungguh, fitnah akhir zaman itu sangat sulit tipu dayanya, ketahuilah bahawa segenap penjuru agama ini telah difitnah. Maka, saya menyeru sekalain para pembaca agar keluar dari fitnah itu. Carilah kebenaran dalam setiap perkara tak kira di mana anda berada hatta di ceruk hutan sekalipun.
Ketahuilah bahawa kebenaran itu sangat pahit. Namun, berkatalah benar walaupun ianya sangat pahit. Maka, carilah kebenaran itu dimana jua anda berada dan bersama siapa jua anda duduk.
Tanpa perlu melengahkan masa, saya beri ruangan ini kepada bedah buku oleh Tn Ibnu Yaacob.
Sekian dahulu,
‘bradokapak’
1.43 pagi, Rabu 25 April 2012.
———————————————————————————




Tajuk Asli: Allazina Sakanu al-Ardha Qablana; Pengarang: Muhammad Isa Dawud

Penterjemah: Irwan Kurniawan (Bahasa Indonesia), Mukhtar Yusuf (Bahasa Malaysia)
Terbitan: Pustaka Hidayah (Indonesia), Pustaka Syuhada –http://www.facebook.com/pustakasyuhada (Malaysia)
Ulasan oleh: Ibnuyaacob (http://ibnuyaacob.com/)
Pendahuluan
   
Assalamu’alaikum,
Kurnian Allah SWT yang mencukupkan diriku dengan pancaindera
anugerah-Nya, moga aku sentiasa bersyukur dan sentiasa tergolong dalam
golongan mukmin yang bersyukur dengan pemberian-Nya. Segala yang baik
itu dari Allah dan yang buruk dan silap itu adalah dari kelemahan diriku
sendiri.
Menurut penerbit, buku ini adalah karya terbaru selepas buku “Dialog Dengan Jin Islam” dan “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda”.
Buku yang bertajuk di atas sudah pun berada di pasaran sejak 1996 di
kedai-kedai buku di Indonesia dan 1997 barulah di terbitkan di Malaysia
dalam edisi bahasa Malaysia. Seperti biasa Muhammad Isa Dawud akan
tampil dengan karangan-karangannya yang unik dan penuh misteri khususnya
dalam buku ini. Barangsiapa yang berlegar-legar di kedai buku dan
terpandang tajuknya, pasti akan terus membelinya.
Namun, tidak semua orang suka akan gaya penulisannya yang penuh
ilmiah itu. Ya, karangannya walaupun berkisar makhluk asing bukannya
ditulis untuk tujuan hiburan tetapi ianya ditonjolkan dengan tujuan mengajar masyarakat berfikir dan berbahas.Membaca bukunya tidak seperti membaca akhbar-akhbar tabloid yang
mengunjurkan cerita-cerita misteri. Yakni pembaca jangan pula samakan
bukunya dengan majalah tabloid Mastika dan Variasari.
Kali ini penulis akan mengulas berkenaan bukunya yang bertajuk SIAPA
PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA? Walaupun isi kandungan ini tidak
mengisahkan hal-ehwal Dajjal yang menjadi intipati utama blog ini, namun
isi kandungannya terdapat maklumat-maklumat tersembunyi yang pada
pandangan penulis merupakan kunci kepada identiti Dajjal.
Di bawah ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai peminat
tulisan Muhammad Isa Dawud. Sekiranya para pembaca sekelian kurang
bersetuju, tidak mengapa. Ianya cuma sekadar perkongsian ilmu penulis
yang sedikit ini dalam mentafsir pemikiran orang yang lebih bijak dan
lebih berpengalaman dalam hal ehwal antropologi dan sosiologi.

Persoalan-Persoalan Utama
Buku ini membincang dan menghuraikan persoalan-persoalan berikut:-
  1. Mencari apakah adanya makhluk berakal lain yang hidup di bumi sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.
  2. Membincangkan peradaban yang dibina oleh makhluk-makhluk tersebut.
  3. Membuktikan terdapatnya keupayaan sains dan teknologi yang lebih maju yang telah pun wujud sebelum kedantangan manusia.
  4. Membuktikan bahawa makhluk-makhluk berakal ini hidup bermasyarakat dan berorganisasi seperti juga manusia sekarang ini.
  5. Membuktikan makhluk-makhluk ini mempunyai bentuk fizikal yang hampir
    sama dengan manusia cumanya berbeza dari segi beberapa anggota badan.
  6. Membuktikan bahawa kehidupan makhluk-makhluk ini telah musnah akibat
    dari pancaran atom yang teramat kuat yang disyaki kesan dari
    peperangan.
  7. Membincangkan kewujudan saki baki makhluk-makhluk ini yang masih
    hidup sekarang tetapi tinggal di persimpangan masa yang sukar ditemukan
    manusia kecuali beberapa orang yang bernasib baik.
  8. Membincangkan bagaimana datangnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke muka bumi.
  9. Membahaskan apakah Nabi Adam dan Siti Hawa datang ke bumi dari planet lain atau benar dari syurga berdasarkan al-Quran dan Hadith.
  10. Menghuraikan semua persoalan-persoalan berdasarkan bukti-bukti peninggalan artifak, manuskrip-manuskrip kunoal-Quran, hadith, Taurat, Injil dan beberapa kisah-kisah turun-temurun yang diambil dari beberapa orang individu di Skandinavia.

Ulasan Mengikut Topik

Kita, Sebelum Membicarakan Mereka (ms 1-36)
Topik ini dimulakan dengan ungkapan berikut
Dilahirkan….letih…kemudian mati
Dilahirkan….kini letih…..dan belum mati…. namun pasti akan mati
Isa Dawud menyatakan bahawa itulah ringkasan hidupnya. Ya, samalah
dengan penulis sendiri dan para pembaca sekalian. Memang kita letih
bekerja, belajar dan beribadat dan semua itu akan menghala kepada satu
matlamat iaitu ‘kematian’.

(Gambar) Anatoli Francis (1844-1924) , Ashley Montagu (1905-1999)
Beliau memulakan bicaranya dengan menghuraikan kisah penguasa Parsi yang bernama Zemire dari karangan Anatoli Francis yang bertajuk “Opinions of Jerome Coignard“.
Kisahnya berkisar seorang penguasa yang mahu mengetahui sejarah manusia
dan beliau telah mengarahkan para pendetanya menuliskan hal itu.
Topik ini juga mengetengahkan penemuan-penemuan penting oleh Ashley Montagumengenai tulisan-tulisan kuno berbentuk ukiran paku (cuneiform) di Sungai Tigris
dan tulisan hieroglif Mesir. MID (Muhammad Isa Dawud) menghuraikan
penemuan tulisan-tulisan itu dengan menimbulkan suatu persoalan, apakah
bentuk kehidupan 10,000 tahun silam?
Kemudian MID telah mengalihkan terus perbincangan dari penemuan
manuskrip itu kepada persoalan asal iatu “Penghuni Bumi Sebelum Manusia”
pada mukasurat 6. Perbahasan lebih detail diteruskan dalam mukasurat
ini dengan menghujahkan bilangan-bilangan tahun sebelum datangnya Nabi
Adam. Namun begitu, perbincangan ini tidak begitu panjang, ianya
diganggu oleh perbincangan tentang umur Adam, Nuh dan nabi-nabi lain
pada mukasurat 14.
Perbincangan dari mukasurat 15 hingga 36 mengisarkan perbahasan
tentang tempoh sebenar kehidupan manusia bermula dari Nabi Adam, Idris,
Ibrahim, Nuh hinggalah Isa. Perbahasan juga menghuraikan adakah Nuh
pernah bertemu dengan Adam atau pernah melihat Adam? Tentang umur
sebenar Nabi Nuh juga dihujahkan.
MID juga menggunakan hampir 30 % fakta Taurat dalam
topik ini. Ini dapat dilihat apabila MID cuba menghujahkan fakta-fakta
tentang salasilah Nabi Adam. Fakta diambil dari Bab 5 (Fasal Kejadian)
dari teks Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.
Isi-Isi Penting Topik

  • Di sini dapat disimpulkan bahawa adanya kehidupan lain sebelum
    manusia berdasarkan fakta dari Taurat dan penemuan tulisan-tulisan kuno
    oleh para arkeologi.
  • Terdapat penyelewengan fakta tahun dan nama dalam salasilah Adam hingga Nuh daripada Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

Pembodohan Pembahasan Tentang Bahtera Noh (ms 36-52)
Sub-topik ini membicarakan sepenuhnya pembohongan orang-orang Yahudi
yang cuba menyatakan kebenaran Taurat palsu mereka mengenai tempat
sebenar bahtera Nuh mendarat. MID mengupas fakta-fakta yang dikemukakan
oleh John Leiby yang yakin bahawa bahtera Nuh terdampar di Gunung Ararat, Timur Turki.



 (Gambar) Ekspedisi mencari bahtera Nuh di Gunung Ararat.
MID juga menegaskan orang Yahudi sanggup melalukan ekspedisi untuk
membuktikan bahawa kenyataan Taurat mereka adalah benar (walaupun mereka
tahu ianya palsu belaka). MID memberikan contoh ekspedisi yang
dilakukan oleh Frederick Barot dari Jerman yang melakukan pendakian di sebuah gunung di Armenia.
(Gambar) Gunung Armenia yang dikatakan terdamparnya bahtera Nabi Nuh.
Selain itu, terdapat ekspedisi lain iaitu oleh Gordon Gaskeil, Christian Herald danGeorge Jefferson Green. Kesemua mereka cuba membenarkan perkara yang palsu.
Seperti biasa, perbahasan tentang Nuh di bawah topik ini terhenti
pada mukasurat 46. MID menamatkan perbincangan bahtera Nuh dengan
menghuraikan dengan panjang lebar tentang kepalsuan fakta-fakta Taurat.
Kemudian perbincangan itu diselitkan secara tidak langsung tentang
makhluk-makhluk aneh sebelum kedatangan Adam.
Isi-Isi Penting Topik Ini
  • Hampir kesemua fakta-fakta yang dikemukan oleh pengkaji Yahudi tidak boleh dipercayai terutamanya berkisarkan bahtera Nabi Nuh.
  • MID mendedahkan bahawa kita perlu berhat-hati dalam meneliti setiap
    ekspedisi yang dilakukan oleh pengkaji barat tentang
    peninggalan-peninggalan para nabi.
  • Penulis sendiri dengan yakin ingin mengatakan bahawa ekspedisi ini banyak difilemkan khususnya dalam rencana Discovery Channel dan National Geographic.
  • Kesimpulannya, fakta-fakta bahtera Nuh dari kedua-dua siaran (channel) ini tidak semuanya boleh dipercayai.
Kenyataan-Kenyataan Di Bumi, Kebatilan-Kebatilan Dalam Taurat Dan Kontradiksi-Kontradiksi Dalam Injil (ms 53-90)
Di dalam topik ini penulis amat tertarik dan masygul kenyataan berikut :

“…..Al-Quran Al-Karim adalah kitab pertama yang dikenal manusia,
yang mengkaji tingkatan-tingkatan lapisan bumi, menyingkapkan
ketersembunyiannya melalui penggalian-penggalian dan
peninggalan-peninggalan di perut bumi. Itu adalah kajian yang sekarang
disebut, Geochronologic Study. Kerana kita sebagai manusia tidak
menyaksikanpenciptaan bumi dan penciptaan diri kita sendiri. Allah SWT
membukakan untuk kita pintu kajian hakikat-hakikat ini tempat kita hidup
dan melimpahinya. Dan kita merupakan bahagian daripadanya, agar kita
melihat, belajar dan memahami…”

Isi-Isi Penting
  • Di dalam al-Quran telah ada kunci-kunci ilmu yang didedahkan oleh
    Allah SWT. Tinggal hanya untuk umat Islam mencar dan membahaskannya
    dengan lebih mendalam. Ilmu-ilmu tersebut ialah astronomi, geologi,
    geografi, biologi dan matereologi.
  • Penentuan jarak masa antara Adam dan Nabi Isa tidak kurang dari 10
    juta tahun. Penentuan masa ini dibahas berdasarkan pendapat beberapa
    tokoh iatu Dr. Mustapha Mahmud dan Dr. Abd Alim bin Abd Rahman.
  • MID dalam membincangkan umur manusia tertua seperti biasa memasukkan
    unsur-unsur sains dalam perbincangannya. Dalam topik ini, MID
    menjelaskan bagaimana atom-atom proton, eon dan neutron digunakan bagi
    menentukan umur terhadap fosil-fosil yang dijumpai. Perbahasan kaedah
    saintifik ini agak panjang iaitu dari mukasurat 65 hingga 73.
  • MID juga menjelaskan kecelaruan fakta yang terdapat dalam Injil Lucas dan Injil Mathew dalam membincangkan soal umur manusia tertua.
  • Selain itu, kitab perjanjian lama (Taurat) juga mengalami kecelaruan
    fakta di mana hanya terdapat 19 nama sebelum kemunculan Nabi Ibrahim
    sedangkan dalam Injil Lucas, bilangan nama menjadi 20 pula. Ini
    membuktikan terdapat penambahan atau penyelewengan tulisan oleh
    pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian.

Lima Juta Tahun Sebelum Adam (ms 91-109)
  • Terdapat penemuan fosil-fosil yang membuktikan adanya kehidupan sebelum turunnya Adam. Fosil-fosil itu bukanlah dinasour tetapi makhluk seperti manusia cuma ianya mempunyai banyak tangan, sayap dan perbezaan pada beberapa anggota tubuh yang lain.
  • MID juga menyelitkan perbincangan mengenai kisah-kisah individu yang
    pernah terserempak dengan makhluk aneh dan juga menghadapi situasi
    dalam dimensi lain. Contohnya, kisah Leinigh HerbertBlatsberWilliam MorrowCharles ThomasAshley Montagu dan Alfred Kroeber.
  • Perbincangan terpenting adalah pada rahsia firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan
(khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanyadan menumpahkan darah…
  • MID menegaskan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal
    dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan
    ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan
    makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma
    bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan
    intelektual.
  • Akhir topik ini MID cuba membuka permasalahan Jin dengan menjelaskan
    kehidupan-kehidupan masyarakat jin yang engkar dalam melaksanakan
    syariat. Kemudian kisah keengganan Iblis sujud kepada Adam.

Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turun Adam (ms 117-140)
  • MID membuka persoalan tentang keadaan bumi yang sebenarnya sebelum
    Adam turun. Menurutnya ijtihadnya, perpecahan dan peperangan atom sudah
    terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa
    tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian
    besar peninggalan peradaban sebelum Adam.
  • Beberapa manuskrip dari Sweeden dijadikan bukti walaupun masih dalam
    perdebatan para cendekiawan. Perbincangan juga terarah kepada
    bentuk-bentuk muka bumi di negara-negara Skandinavia terutamanya negara
    Sweeden dan Norway.
  • Perbincangan terhenti seketika apabila MID mengetengahkan buku yang dikarang oleh Von Deikin
    berkenaan kenderaan dewa-dewa. MID menyatakan rasa tidak setujunya
    dengan buku Von Deikin yang dianggap bercampuran perkara-perkara mitos.
  • Kemudian perbincangan diteruskan dengan merungkai permasalahan jin.
    MID membahaskan tentang kemampuan fizikal jin menurut bukti-bukti dari
    al-Quran.
  • Perbincangan diakhiri dengan mengulas buku karangan Dr. Jamaluddin Muhammad Musa yang bertajuk “Perang Nuklear Yang Akan Datang“.
Adam Dan Hawa Di Atas Potongan Benda Yang Terbang Dari Syurga (ms 141-162)
  • Perbincangan topik ini dimulakan dengan mengisahkan pengembaraan
    seorang arab bernama Harith bin Syadid yang ingin mencari datuknya diZimbabwe. Dalam pengembaraan itu cuba mengungkap kisah lagenda yang mengatakan adanya kehidupan misteri di sebuah kota lama.
  • MID juga mengulas dengan panjang buku karangan Van K.Razanhover
    yang bertajuk “Sebelum Manusia Datang Ke Bumi”. Buku ini membahas
    tentang keyakinan penulis tersebut bahawa sejarah manusia bermula dari
    Belanda berdasarkan penemuan-penemuan batu-batu kuno.
  • Perbincangan paling menarik adalah pada mukasurat 149 yang mengutarakan pemikiran Ibnu Qayyim dalam kitabnya yang bertajuk “Hadiy al-Arwah Ila Bilad al-Afrah“.
    Ibnu Qayyim membahas secara kontroversi apakah syurga (seperti yang
    disebutkan dalam al-Quran) yang diduduki Adam dan Hawa sebelum turun ke
    bumi adalah syurga hakiki atau syurga planet lain?
  • Perbincangan ini amat menarik dimana diambil beberapa bukti dan
    tafsiran dari beberapa surah yang berkaitan seperti surah al-A’raf dan
    An-Nabaa’.
  • MID meneruskan perbincangannya berkenaan planet-planet dari luar
    bumi dengan mengulas kisah seorang lelaki misteri yang memberikan hasil
    kajiannya kepada seorang pembentang kertas kerja di bandar Bonn, Jerman.

Misteri Di Danau Kematian Dan Api Yang Besar Dan Misteri Terbesar Bersama Setiap Batu Atau Peninggalan (ms 163-184)
  • Perbincangan dimulakan dengan menghuraikan misteri Gunung Berapi Saint Helen di Montana, Amerika Syarikat.
  • Huraian misteri gunung berapi ini kemudian diakhiri dengan ulasan
    tentang sejarah penemuan negara Amerika dan asal usul namanya sekali.
  • Kemudian, perbincangan yang panjang-lebar telah ditumpukan pada
    sejarah kuno negara Australia melalui lagenda-lagenda yang dituturkan
    oleh suku-suku orang asli di sana seperti Aborigin, Arunta, Warra Munga,
    Binbinga dan Kamiliol.

(Kiri) Orang asli Aborigin dan (Kanan) Orang Asli Warramunga, dari Australia
  • Perbahasan tentang negara Australia diketengahkan kerana Muhammad
    Isa Dawud cuba membuka persoalan berkemungkinan bahawa negara Australia
    yang seperti pulau besar itu adalah bongkahan dari jatuhan
    serpihan-serpihan planet lain.
  • Muhammad Isa Dawud kemudian membongkar pula bukti-bukti dari
    lagenda-lagenda di Peru, Amerika Selatan. Perbahasan mengenai Peru
    tertumpu kepada misteri bentuk-bentuk fizikal tempat-tempat ibadatnya.
    Bukti-bukti penemuan ahli paleantologi mengenai lembah-lembah di Peru
    juga dibahaskan dengan panjang.


(Gambar) Kuil kuno di Peru yang berjaya ditemui ahli arkeologi.
  • MID menyimpulkan di akhir topik ini bahawa penemuan-penemuan dan
    misteri di Montana, Australia dan Peru itu masih belum ada jawapannya.

Api Aneh Di Bumi Aneh Tidak Ada Kehidupan Di Bumi Kita Yang Datang Dari Planet Lain (ms 185-212)
  • MID memulakan topik ini dengan mengisahkan dengan panjang lebar berkenaan seseorang yang ‘aneh
    yang datang ke kota London. Orang aneh tersebut telah bekerja di sebuah
    ladang yang besar. Sebuah peristiwa aneh telah berlaku di ladang itu
    dan penjaganya. Perisitiwa itu disaksikan sendiri oleh tuan punya ladang
    yang kemudiaanya telah dianggap gila orang masyarakat setempat kerana
    menuturkan tentang ‘daerah makhluk asing’.
  • Perbincangan diteruskan dengan menghuraikan kisah kedua iaitu
    berkenaan seorang kanak-kanak perempuan yang terjatuh ke alam lain di
    sungai berdekatan rumahnya.
  • Budak perempuan yang bernama Karen itu telah mengalami satu
    pengalaman mengembara ke alam lain (dimensi kelima) yang tidak
    disengajakannya.
  • Kanak-kanak itu mengisahkan kepada keluargaya bahawa dia telah melihat suatu peradaban yang lebih maju tetapi hampir musnah.
  • Malah Karen juga berbicara dan berjalan bersama-sama makhluk di alam
    misteri itu. Namun percakapannya tidak dipercayai kerana ia masih
    kanak-kanak. Sehinggalah dewasa, budak perempuan itu membukukan kisah
    misterinya.

Tetaplah Mada’in Salleh Sebuah Misteri Dan Tanda Bagi Yang Bertanya (ms 213-242)
  • Topik ini membicarakan dua hujah dari dua orang penulis, yang pertamanya seorang dari Sweeden iaitu F.N. Mubirg dan seorang lagi penulis Muslim iatu Abd Hamid Murdad. Kedua-dua penulis itu membicarakan misteri bagi tempat dan kaum yang sama iaitu kaum Tsamud, ‘Ad dan daerah Mada’in Salleh diSemenanjung Arab cumanya berbeza dari segi pendapat dan hipotesis.
  • Pertamanya Muhammad Isa Dawud membentangkan hasil tulisan F.N. Mubirg yang mengambil kisah dari seorang pengembara zaman Viking Kuno.
    Pengembara itu menceritakan pengalamannya melihat tempat-tempat di
    kawasan Timur Tengah yang menunjukkan adanya peradaban yang maju dengan
    bangunan-bangunan yang tinggi.
  • Pengembara itu juga melalui manuskripnya mengisahkan bagaimana nenek
    moyangnya yang berkerja sebagai perompak telah terdampar di suatu
    tempat yang agak aneh. Bangunannya dari logam dan mempunyai kapal-kapal
    yang dapat terbang ke udara tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
  • Bahagian kedua pula MID membentangkan sebahagian kisah yang dipetik dari buku bertajuk Madain Saleh, Tilka Al’A’jubah
    karangan Muhammad Abd Hamid Murdad. Penulis buku ini mengisahkan
    pengalamannya melawat lembah Mu’azam, Gunung Al-Hiwar dan Al-Hijr.
    Tempat-tempat ini adalah peninggalan peradaban kuno kaum Tsamud yang
    dilaknat Allah SWT.
  • Muhammad Abd Hami Murdad juga menceritakan legena-lagenda fiksyen
    yang menjadi pegangan kaum-kaum Badwi yang tinggal di kawasan-kawasan
    itu. Menurut beliau lagi terdapat pelbagai mitos yang direka-reka kaum
    Badwi terutamanya bagi kawasan Wadi Al-Anbiya, Wadi Ar-Rajiim, Gunung
    Bakrah, Gunung Al-Ibrah, Gunung Al-Muruuj dan Lembah Al-Mazham serta
    Madain Salleh.
  • Akhir sekali, Muhammad Isa Dawud menyimpulkan bahawa dia sendiri
    bersetuju dengan penulisan penulis barat dan muslim itu tentang
    peradaban-peradaban yang wujud di Madain Salleh. Menurutnya lagi,
    peradaban itu telah pun diberitakan dengan jelasnya dalam kitab yang
    paling dipercayai iaitu Al-Quran.
Mungkin Ada Penghuni Marikh Tetapi Inilah Kenyataannya (ms 243-257)
  • Topik akhir ini Muhammad Isa Dawud mulakan (seperti topik sebelumnya) dengan ulasan terhadap buku bertajuk Di Tepian Alam Semesta, karangan Carter F. Washington.
  • Buku Carter ini membincangkan penemuan terhadap kerangka-kerangka
    makhluk kuno yang membuktikan wujudnya kehidupan sebelum turunnya Adam.
    Dalam perbahasannya, Carter dengan tegas mengatakan huruf-huruf Latindimulakan oleh makhluk-makhluk ini.
  • Beliau juga dengan yakin menegaskan peradaban di bumi adalah berpunca dari peradaban yang wujud dari planet-planet lain.
  • Seorang ahli astronomi bernama Liwel. Penyelidik ini telah membangunkan teleskop bintangnya sendiri untuk mengkaji keadaan-keadaan di planet Marikh.
  • MID mengakhiri perbahasannya dengan mengetengahkan suatu kesimpulan
    yang ringkas tetapi menarik dan kukuh (pada pandangan penulis).
    Kesimpulannya ialah ;
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak
berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah
dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu
Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden
sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin)
bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang
menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam
masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri
mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin
memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu
ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat
terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”

Fakta-Fakta Menarik Yang Perlu Direnungkan dan Dibahaskan
  1. Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya
    telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan
    itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini
    diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
  2. Kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion
  3. Persoalan yang dibangkitkan oleh Ibnu Qayyim iaitu adakah Adam, Hawa dan Iblis berada bukan di syurga sebenar tetapi syurga dari planet lain yang hampir sama indahnya dengan syurga sebenar.
  4. Malaikat mengetahui telah adanya peradaban yang moden sebelum Adam berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu:“Sesungguhnya,
    Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka
    (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di
    muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya danmenumpahkan darah…
  5. Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan
    semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel,
    sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasarSungai Nil.
    Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan
    kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang
    mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun
    akan sempat mengeja mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat
    gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Pandangan Penulis
Saya lebih tertarik dengan fakta kelima (5) iaitu  penghijrahan Nabi Musa dan Bani Israel. Selepas membaca kenyataan Muhammad Isa Dawud
tentang lagenda itu, tiada lain yang saya fikirkan iaitu adakah
sebahagian orang Bani Israel yang melihat gambar-gambar itu di dasar Sungai Niladalah termasuk Samiri yakni Dajjal (mengikut
teori Isa Dawud). Jika Samiri adalah salah eorang individu yang melihat
gambar-gambar itu, maka tidak syak lagi bahawa dia kelak akan cuba
mendapatkan bantuan jin dalam mencari teknologi-teknologi baru. Kita
sedia maklum bahawa Dajjal dikurniakan Allah pemikiran yang pantas dan
genius. Maka sudah pasti Samiri (Dajjal) itu mengetahui peradaban itu
ialah peradaban bangsa Jin. Ini hanyalah teori sahaja yang tidak dapat
dipastikan kebenarannya. Hanya Allah jualah yang mengetahui segala.
Beberapa Kelemahan Yang Dikenalpasti
  • Bahasa yang diterjemah ke Bahasa Malaysia kurang tepat walaupun
    dilakukan oleh orang Malaysia, masih terdapat beberapa perkataan
    Indonesia yang tidak diterjemahkan. Ini mungkin menganggu kekusyukan
    membaca dikalangan pembaca Malaysia.
  • Agak mengecewakan pihak penerbitan Pustaka Syuhada (Malaysia) tidak menterjemah sendiri dari buku asli dalam bahasa Arab. Terjemahan atas terjemahanakan merosakkan beberapa ayat dan cara persembahan asal penulis buku tersebut.
  • Font editing kurang kemas dimana perbezaan huruf tidak
    dibuat pada sebahagian ayat-ayat al-Quran, hadith dan pandangan penulis
    buku. Sebaiknya dialog, hadith dan pernyataan penulis di asingkan dalam
    perenggan (paragraph) lain.